Aktiviti hari Ahad

Kata nak cerita makan angin di Kunming?
Tak apalah ye, kalau nak tau pengalaman kami , kalau nak taulah...
singgahlah ke 'rumah' ceritalah nek ngah. Sama juga ceritanya.

Buat apa hari ini? Penat jalan-jalan belum habis lagi.
Ahad 24 Julai 2011.
Pagi, ada aktiviti gerak cergas bersama anak-anak di rumah ini.

Ia merupakan satu aktiviti LKPI bersama anak-anak di rumah kebajikan.
Kakak yang memimpin aktiviti, Saya bersama ajk yang hadir membantu
Suka tengok anak-anak di rumah ini gembira bersenam, menari, menyanyi.
Oh...nenek-nenek 'teachers ' juga turut menghiburkan 'cucu-cucu'


Siapa lebih terror ah?

Habis aktiviti, cepat-cepat bersiap.
Tapi kereta mesti dimandi bersih dulu. Bukan cuci sendiri tapi hantar ke car wash dekat rumah.
Siap! Ke mana kita?
Ke KLIA.
Eh...nak makan angin  lagi ke?

Tak..kami ke sana untuk menghantar Mohd Azizi bin Shaukani, anak saudara kami.
Azizi baru tamat belajar medic di USM Kubang Krian. Sekarang....ah...
ke Sandakan...nun jauh di seberang laut...buat praktikal dua tahun.
Cool aje dia...dia dah biasa 'on his own'.

Tingkatan 4. KISAS..Kolej Islam, Kelang
Matrikulasi. Kuantan
Medic, USM Kubang Krian
Houseman, Sandakan
Dia pun dah set minda nak ke sana.
.Emaknya (my s-i-l) sedih, risau
Mana tidaknya..anak jauh dari pandangan mata..
(seorang ada di depan mata)
Mengapa pilih tempat jauh???

Dengar pesanan mak baik-baik
Pelukan bapak dan anak, diirigi doa

Tapi 'think positive' kata Mshart
Nanti senang-senang boleh kita terbang ke sana
Makan angin! Saya pun belum lagi jejak Sandakan.Kata seafood murah-murah sana esp udang besar-besar!
dengan tenang dia melangkah
Eh, ada orang nak ikut ke? Sabau nek ngah
Zi,
Selamat berangkat. Pandai-pandai bawa diri di sana. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Take care.
All the best to you.
Bye, bye Zizi, see  you in September (balik konvo)
Senoga Allah melindungi Zizi . InsyaAllah

2 comments:

  1. wah.. jalan-jalan lagi kak nora. seronoknyer...

    ReplyDelete
  2. Ibundo,
    Sukanya dia bila ajak berjalan.
    Selagi badan sihat, InsyaAllah!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.