Showing posts with label jiran. Show all posts
Showing posts with label jiran. Show all posts

Mudah

Akhirnya.........
My BBF, Farida, beri saya idea nak buat apa sebagai balasan budi baik jiran yang selalu beri saya makanan.
Maklumlah, Farida ni tau saya bukanlah handal dalam bab masak memasak ni.

So she suggested.........
Hangatkan susu cair. Bubuh sikit daun pandan. Kalau tak de daun pandan,  titiskan sikit esen pandan dan vanila, serta sikit garam. Dalam mangkuk, letakkan mixed fruit, fruitcocktail dalam tin tu. .. Sirapnya, air buah, ambillah agak-agak rasa. Bila bancuhan susu sudah agak panas (jangan mendidih), tuangkan ke dalam  mangkuk,  tutup mixed fruit tadi,   Sejukkan dalam fridge. Sesuai sebagai pencuci mulut.
Wow, as simple as that!!

Ah...senanglah itu..sesuai dengan kemahiran memasak yang ada pada saya.
Saya pun buat malam tadi.Saya tambah buah laici
Elok kalau diserikan dengan agar-agar warna merah. Eh, tak ada pula pewarna  rose...lupakan saje.
Ini pun okey kan?

So. this morning,
"Nah oh Nah.....akak ni,  nak balas pinggan kosong"
:"Mana kosongnya,,,susah-susah aje Kak Nora "
"Simple aje Nah, tak boleh lawan sifu!"

fruitcocktail, cool from the fridge

Nah oh Nah

 Saya masih di Kuantan.
Selalunya kami breakfast di luar .
Pagi ini saya sarapan sorang-sorang. Keluarlah  beli breakfast di Cawan. Cawan , sebuah restoren di blok belakang rumah tetapi saya tak pernah singgah. Ada macam-macam pilihan untuk sarapan. Cuba  nasi lemak dan 3 jenis kuih....RM2.00 sahaja.

Yang asas saje, kuih...apam meriah, cik mek molek, kuih badak
 Sampai di rumah terdengar "Kak Nora......."
Ah, Maznah, jiran sebelah rumah, berada di sebelah pagar dengan sepinggan rezeki di tangan.
"Apa lagi Nah?'
"Ini kuih untuk Kak Nora. Ada orang buat tempahan "

Memang mengancam  kuih Nah buat!!

Dah banyak kali Maznah hulur saya rezeki. Dalam masa saya seminggu di sini, saya sudah rasa
Sabtu minggu lalu : 5 potongan Kek Cokelat (JY rasa sikit,  saya sudahkan)
Selasa : Roti Jala Kari Ayam . (dia  tak berapa gemar, saya juga perhabiskan)
Khamis :Burger Sambal. (Nah  beri empat, saya makan tiga!!)
Hari ini, Sabtu: .....seperti dalam gambar.....(banyak juga tu), boleh share dengan kawan petang nanti.
.
"Kak Nora pulangkan balik pinggan, jangan susah-susah" ..maksudnya jangan balas.
Eh, tak kan nak balas pinggan kosong, ye tak?
Nantilah fikir-fikirkan apa nak balas...yang mudah  untuk saya.


Syukur saya mempunyai jiran yang baik budi macam Maznah sekeluarga.
Maznah, semoga anda sekeluarga dipanjangkan umur dalam kesihatan yang elok dan ditambahkan dan diperluaskan  rezeki. Sungguh baik hati mu, selalu ingat saya bila masak sesuatu yang special.
Makumlah, saya...bila nak mula masak?
InsyaAllah, InsyaAllah.....

Ah Lian, Ah Lian

Pagi tadi menapak ke kedai Ah Meng lagi.
Sesampai di kedai, Ah Poh dan Ah Lian sedang menetapi surat khabar N*n Yang S++ng Po (agaknya) pada berita keputusan STPM. Sambil tu sibuk mulut celoteh apa-apa entah.
 Saya biarkan mereka.
Lepas tu...
"Ah Poh, ada gula batu tak?"
"Ada.....Rm1.70 satu paket" dan hulur saya satu paket lump sugar
Kemudian dia minta Ah Lian menerima pembayaran saya.
"Lian, awak ada duit kecik tak? Sori lah saya tak ade duit pecah"
"Ada" lalu keluar beberapa cekak duit 'kecik-kecik'. ( belum masuk bank  agaknya!)
Dalam hati saya, kalau di kedai M, marah penjual kalau kita keluarkan duit 'besar-besar' untuk bayaran yang sikit, waktu pagi-pagi pula tu. Boleh dia kata bayar karang-karang maksudnya bayar kemudian, pay later. Atau dia tanya kita balik "tak ade duit kecik?"

