Petang semalam, Khamis, riuh rendah di dapur rumah BC.
Mana tidaknya.
Ce tengok berita bergambar ini
|
Tengok apa tu kak cik, makcik, adik kakak?? Ada yang cekak pinggang, ada yang pegang nota |
|
Hai, tengok puan kita masak ke? Masak apa tu Cik Timah dan Cik Leha? |
|
Kemudian, keluar pula duduk diam-diam sambil memerhati. Apa pula yang diperhatikan? |
|
Kata Cik Timah, kacau dan gaul kastad, jangan berketul. |
|
|
.Lepas tu letak kastad tadi antara hirisan puff, sambungnya |
|
Goreng puff? Tak ini cara menggoreng 'Vadeh', minyak mesti banyak! |
|
|
Itulah dia riuh kejap di rumah BC petang semalam.
Perkumpulan Wanita atau
WI Bukit Baru Melaka telah mengadakan demo masak 'Cream puff' dan 'Vadeh'. Seronok juga bila mereka berkumpul.Kan bulan Ramadhan berada di 'simpang jalan', ada idealah untuk menu berbuka nanti. Ilmu kalau tak diamalkan akan hilang, tau. Atau ada yang teringin nak jual di pasar ramadhan nanti?
Lepas tamat sesi, penatlah kita mengemas pula..........tidur awal semalam.
Dengar puan pengerusi kata lepas ni nak belajar buat laksa johor.
Mmmmm...di rumah siapa pula ye?
salam
ReplyDeletesaya senantiasa singgah
saya doakan cikgu sihat sejahtera
bila nak on kat FB
please !!
seronok ada aktiviti2 macam ni ya.. kalau kat tempat saya ada mesti saya nak join jugak.
ReplyDeleteHjh Nora
ReplyDeleteTak kelihatan pula apa jadi pada para puff dgn vadeh selepas siap disediakan..... Seronoklah dapat berkumpul sambil menimba ilmu. Ni kira majlis ilmu juga, tak? Salam bahagia.
Vimmy,
ReplyDeleteCikgu tak kuasalah nak layan FB. Sorry, Vimmy. Kita story-story di blog aje lah, ye!
mycikgukita,
ReplyDeleteApakata cikgu mulakan aktiviti ini. Panggil kawan-kawan dan jiran..sama-sama kongsi ilmu.
Salam Temuk,
ReplyDeleteLupa pula nak ambil gambar hasil masakan sebab terlalu teruja nak rasa vadeh dan puff. Majlis ilmu jugalah, mengajar kepada yang kurang pengetahuan.