Nostalgia

Saya belajar 'naik' basikal, nnnuuuuuuuuuunnnn,berpuluh-pukuh tahun yang lalu. Waktu itu di sekolah menengah (atau rendah??,tak pasti!).  Belajar 'naik' basikal 'perempuan', basikal dulu yang tak ade palang. Kalau ada palang susah nak langkah kaki. Terhenjut-henjut, step by step, saya tolak basikal, Satu kaki atas satu pedal dan kaki satu lagi atas tanah. Saya cuba imbangkan diri, buat balancing. Lambat-lambat, hari demi hari, sampai boleh kayuh pedal dengan kedua belah kaki. Wadoh! Ada sekali terjatuh. Parut nya masih ada di kaki sebelah kanan. Saya praktis naik basikal di kawasan berek kastam marin sebelah rumah. Masa itu kami tinggal di rumah kedai di bandar Melaka, di Jalan Laksamana (Riverside). Bila dah mahir mengayuh, taman permainan kanak-kanak berhampiran menjadi tumpuan waktu petang. Tapi saya tak pernah dan belum pernah naik basikal di jalan raya. ....Ke sekolah saya naik beca, kakak naik basikal.

Dua hari yang lalu, saya teringin sangat nak cuba nak berbasikal. Tengok budak-budak main basikal seronok pula. Saya cuba basikal si Iddin. Saiz basikal agak sesuai dengan saya.
Hati-hati, balance, balance!!

Eh, boleh lah!! Jadi apa lagi, keliling laman lah saya dengan gembiranya. Betul-betul gembira . Ah bolehlah saya berbasikal sebagi satu senaman untuk kuatkan otot kaki dan lutut. Boleh berpeluh, you.


Pernah saya 'berbasikal' di gymnasium. Bosan!
Okey, dah buat keputusan nak beli basikal, yang sesuai dengan saya.
Dah gian ni. Secondhand pun boleh.
Apa kata, yang ini?


Iddin tinggalkan basikal kecik dia untuk nek Lang main!
Saya kayuh juga....tak kisah .
Untuk sementara bolehlah, Iddin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.