"Awak mau masak apa pagi ini?" tanyan Ah Lian, sambil kembalikan wang balik saya.
Saya senyum aje.
"Malam-malam sebelum tidur, awak ada pikir apa mau masak besok pagi tak?"
"Tak lah..saya buka buku masak"
"Oh tengok buku eh? Buku masak mahal mahal lah..."
"Tapi ada macam-macam boleh masak. Pilih saje."

'Gula batu ini saya mau ubat tekak gatal ......" belum habis saya cakap
"Oh... saya tau, saya tau....."
Apa yang Ah Lian tau, apa yang saya tau...,
Saya tak tau....

Apa hal ni?

Satu masa dulu, lama dah, orang-orang kampung saya guna satu centralised atau common tap atau public tap. Sebabnya rumah-rumah mereka belum ada bekalan air kerana tak ada paip . So dapatlah air free. Kat situlah mereka beramai-ramai himpun, ambil air, mandi, cuci baju. Jadi bila dah jumpa tu, tukar-tukarlah cerita dan khabar, khasnya mak cik-mak cik. Meriahnya waktu pagi. Sambil mencuci kain, borak-borak. Petang, yang uda-uda pula mandi. Mereka juga kongsi duit untuk buat simen kawasan tersebut. Sekarang, tapak pertemuan itu masih ada tapi paipnya dah tak ada. Tinggal sejarah saja. Setiap rumah dah ada bekalan air sendiri. Kalau nak tahu, meternya di tepi jalan utama dan batang paipnya nuuuuuuuuuun panjaaaaaaangnya sampai ke rumah masing-masing, jauh ke dalam. Bila ada batang paip bocor, kecoh....tanya-tanya siapa yang empunya. Nak tukar batang paip tentu makan belanja yang banyak
Jalan yang mudah mengatasi batang paip bocor (buat sementara) supaya tidak lecak rumah jiran ......... tapi saya suka kalau tak ada penutup, boleh sentiasa lembab pokok kesum saya. tapi kesian pula kat tuan punya paip, tentu bil tinggi!

Kebocoran belum dibaiki, cuma terdengar deseran air ........

Kisahnya

Kalau anda ke Bandar Melaka, hendak tak anda naik beca seperti ini? Macam taman bunga, dan jika anda naik, seolah-olah macam puteri di taman bunga. Dulu beca Melaka tak macam ni, plain aje. Sekarang macam inilah, ada pula lampu lip lop, ada radio atau CD player.Perkenalkan Hanafi. Beliau ialah salah seorang penarik beca yang 'bertindak' juga ala pemandu pelancong di Bandaraya Melaka ini. Rupanya Hanafi tinggal beberapa buah rumah di belakang rumah kami di BC. Saya tak tahu. Marah Hanafi, katanya orang kampung sendiri pun tak tahu. Hanafi, akak kan kejap di Melaka, kejap di Kuantan..Manalah akak tahu. Isterinya juga penarik beca, khas untuk pelancong juga. Patutlah saya selalu nampak seorang wanita (around early 30's?)setiap pagi dengan pakaian 'rugged' ber'cap' dan ber'sun glasses'. Terdetik di hati ni "Hish, rangginya dia". So rasa ingin tahu (kay po) tu terjawab bila saya tanya Mak Besau. 'Dia tarik beca' kata Mak Besau. Kalau orang kampung like Mak Besau nak ke bandar, Yati ni lah akan bawa.' Oh kisahnya! Ya, satu-satunya penarik beca wanita di Melaka! Sorry, belum ada gambar Yati lagi. Next time lah, okey.
P.S. Kalau tak tarik beca, Hanafi kerjanya sebagai tukang baiki kasut. Macam cerita P.Ramlee, 'Penarik Beca' dan 'Sabaruddin Tukang Kasut'. Gambar-gambar Hanafi diambil di hadapan rumah akak di BC. Ceria beca, seceria tuannya!

