Kak Iman, Kak Amal dan Cik Din singgah rumah BS.
(of course lah dengan Daddy dan Mummy )
Dari mana mereka? Buat apa mereka?
Mereka baru habis cuti-cuti Malaysia
Ke KT, Kemaman,Kuantan.
Luaslah pemandangan, dah jauh berjalan....
Cercerita, cercerita......
.
Tengok penyu bertelur di Kemaman
Tengok kunang-kunang di Sungai Cerating
Tengok Taman Tamadun Islam.di KT
Mandi kolam renang......sebuah hotel di Sg Karang
Singgah kafe kawan Mummy diKemaman
Singgah rasa sata dan keropok lekor di Cukai
Singgah Cerating, bengkel batik (si Amal lah)
Singgah Pasar Payang...pening, pening
Mummy..konfius dibuatnya,
Singgah aje lah di N**rAr**fah, mudah!
Singgah kejap beli keropok sebagai buah tangan untuk rakan-rakan
Duduk hotel, duduk chalet, duduk homestay...
Makan-makan.....gerai, kafe, hotel..
(Agaknya rindu masakan rumah sendiri)
nikmati pemandangan pantai
Nah..... dalam perjalanan pulang,
Singgah sekali lagi di Kuantan.,
singgahlah satu malam saje rumah BS
Saya dah lama menanti
Dengan masakan ayam goreng cili.......best!
Lepaskan penat, rihat-rihatkan badan........
Kakak relaks di rocking chair yang menjadi rebutan. Sedang follow Korean lah tu. Mujur adik-adik tak rebut kerusi (yang menjadi rebutan selalu) sebab.....
Kak Amal sedang pulun nak habiskan homework. Hai Amal...pergi makan angin pun bawa kerja sekolah?? Tak habis lagi ke homework?? Isnin dah sekolah, banyak lagi ke belum siap?? Lain kali apa-apa pun...siapkan kerja sekolah, baru pergi bercuti. Kalau tidak, tinggal saje di Melaka! Amal memang last minute worker...susahlah begitu, Amal....
Cik Iddin yang suka 'pet pot' dan banyak story ni 'Iddin dah habis HW'. Dengan headphone hadap PC. Sedang pilih lagu ke? Nak jadi DJ ke? Oh pada malam dia sampai di BS, riuh jugalah rumah dengan lagat penghibur dia...tunjukkkan bakat penghibur depan Tok Lang. Esok pagi..sambung lagi sesi hiburan...
Kali ini konon-konon sedang buat show, konsert...siap dengan mikrofon. Riuh, riuh...sampai disuruh slow down sikit...selalunya rumah BS sunyi aje......
Hari Ahad....berangkat pulang mereka.
Monday blues, oh nak ke sekolah semula.....
Selamat kembali ke sekolah ye...Kak Iman, Amal dan Cik Din
Belajar rajin-rajin..be good
Lain kali, cuti sekolah, kita jalan lagi...
(but for sure mesti dapat good results)
Ke mana pula???
Okey guys, see you in Melaka!
drod pdkakibujit,blogsot.com |
Assalamualaikum Kak Nora,
ReplyDeleteSemoga kak Nora sihat.
Saya orang terengganu, seronok bila akak sebutkan nama tempat tu dari cerating ke cukai.
Saya pun berada di Kelantan dan Terengganu lebih kurang 10 hari. Jumpa saudara mara dan adik beradik.
Salam K2,
ReplyDeleteMasa cuti sekolah sahajalah boleh 'makan angin' jumpa sanak saudara atau berihat. Hari ini kembali semula ke sekolah...akak tetap terus bercuti..hi.hi...sukanya hati..
seronoknya mereka bercuti. Orang dah naik sekolah, saya baru nak bercuti haha..
ReplyDeleteMasa cuti sekolah, hajah bertugas ye? Selamat beristirihat...
ReplyDeleteBercuti ni, kat mana pun, bila pun kalu dah bersama keluarga, tetap best!
ReplyDeleteAA,
ReplyDeleteAda juga yang suka bercuti dengan rakan-rakan, dengan 'geng'. Ini kumpulan belia remaja. Happening!!Yang kanak-kanak lebih suka bersama keluarga.