Perigi "Jack n Jill"

Di laman rumah kami ada sebuah perigi. Perigi ini digali ketika berlakunya musim kemarau di Melaka satu masa dulu.Setelah keadaan pulih semula, kami tidak bercadang untuk menutup perigi tersebut.  Ia boleh menjadi kenangan kepada generasi akan datang. Airnya kurang jernih, tidak begitu bersih sebab tidak digunakan lagi. Tetapi perigi tersebut tetap kekal berdiri dengan megah.


'badan'nya berlumut, tutup dah berkarat, kurang perhatian

Hinggalah.......
bila kami bercadang untuk meningkatkan landskap laman.
apa nak buat dengan perigi comel ini?
Apa kata kita jadikan dia macam perigi "Jack n Jill"
Maka kami gambarkan kepada Mr Chong (siapa lagi kalau bukan kontraktor landskap)
perigi "Jack n Jill"
"Kita mau ada bumbung, ada timba kayu, ada tali. temboknya begini.... blah..blah...blah..... "

Inilah hasilnya...

Perigi sudah berbumbung. Ada timba tergantung di tengah-tengah siap dengan tali serta pemutarnya. Air perigi kini kami gunakan untuk siraman pokok-pokok dan mencuci lantai serta longkang. Airnya sudah mulai jernih sebab diguna selalu.

.Ini timba kayunya, serta tali, ditempah khas, sebagai hiasan

.Kedudukan perigi "Jack n Jill' di laman


 Perigi "Jack n Jill' atas bukit, perigi versi kami dilaman rumah, di kaki Bukit China.
Bagi mereka yang tak biasa dengan 'pantun kanak-kanak'/nursery rhyme  "Jack n Jill",
 begini liriknya

"Jack and Jill went up the hill
To fetch a pail of water.
Jack fell down and broke his crown
And Jill came tumbling after"

Saya belajar lagu ini semasa di tadika berpuluh-puluh tahun yang lalu, dah berzaman...........
Bagaimana kami tau periginya begini bentuknya?
Dari bayangan kami...tak tau pula ada simpanan dalam Mr Google 


Peminat  'embroidery ' boleh juga cuba jahitan  Jack and Jill Well
.www.embroidery.com

Yang terkini

 
 Satu pagi, di kedai cermin mata "Mata ke Mata" di DP Mall.

.Nama saya 'Seng Hup' tapi kedai jual lampu bukan saya punya
 Saya: Mr Lee SH, boleh tunjukkan saya frame cermin mata terkini.
LSH: Ada, nanti ye, boleh cuba yang ini, terbaru!!!

Ah? Boleh ke??




Tangga berirama





Kalau di tempat kita, bagaimana?

Mudah

Akhirnya.........
My BBF, Farida, beri saya idea nak buat apa sebagai balasan budi baik jiran yang selalu beri saya makanan.
Maklumlah, Farida ni tau saya bukanlah handal dalam bab masak memasak ni.

So she suggested.........
Hangatkan susu cair. Bubuh sikit daun pandan. Kalau tak de daun pandan,  titiskan sikit esen pandan dan vanila, serta sikit garam. Dalam mangkuk, letakkan mixed fruit, fruitcocktail dalam tin tu. .. Sirapnya, air buah, ambillah agak-agak rasa. Bila bancuhan susu sudah agak panas (jangan mendidih), tuangkan ke dalam  mangkuk,  tutup mixed fruit tadi,   Sejukkan dalam fridge. Sesuai sebagai pencuci mulut.
Wow, as simple as that!!

Ah...senanglah itu..sesuai dengan kemahiran memasak yang ada pada saya.
Saya pun buat malam tadi.Saya tambah buah laici
Elok kalau diserikan dengan agar-agar warna merah. Eh, tak ada pula pewarna  rose...lupakan saje.
Ini pun okey kan?

So. this morning,
"Nah oh Nah.....akak ni,  nak balas pinggan kosong"
:"Mana kosongnya,,,susah-susah aje Kak Nora "
"Simple aje Nah, tak boleh lawan sifu!"

fruitcocktail, cool from the fridge