Daun orang lama

Sudah lama saya mencari pokok ini.
Jumpa di Tesco. Beli sepasu (tak ada pun dalam shopping list).


Apa nama daun ini sebenarnya??
Jasmin? Jarmin?
Jarmin agaknya!
Pokok ini pada saya, esotik.
Daunnya mempunyai sejenis bau wangi.
Kalau tidak masakan kaum wanita zaman dulu suka menyelitnya pada sanggul, diseri lagi dengan bunga cempaka,,

Saya cuba tanya Mr Google mengenai jarmin. Tak ada pula. Yang ada,
 petikan daripada novel Alun Hidup karya Khadijah Hashim,


....................."Asmah memerhati saja gerak laku ibunya. Di tangan sudah terkumpul tujuh tangkai bunga cempaka putih dan dua helai daun jarmin untuk dihias di sanggul.

                     "Amboi. Cantiknya emak kau....." 


(Ms 165)

Di kampung-dulu banyak sekali terdapat pokok ini sebagai hiasan laman. Adalah dipercayai bau daunnya yang wangi (dan tajam) boleh menghalau nyamuk.

Penuh harapan, pokok jarmin ini akan tumbuh dengan suburnya di laman BC.

8 comments:

  1. saya panggil Jermin..orang kata elok tanam dalam rumah untuk halau nyamuk..tapi bertambah banyak nyamuk ada lah..maybe saya salah letak kot!

    ReplyDelete
  2. Rasanya ada dua tiga jenis yang anti nyamuk, dengan keharuman yang lebihkurang serupa. Namun, keberkesanan masing-masing dalam menghalau nyamuk keluar dari rumah taklah begitu ketara. Pernah saya beli yang rasanya lain sikit rupa daunnya dulu. Sampai layu dan mati, dek malas menjaganya, masalah nyamuk tidak juga selesai. Sekarang guna perangkap nyamuk yang berlampu. Nampaknya bagus. Daun jermin atas sanggul mungkin juga boleh menggugurkan kutu. Salam bahagia.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Hajjah

    Setahu saya daun menakutkan nyamok. Itulah yang diberitahu oleh pejual.

    ReplyDelete
  4. Salam Temuk,
    Baru-baru ini ada saya baca seorang pelajar sebuah IPT telah menghasilkan losyen anti nyamuk dengan menggunakan daun ini. Dia panggil daun 'jermin', daun pecah lima. Ha, ha... daun jermin halau kutu? Tak lah mewangikan lagi ada.

    ReplyDelete
  5. Bolehlah juga nama nya 'halau nyamuk'. ye kunang-kunang.

    ReplyDelete
  6. Daun ni dalam bahasa English ialah Citronella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, saya mencari maklumat ni drpd tadi

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.