Salam.
.
.
.
Berbuka hari Jumaat dengan kuih muih. Pelbagai yang ada: epok-epok sayur, roti gulung sardin dan hotdog, dan kuih manis yang lain.
.
.
Malamnya makan malam di Alai. Tukar angin. Menu pantai timur.
Tapi saya dah kenyang berbuka tadi...makan epok-epok sayur 2 keping dan segulung kuih ketayap a.k.a kuih dadar.
Makan malam ala kadar aje walaupun hidangan menyelerakan: sup tulang, ikan tiga rasa, sayur campur, goreng tauhu.
Air mata kucing pun bawa balik.
.
.
.
Sahur time.
Terlewat bangun!!!!Dah jam hampir 5.00 pagi!!!! Nasi belum masak!!!!
'Kita makan sandwich telur aje lah ye?' Of course semua agree :-)
Yang lain makan sandwich telur mata sapi (telur mata kerbau lah tu!). Ada yang makan oat!
Oh this is real breakfast!!!
Makan apa yang ada.
Saya cuma makan sekeping epok-epok sayur (memang kegemaran ku) dan sebungkus abuk-abuk sagu segelas air teh panas, dua cawan air suam.
.
Semua orang happy, tiada komplen.
Boleh tahan ke?
InsyaAllah.
.
.
Bersahur makan ala kadar pun memadai. Kadang2 tanpa sahur pun, kita tetap steady walaupun tak makan sampai 7,8 jam.
ReplyDeleteSelamat berbuka nanti KAK NORA.
salam ramadan,
ReplyDeletesahur tak makan nasik. Minum dan makan kuih kalau ada lebih berbuka. Kalao xde minumjele dah ok. Tapi anak mesti nak makan nasik...telo atau sardin pun jadik.
mesti boleh tahan.
ReplyDeletekalau dah ada niat tu, perut pun tak terasa lapar.
berbuka apa malam ni...
Salam Azie.
ReplyDeleteSelamat berbuka juga kepada Azie. Kita boleh tahan sebab dah berniat dan InsyaAllah iman kuat.
Semua boleh cikgu. Selamat berbuka bersama keluarga.
ReplyDeleteSalam hajahkakpah,
ReplyDeleteSaya ini sambil memblog, follow pula AFC chanel, Buat dumpling. Tak tau lagi nak buka apa berbuka nanti.
Oraitlah tu masih kenyang walau tanpa nasi
ReplyDeleteOirat, cg, semua berpuasa dengan jayanya!
ReplyDeletetak semestinya makan nasi....kadang2 saya pun tak makan nasi...
ReplyDelete