Gerun

Tahu apa berlaku pagi tadi? Angah dah keluar taichi. Tuesday is the 'pungut sampah day'. So akak keluarkanlah tong sampah ke tepi jalan, tolak 'pintu gate' wide open. Bila dalam rumah nak iron baju, terdengar bunyi suara orang bercakap sendirian, jerit-jerit pula tu. Suara lelaki. Jenguk kat tingkap dapur. Ya Allah, ada manusia kurang siuman sedang punggah tong sampah. Bukan tu aje, siap buang satu persatu keluar, buang ke dalam longkang. Lapar, terliak-kial cari makanan. Alahai, dia makan sisa makanan, like stale bread etc. Sambil tu, berteriak. Saya dalam rumah amatlah takut, jantung berdegup-degup, takut dia masuk ke halaman rumah. Saya called Rakan Cop for help. (Entah datang tidak!). Called Ms Hart, called JY (di Kuantan), alerted Angah. Berulangkali saya baca Al Fatihah, Ayat Qursi dan doa pelindung diri. Perlahan-lahan saya tutup tingkap dapur, takut dia jenguk, locked the door grill. Cemas. Intai lagi. Nampak dia lesing, threw plastic containing sampah ke atas roof pondok jiran sebelah.Lelaki itu Buang tong sampah ke dalam laman rumah, bangun, buka letter box. Tarik gate, tutup pintu pagar. Hai, seram betul. Tak pernah jadi macam ni.
Tak lama tu, senyap, Rakan Cop datang to the rescue ke? Then when Mr Sor and family came to 'export ' the children, barulah lega. Dalam longkang berterabuh sampah. Atas atap pondok jiran masih ada beberapa plastik bag . Dalam letter box, dia letak seketul batu dan dua bendera kecil Malaysia. Oh, sekarang 'pintu gate 'tu sentiasa mesti tutup rapat.
That's the story, gerun. now nak tengok budak-budak tu pula, dengar-dengar macam ada perang saudara!

Serunai

Pagi tadi ke laman rumah untuk mencantas pokok-pokok dalam pasu. Puaslah buat kerja mencantas ni hingga banyak cakar-calar kulit, digigit nyamuk lagi. Dari pokok bunga kertas,pokok buluh jepun, dedaun hijau, hinggalah ke rumpun pokok serai di belakang rumah. Esok bolehlah kumpul semua daun dan ranting yang telah dicantas, masuk ke dalam karung plastik hitam untuk di 'ekspot'. Nampaknya pokok-pokok pasu tu bolehlah 'bernafas' sikit dan nampak 'smart' kalau tidak 'semak'. Ada menunggu tu, timbunan tinggi dahan kering pokok bunga kertas untuk dibakar. Tak mampu lori angkut sampah nak bawanya.

Sekarang waktu petang. Terdengar kumpulan gendang di sebelah rumah sedang berlatih. Mujur berlatih sekarang. Ada kalah mereka berlatih waktu malam...bising jugalah. Alat muzik utama ialah serunai, dikuti dengan rebana, gendang dan gong. Lagu-lagu yang saya dengar mereka asyik main ialah lagu gendang silat, lagu rentak hindustan, alah lagu hindi yang ada laungan 'yahooooo' tu, saya tak tahu tajuknya, lagu jong, jong inai dan beberapa buah lagi. Kumpulan serunai ini menerima jemputan untuk majlis perkahwinan, mengiring pertunjukan silat. Oh di Melaka ni, yang saya tahu di kampung sayalah, ada lagi pertunjukan silat di hadapan pengantin. Dan dibuat di halaman rumah apabila pengantin lelaki sampai di halaman rumah pengantin perempuan dan mereka disandingkan di halaman rumah sebelum masuk bersanding di dalam rumah pula.

Oh ya, berita yang buat saya pening, just confused, PPMSI! Sama-samalah fikir!!!

UPDATED:
Kumpulan serunai atau tambuh nampaknya praktis lagi pada malam nya.

Iman : Eee tak boleh tidurlah, bising!!
Daddy : Baguslah, it's an honour. Dulu-dulu waktu sultan-sultan tidur, ada iringan muzik.
Iman : (blur)

(as reported by Iman the next morning)

From PJ


Perkenalkan my beautiful next door neighbour (ooooopps....) my former neighbour, Pn.Farida Hanim Hashim. 'Former' because Farida and family have moved to Putra Jaya (PJ) a few months back. Recently when she was in Kuantan during Hari Raya Haji, she dropped by the house for some 'makan-makan apa yang ada' and 'tanya-tanya khabar' and also to clear and tidy her vacant house for the coming tenant. Faridah had recently obtained her Masters from UiTM (ambitious lady she is!!)and has started teaching again at one of the IPT in Bangi. Congratulations Faridah, happiness ya, after all the hard work. Now, the next question is " What about Doctorate?"

