Ingat, ingat!!!

Salam,
Selasa. Puasa Hari ke 6.
Teringin nak makan Laksa  Nyonya  Melaka.
Beli aje sebab tak sempat nak buat....siapa nak masak?
Jam 3 petang sudah berada di sebuah gerai kuih yang salah satu special nya ialah Laksa Nyonya.
Gerai di Ujung Pasir, dekat aje dengan Padang Temu.
'Dik beri laksa meehoon 4 bungkus dan mee laksa, satu' (2 bungkus nak beri kepada 'anak saudara' dari Muar yang singgah kejap di PT, untuk dia bawa balik berbuka nanti)
Sambil tu pilih pulak kuih apa yang ada.
Suka sangat lah kuih tepung pelita.Harga satu, 40 sen!!! So beli 10 biji, 5 untuk ke Muar.
Ah, ada karipap kentang. Beli 3 keping.

Jam 5.30 petang.
Jemput Iddin dari sekolah fardhu ain.
Amal dan Iddin dah pesan nak murtabak special Pak Haji (gerai sebelah rumah BC)
Belilah 2 keping..special sebab tebal!

Jam 6.30 petang
Dah sampai rumah PT.
Iddin ajak pula ke Pasar Ramadan Bertam Jaya, dekat rumah. Nak beli ais krim, katanya.
"Puasa kita tak jual aiskrim Minggo-Minggo (betul ke ais krim ini?).'. Jadi kecewalah si Iddin.
Pusing kejap jengok kuih apa yang ada.
Tergoda dengan kuih seri muka dan kuih lapis. Beli.2 seri muka dan satu kuih lapis.
Mummy si Iddin singgah on the home from office. Oh dia pun beli karipap kentang (semalam beli sedap), kuih puteri ayu (anak-anak suka) dan 'beli kerana malu', kuih semosa (yang tiga segi).

7.00 malam
Siap atas meja,
3 bungkus laksa lemak,
4 bungkus nasi lemak (mummy Iddin beli di office)
2 keping murtabak special.
Sepinggan kuih tradisional Melayu (macam-macam ada)
Air: teh o, teh bunga (kotak), air black currant. 

7.21...time buka puasa.
Yang makan...2 dewasa (bos pergi kenduri) 1 remaja, 2 children
Laksa lemak....sebungkus share dengan Iman (banyak sangat kandungan sebungkus laksa). Jadi tinggal 2 lagi.
Murtabak....Amal dan Iddin tak banyak pulak makan...ada banyak lebih lagi.
Nasi lemak...habis 2 bungkus..tinggal 2 untuk sahur
Kuih muih...tak habis makan...budak-budak tak suka. Saya makan 2 tepung pelita.
Ada pula 4 telur mata kerbau untuk dimakan bersama nasi lemak. Ni laku..makan begitu saje.
"Mummy, sahur nanti nak makan Maggi aje lah' (pulak!!!)

Oh banyak banyaknya makanan tak habis. Tunggu jam 10 atau sahur.


Rabu, Jam 5.00 pagi sahur.
Saya makan 2 potonga murtabak.
Bos makan laksa mee.
Iman makan nasi berlaukkan 'hot dog' (tak berkenan lauk yang ada,)
Budak-makan makan mee maggie.
Kuih?..No. no. no...nak laku.
 Akibatnya...
'Let go semuanya.......membazir....!!!!!'

Pengajarannya:
Jangan ke Pasar Malam atau Pasar Ramadan ketika perut lapar. Nafsu nafsi!!!

.Ya Allah aku telah membazir, beli ikut nafsu......ampunkan aku, Ya Allah.

Ingat lain kali!!!!

Oh Yes.....mujur ingat.....hari ini 18 Ogos ialah hari ulangtahun Iman, cucu saudara saya dan   anak kepada MsHart dan MrKind Heart (my niece and nephew in law, ada istilah ini?). Berapa umur Iman? Big girl, remaja sudah...15 years old, PMR tahun ini.. Satu masa dulu Nek Lang tinggi daripada dia. Masa ini, Iman dah menjulang tinggi daripada Nek Lang.  Semoga Iman juga akan menjulang tinggi cita-cita (nak melanjutkan pelajaran di Korea), terus memenuhi harapan mummy dan daddy, adik-adik serta semua saudara mara....jadi anak yang solehah, cemerlang dunia dan akhirat. HAPPY 15th BIRTHDAY, IMAN :=)

12 comments:

  1. hehehe..betul tu, jangan ke pasar ramadhan ketika perut lapar sebab yang lapar bukan nya perut tapi mata kita ni..

    semalam saya minum air soya ..sayang nak buang saya habis kan semua...tak sampai 2 jam..habis muntah kan semua dan senak perut....ni lah akibat nya tak nak membazir....

    ReplyDelete
  2. Zah,
    Apa-apa pun semua ini godaan. Hati-hati bila beli makanan dan minuman di pasar ramadan.

    ReplyDelete
  3. Kak Hajah Nora...
    Tak pa kot sekali-sekali beli banyak2 gitu.. tak gitu nanti siapa pulak nak beli makanan yang dijual di Pasar Ramadhan?? Kesian mereka dan anak-anak mereka...

    ReplyDelete
  4. Salam hajah,
    Betul cakap hajah tapi beli banyak dan tak makan..membazir.Boleh beli patut-patut aje.

    ReplyDelete
  5. klu dah nmpak...rsa nk je beli smua...heheh..
    tak hengat la samada larat ke idak ke taim makan nnt.

    ReplyDelete
  6. Memanglah kita pi bazar Ramadan time kita lapar sebab kita puasa. Kalau pi time kenyang @ dah buka puasa, bazar pun dah tutup. Yang penting kita rancang dan ingat apa yang kita dah beli sambil mengawal diri.... Rezeki peniaga tu apa nak kata

    ReplyDelete
  7. Acik,
    Akak beli yang akak suka dan konon budak-budak suka, tapi tak habis.Berbuka apa hari ini?

    ReplyDelete
  8. Cg Aida,
    Memang sudah rezeki peniaga itu.

    ReplyDelete
  9. salam ziarah kak, saya tahun ni berazam tak mo ke bazar, dah byk kali terbeli lauk mentah

    ReplyDelete
  10. Kesian Mak Su, dah merajuk tak mau ke bazar ramadan lagi. Kadang-kadang ada peniaga bermusim nak untung banyak dan tidak kira akan kebersihan makanan yang dijual.

    ReplyDelete
  11. same la dgn anak saye...kalau pergi bazar ramadan semua benda dia nak beli makannye belum tentu lagi...akhirnye cik tong yg dpt...

    ReplyDelete
  12. Salam Ain,
    Bila berbuka minum air dah kenyang, yang diinginka siangnya..pos laju ke cik tong.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.