The Royal Wedding

Sepanjang minggu ini saya menunggu depan Ch TLC 707 nak tahu  cerita persiapan  wedding di Raja, nun jauh di seberang sana. The Royal Wedding Week' siarannya,  setiap malam jam 9.  Saya nampak hebat persiapannya   'Wedding fever' all over the country...Tengahari tadi dapat juga ikut ulangtayang wedding di Raja 1981 dulu, dari mula sampailah honeymoon.  Mendiang ibu pengantin lelaki nampak so sweet. Petang ini tunggu masa aje nak tengok siaran perkahwinan di raja yang ditunggu-tunggu. Tak dapatlah budak dua orang di rumah ni tengok cerita Korea. Time ini,  time dia orang follow  ch KBS. Tidurlah mereka dengan nyenyaknya. Nanti bila start, bangunkan. Kalau tak tengok, macam peribahasa seperti ,,,,,,,,,,,,,,,,tempurung.

Kate n William (macam kawan-kawan aje panggil nama) Foto Google


Ini kad jemputan nya. Macam biasalah kad ini tak tulis nama...macam ada orang kita hantar kad jemputan kahwin tak bernama penerima atau yang dijemput. Letak aje dalam kotak pos atau hulur saje gitu. Anda dapat tak jemputan?

di hantar melalui Google


Tapi macam mana nak beritau saya tak dapat hadir. Tak dapat SMS, tak dapat contact.....HP rosak!!.
Maaflah ye Kate n William....tengok kat TV aje..now showing, you know...lebih jelas, tak panas, selesa lagi. Eh, Baju jemputan wanita tak ada 'bling' sana 'bling' sini. Topi wajib pelbagai rupa. Suka tengok.
Apa-apa pun semoga perkahwinan anda seperti akhirnya cerita  '....and they live happily everafter...'
Sempat juga  'capture' gambar-gambar ini..

Semoga berbahagia

.

4 comments:

  1. masa tengok video of the wedding vows online, baru perasan william is balding! oh no!

    ReplyDelete
  2. Apa kata YU NAM, the hair specialist, sponsor!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.