Anak harimau

Bakal mengaum tidak lama lagi. Lihatlah gelagat 'anak rimau' ini. Dia nampak bola terbiar di laman rumah BC, Diam-diam dia masuk ke laman, terus tuju ke bola dan tendang!. Kemudian dia terkedek-kedek lari, (comelnya) kejar bola dan tendang lagi.  Penuh semangat, Tak pakai baju pula tu. Orang Melaka kata :berlengeng'

(Sekali pandang, macam dak Lat...budak kampung tu...kenal kan?}

Apa lagi abang kita ni, 'rimau remaja',   pun turun padang, libas..


Begitulah  budak lelaki, bola sepak juga pilihan mainan, nak pula semangat 'rimau rmuda' masih berkobar-kobar
Akhirnya...
Penatlah Nek Lang!!!

6 comments:

  1. Kalau kat negara barat kan, besar2 ni pun dah dihantar ke kelas sukan kan..

    ReplyDelete
  2. Budak-budak kampung ramai yang berbakat dalam sukan misalnya yang tinggal hampir sungai atau laut, pandai terjun dan berenang. Berpotensi kalau di kenalpasti dan di latih lebih awal.

    ReplyDelete
  3. wah... masing2 ada bakat. Bakal pengganti yang sedia ada hehe

    ReplyDelete
  4. Mana tahu, yg berlengeng tu satu hari jadi macam Maradona atau Ronaldo. Saya dulu guna tempurung kelapa yang masih bulat, tapi sudah tak bersisi dan tak bersabut, sebagai bola. Keras tanpa dipam!

    ReplyDelete
  5. Ibundo
    Minat sangat mereka pada bola sepak, habis pokok-pokok bunga saya jadi sasaran

    ReplyDelete
  6. Temuk,
    InsyaAllah, yang si kecik tu ada potensi. Elok juga ada permainan bola sepak sukanika menggunakan tempurung kelapa.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.