Sudah lama tak jumpa

Salam,
Tengahari tadi ada jemputan rumah terbuka di rumah Pn Hjh Mas. Semasa saya bertugas di SMKTA, beliau ialah Ketua Bidang.Sains Kemasyarakatan. Sekarang Pn Hjh Mas ialah GPK 1 sekolah yang sama. Rezki jangan ditolak. 'Dating' nak lunch bersama Hjh Farida Kazi (pesara tapi masih berkhidmat sebagai Pengetua/Pengurus sebuah tadika terkenal di Kuantan) diganti dengan berhariraya di rumah Hjh Mas, di Sg Isap Damai. Dah lama tak jumpa Hjh Mas, tentu ada guru-guru Afzan dijemput jua. Puas kami cari rumah berpandu kepada 'GPS' , akhirnya jumpa, itupun talipon dulu tuan rumah takut-takut salah rumah. Memang betul ada guru-guru Afzan.  Maka riuhlah sekejap "Mengapa dah kurus', 'Pn Hjh buat apa sekarang?' 'Pn Hjh di Melaka atau Kuantan' 'Awak masih di Afzan ke?"dan macam-macam soalan lagi. Rohana (KB Bahasa) nampak slim betul? 'Apa awak buat, Ana? Slim sangat!' 'Dah tiga tahun saya tak makan nasi waktu malam', jawab beliau. Dan bergambar sakanlah kami. Puas jugalah saya dapat jumpa staf lama walaupun tak ramai, cukup untuk melepaskan rindu

Dari kiri: Hjh Mas, Hjh Farida Kazi, Hanoor Saliza, Rohana
Maaf saya tak tau nama Ustazah di belakang Hjh Mas
(beliau belum bertugas di SMKTA sewaktu saya di sana).
Ustazah Norhasimah (salah satu tugas beliau di SMKTA sekarang ialah Guru Keceriaan)
tengoklah dia, memang  ceria.....
Hjh Mas (GPK 1 ), Yours truly, Hjh Farida Kazi (my BFF)
Suriani (kiri)  bersama  Rohazani baru sampai ketika kami nak beredar.Suriani
sekarang sudah bertukar ke sebuah sekolah berhampiran dengan rumah beliau di Indera Mahkota.
Rohana pula punyai suara merdu. Saya ingat lagi lagu 'Gurindam Jiwa'
nyanyian beliau pada Malam Jamuan Persaraan Pengetua.

Dari kiri Pn Gan (asal Melaka yang berjiwa 1 Malaysia), and the gang, termasuk  anak-anak Roha



Terima kasih Mas atas jemputan. InsyaAllah jumpa lagi!

Atas permintaan

Nasi Bukhari, satu percubaan...

Salam,
Atas permintaan Akak Too, (dan juga mereka yang ingin mencuba Nasi Bukhari) ini dia resepinya (dengan izin a-passion-for-food, terima kasih)

Keperluan:
1 kg basmathi rice
1 whole chicken  atau daging (cut into pieces)
3 + 3  daun pandan
minyak sapi n minyak masak
daun kari  atau daun pudina

A
cili boh
1 medium saiz onion
3 ulas bawang putih
1 inci halia

B
1  biji  tomato saiz sedang (potong 8)
5  sudu teh  bawang goreng (buat sendiri, jangan guna yang ready- made)
1 paket rempah bukhari (kalau tak ada, rempah beriani pun boleh) RM1.00/paket
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan tomato sos

C
1 stick kayu manis (bukan yang panjang buat deco, tau!)
5 kuntum (kata mat salleh 'cloves') cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara memasak:
1. Blend A sampai 'fine'
2. Gaul ayam/daging , bersama A dan B. Marinate selama 10 minit.
3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak (guna yang goreng bawang tadi.. Berapa banyak? agak-agak aje!) dan bila minyak dah panas, tumis  C sampai naik bau 'aromatic'. Masukkan ayam/daging  n company (marinated tadi). Simmer kejap.
4. Tambah air, garam secukup rasa, daun pandan (3 helai dulu).
5. Kacau rata. Tutup periuk. Masak dengan api kecil. Occasionally, stir the chicken/daging
6. Bila ayam/daging  dah masak. letak ayam pada pinggan hidang bersama  2/3 kuahnya.
7. Masukkan basmathi yang telah dibersihkan (dicuci) ke dalam periuk nasi.. Masukkan  lebihan kuah (sauce) ayam/daging  tadi. Tambah air secukupnya.(Ingat ye, 1 cawan basmathi, 1 cawan air) Tambah garam dan 3 helai lagi daun pandan. Kacau. Masak.
8. Bila nasi dah masak, hias dengan daun kari atau daun pudina
9. Hidang nasi dengan ayam/daging tadi.


Verdict: Food taster saya kata 'sedapppp'.
Tambahan: kalau ada Acar buah atau jelatah nenas+timun....buka selera!

Selamat mencuba!!!



