Sambil memandu pagi tadi, dengar siaran radio i.k.i.m fm.
.
.
Dua orang deejay (betul ke) sedang berceloteh, memberi ingatan dan nasihat kepada pemandu-pemandu supaya berhati-hati memandu di jalan raya.
.
.
.
Kata sorang "pandu kereta lambat-lambat dan berhati-hati"
.
.
Balas sorang lagi "tapi jangan pula terlalu lambat!"
.
Sambung dia lagi " nanti anda dapat gelaran. Tahu apa gelaran kereta apa yang dipandu lambat di jalan raya? Pergerakannya amat perlahan."
.
Saya jawab sendiri dalam hati "Steamroll...kereta yang gelek tar bila buat jalan raya tu"
Apa jawapan deejay tadi ....................???
"kereta berhias. Aha..jangan nanti kereta anda dapat gelaran kereta berhias. Kan kereta berhias bergerak lambat!"
.
.
Tersenyum saya dibuatnya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.