Tadarus hari ini bermula jam 8.30 pagi.
Hari ini kami baca 3 juzuk, juzuk 20 -22.
Surah akhir dalam juzuk 22 ialah Surah Yaasin (yang bersambung ke Juzuk 23)
Kebetulan pula hari ini hari Jumaat. Hari yang digalakkan kita membaca Surah Yaasin.
Ini tidak dirancang, sudah ditentukan oleh Allah SWT yang Maha Mengasihani, Surah Yaasin ditetapkan pada hari ini untuk kumpulan tadarus kami.
Kami juga memanjatkan syukur kepada Nya kerana menggerakkan seorang Ustazah (yang juga Bilal) turut bersama kumpulan tadarus. Ustazah Ani memimpin bacaan tahlil.
Jadi kumpulan kami dah ada 3 orang 'pakar' membetulkan bacaan tadarus.
Alhamdullilah
Mudah-mudahan amalan kami diterima Allah SWT
Fadhilat orang yang membaca Yassin..
Telah bersabda Rasulullah SAW
"Barangsiapa membaca Yassin pada malam Jumaat maka diampunkan dosanya oleh Allah Ta'ala pada esok hari. Dan lagi sabda Rasulullah s.a.w. "Barangsiapa menziarahi kubur kemudian membaca Yaasin nescaya Allah Ta'ala meringankan siksa ahli kubur di hari itu mendapat pahala bagi orang yang membaca serta mendapat kebajikan bersama dengan ahli kubur "
Sabtu dan Ahad, off tadarus...sebab ada yang ke kursus haji, tadarus perdana.....
Isnin..baca lagi 3 juzuk.
Selasa sambung lagi 3.
Rabu, 15 Ramadan...khatam, InsyaAllah
Salam kak nora
ReplyDeleterasa rugi sgt bila uzur begini..semua terpaksa dilepaskan..puasa,solat,tarawikh,tadarus...tahniah insyallah dpt khatam secepat itu.
Salam Ida,
ReplyDeleteInsyaAllah. Raya balik mana?
Seronok baca...
ReplyDeletealhamdulillah dan insyaAllah.
ReplyDeleteselamat menjalankan ibadah...
Azie,
ReplyDeleteSeronok dan diharapkan bacaan akan bertambah baik.
To you too, HjahkakPah
ReplyDeletesalam...saya masih belum banyak lagi ! harap dapat juga seperti Kak Nora..tahniah dah nak khatam
ReplyDeleteTerima kasih, cikgu SAK.
ReplyDelete