Nasi Bukhari

Salam.
Syukur saya telah selesai pose 6. Pagi tadi breakfast di Khatijah, lepas rindu pada nasi dagang dan nasi minyak rendang tok.
Sambil tu Cik Abang sound "Kata nak cuba masak Nasi Bukhari". Waduh...dia ingat!!! "Saya tak pernah masak nasi eksotik (nasi beryani, nasi minyak, nasi tomato...), jadi maafkan saya jika tak berapa nak menjadi seperti yang you makan di Shah Alam" (dia makan nasi bukhari pertama kali di sebuah restoren di Shah Alam dan terpaut dengan rasanya. Sebab itu asyik suruh  saya belajar masak nasi bukhari). Dia sendiri cari resepi di i' net sampai ikon nasi bukhari letak kat desktop as a reminder for me,. Okeylah, saya cuba..jom cari rempahnya nya di pasar. Bahan-bahan lain senang dapat tapi nak rempah  nasi bukhari yang original cari kat pasar besar, tak ada pulak. Cari pula dibeberapa buah kedai runcit di Kuantan,di M Shariff, di kedai depan Mohd Store, tak ada, habis, out of stock, musim raya katakan. Alternatifnya, rempah  nasi beryani (dalam paket). Bolehlah juga. Tak nak bukhari ayam, nak yang daging. Okeylah. Ikut aje.   1 kilo basmathi, dia beli 2 kilo...eeeh...banyaknya...periuk besar tak ada! Tapi saya masak 8  sukatan gelas kecil aje, sesuai dengan periuk nasi yang ada. Daging pun saya tak habiskan. Daun pandan pula tak dibeli, instead, daun kunyit...pulak :( Nak minta jiran sebelah, segan pulak!)

Balik rumah, mula lah buka 'silat bukhari'. Saya ikut panduan blogger 'a-passion- for-food' dengan ubasuai.. Dia guna ayam (which I prefer) instead of daging. Langkah yang beliau beri mudah  diikuti.  Nasi Bukhari, Nasi Bukhari .Kalau tak ada permintaan, memang saya tak kuasa nak masak kau! Nah kau, penuh satu periuk.

Nasi siap masak bila dia pulang dari Solat Jumaat. Masuk saje "ah, bau sedaaap...",
Saya "Tak berapa menjadilah nasi bukhari, ada kekurangan"
Dia "Tak apa, lain kali boleh cuba lagi" (bunyi macam cikgu menasihati muridnya)
Saya " macam mana rasanya?' ( JY selalu jadi my food taster)
Dia "Okey...kena fine tuning aje. Tambah garam sikit lagi"
Saya "Dah agak dah"
Tapi saya gembira bila lihat JY tambah 3 kali. (motivasi pada saya ke?)..(isssh..dia makan dengan sambal belacan!!)
Dia lagi "Kambing you tak makan eh?"
Saya 'Tak.."
Dia "Nasi bukhari kambing lagi best"
Saya  diam, aje....tapi terima kasih lah kepada google, banyak lagi blogger beri panduan masak, lain orang lain cara ...pandailah (konon) sekarang saya masak Nasi Bukhari !!!

Pose 6 hari ke 4

Salam,

Dah hari ke 4 pose 6 hari ini. Hari ini saya habiskan masa menonton  siaran ulangan program-program hari raya TV. Enjoy rancangan hiburan muzikal bersama bintang di Ast** R**. Asyik tekan remote tukar channel aje bila ada iklan. Cukup rihat. Sambil tu kakak di Melaka dok MMS gambar stor dan garage  yang dalam pembinaan di BC. Hampir siap. Iddin pulak talipon "Nek Lang bila balik?" Dia cuti bergilir UPSR. Tak ada kawanlah tu, si Iddin.


Lepas tu 'berhari raya' ke blog teman-teman. Singgah kat blog saudara di Kelang...makcik ni famous, ada aura.. baiknya bilakukenangkenangkan ni...ada resepi rendang ayam, ada resepi soto ayam. Salin jangan tak salin. Singgah pula kat Cik Yan Sepanjang Jalan..ada resepi Laksa Pahang..sedap Laksa Pahang, walaupun kuahnya pucat tapi diserikan dengan sambal belacan. Salin juga, Buatnya entah bila. Tapi kena cuba. Cik Abang pula kata jom kita cuba masak Nasi Bukhari, dia suka sangat nasi ini. Dari dulu dia minta saya cuba, maklumlah saya ni tak pandai masak!!Saya ke Google...alah lecehnya,  kena sediakan macam-macam...nak itu dan ini, tak berbaloi nak buatnya...tetapi ada resepi NB yang rasa saya mudah juga, tak banyak kerenah...saya salin resepi Nasi Bukhari daripada a-passion-for-food,blogspot. Nanti bila ada mood nak cuba masak,  okey.


Tengahari ke dapur, nak masak apa untuk berbuka. Walaupun berdua, nak masak juga satu lauk pun jadi. Ada udang.... buat sambal tumis udang jawabnya.  Senang aje masak sambal tumis ni tapi rasanya belum tau lagi...pose kan.. Dalam fridge ada timun. Jadikan ulam. Ingat nak masak nasi lemak tapi setelah fikir punya fikir..takjadilah...nanti lemah pula badan makan yang berlemak-lemak ni.

Lepas masak...layan TV lagi....belum keluar ziarah raya kawan-kawan...nak habiskan pose 6, tinggal 2 hari lagi...