Above are also images of her three boys. Let me remember their names. Next to her is Safuan. Then there is Hilmi (in green T) and 'big' boy Razin. Razin lahir pada tahun yang sama saya ditugaskan di SMK Tengku Afzan. Her two daughters (known to me as Kak Long and Kak Chik) were former Afzan students. All her children are doing well in their studies. So mother and children sama-sama study. Anyway, keep in touch Farida! Kirim-kirim khabar ye....

Sarapan @Norehan

Sarapan di mana?
Rumah Norehan on the Hill. Rumah dia ....oops macam bangunan sejarah di Melaka. Merah....berseri...cantik

Norehan: Pn Hjh makan LAKSAM tak?
Me : Makan ! (dalam hati..oh..laksam...tak gemar bukan tak makan, but no choice, must'nt be rude)
Norehan cut the rolled elongated Laksam into pieces, tabur taugeh and shredded cucumber, add sambal and the gravy. The correct way to eat Laksam is with your fingers, makan dengan jari, gaul-gaul semua bahan, kalau ada belacan lagi best!

Me : Sedapnya. (Now I'm beginning to like Laksam)

Nota: Sekarang (1.35 pm) hujan di Kuantan tapi tak lebat.

Rajinnya

Rajinnya! Saya rajinlah memblog apabila berada di Kuantan ni. Mana tidaknya
= 'cyber cafe corner' free sokmo, walaupn CPU lembab
= cuti rihat 'Menteri dengan tugas-tugas khas' or 'Nanny McPhee'
= adalah story nak share
= ada banyak masa...

This morning, my Chinese neighbour, Jenny, accompanied me for my morning walk up Bukit Sekilau. Jenny. Agak-agaknya dalam 50'an, maybe younger (eeh tak berani tanya umur, takut sensitive) and stays a few doors away. Dia ni pelek sikitlah....rajin sapu daun-daun kering berguguran. Bukannya sapu kawasan rumah dia je...tapi kat jalan raya juga (lane depan rumah) sampailah beberapa rumah yang menjadi jiran dia. Kadang-kadang nampak suami dia bantu. Bersihlah jalan kejap. Lepas tu daun pokok akasia tu gugur lagi. Neighbours called her MPK.
This afternoon Jenny will be going to Singapore for one month "Mahu jaga orang bersalin, dapat lah belanja sikit" Oh part time job jaga orang bersalin rupanya, foreign helper...Rajinnya.. If you're not around, Jenny, who will keep the road clean? Siapa mahu sapu daun? Me? Tak kuasa gua, puas dah buat kerja majlis perbandaran ni di BC!!!

Another Chinese lady, young one..we met her this morning as we were climbing up the steep hill. She was climbing with a rake in hand which she borrowed from one of the houses there. 'Mau sapu daun atas bukit, siapa mau tolong marilah' Eh ada gotong royong ke? No takers...We told by some climbers kat kawasan rata atas bukit itu (besarnya sekangkang kera, small area) banyak daun kering...oleh itu banyaklah nyamuk, fat and stout pulak tu. Tak naklah naik sampai puncak, cari fasal pulak... tapi rajinlah amoi tu..siap bersihkan kawasan untuk pengguna lain.

Macam mana? Menjelang petang ni rajin ke lagi?

Mee Goreng Sabariah

Dear readers.
What? Apa? (must sound like M Rajoli in his 'Lasenda cafe' advert)Mee goreng Sabariah a.k.a Mee goreng bodoh? I went to support the newly opened next door eating stall. This morning they had 'Mee Goreng Sabariah or known as mee goreng bodoh in Melaka. Sabariah is the name of the lady who used to cook this famous breakfast dish. Why 'bodoh'?The stress is not in 'Mee Goreng, bodoh!" But the name of the dish. Simple dish indeed!!!Like Simple Simon!!!Just fry some pounded red chili or if you like get the special chili sauce (get it from the kedai runcit). When it is cooked, put in the mee basah or yellow mee, mix and stir well and finally add in the taugeh. Why taugeh last? To get the 'kruup. kruup' sound. No prawns, ikan bilis added. No eggs either. Then the supposed to be Sabariah (or the cook) will ask you 'Nak kicap dan cuka tak?"
This is the K I C K. Agree, if you like the sour and saltish/manis taste. Optional.Reason to ask, some don't take vinegar/cuka/kicap. If you want extras like sambal pedas or fried egg just ask and you'll be served. Taste memang best punya. As far as I know no other places in Malaysia sell this Mee Goreng Sabariah. As today is the opening day, so makan free! Free makan for customers. I ordered 2 bungkus (plates). Dah lama tak makan Mee Goreng Sabariah!
To you dear neighbour, all the best. Semoga berjaya.