Nah oh Nah

 Saya masih di Kuantan.
Selalunya kami breakfast di luar .
Pagi ini saya sarapan sorang-sorang. Keluarlah  beli breakfast di Cawan. Cawan , sebuah restoren di blok belakang rumah tetapi saya tak pernah singgah. Ada macam-macam pilihan untuk sarapan. Cuba  nasi lemak dan 3 jenis kuih....RM2.00 sahaja.

Yang asas saje, kuih...apam meriah, cik mek molek, kuih badak
 Sampai di rumah terdengar "Kak Nora......."
Ah, Maznah, jiran sebelah rumah, berada di sebelah pagar dengan sepinggan rezeki di tangan.
"Apa lagi Nah?'
"Ini kuih untuk Kak Nora. Ada orang buat tempahan "

Memang mengancam  kuih Nah buat!!

Dah banyak kali Maznah hulur saya rezeki. Dalam masa saya seminggu di sini, saya sudah rasa
Sabtu minggu lalu : 5 potongan Kek Cokelat (JY rasa sikit,  saya sudahkan)
Selasa : Roti Jala Kari Ayam . (dia  tak berapa gemar, saya juga perhabiskan)
Khamis :Burger Sambal. (Nah  beri empat, saya makan tiga!!)
Hari ini, Sabtu: .....seperti dalam gambar.....(banyak juga tu), boleh share dengan kawan petang nanti.
.
"Kak Nora pulangkan balik pinggan, jangan susah-susah" ..maksudnya jangan balas.
Eh, tak kan nak balas pinggan kosong, ye tak?
Nantilah fikir-fikirkan apa nak balas...yang mudah  untuk saya.


Syukur saya mempunyai jiran yang baik budi macam Maznah sekeluarga.
Maznah, semoga anda sekeluarga dipanjangkan umur dalam kesihatan yang elok dan ditambahkan dan diperluaskan  rezeki. Sungguh baik hati mu, selalu ingat saya bila masak sesuatu yang special.
Makumlah, saya...bila nak mula masak?
InsyaAllah, InsyaAllah.....

Bila memandu

Sambil memandu pagi tadi, dengar siaran radio i.k.i.m fm.
.
.
Dua orang deejay (betul ke) sedang berceloteh, memberi ingatan dan nasihat kepada pemandu-pemandu supaya berhati-hati memandu di jalan raya.
.
.
.

Kata sorang "pandu kereta lambat-lambat dan berhati-hati"
.
.
Balas sorang lagi "tapi jangan pula terlalu lambat!"
.
Sambung dia lagi " nanti anda dapat gelaran. Tahu apa gelaran kereta apa yang dipandu  lambat di jalan raya? Pergerakannya amat perlahan."
.

Saya jawab sendiri dalam hati "Steamroll...kereta yang gelek tar bila buat jalan raya tu"

Apa jawapan deejay tadi ....................???
"kereta berhias. Aha..jangan nanti kereta anda dapat gelaran kereta berhias. Kan kereta berhias bergerak lambat!"
.
.
Tersenyum saya dibuatnya.

Yang lama-lama

Satu masa

"surat khabar lama,surat khabar lama",

diselang seli dengan

"old newspaper, old newspaper"

dengan nada lagu tersendiri sambil terdengar picitan 'hon' menandakan kehadirannya di kawasan perumahan.

KENMY flickr.com

Sekarang...

"beli surat khabar lama,
buku lama,
majalah lama,
bateri lama,
komputer lama,
printer lama,
............ lama....."

(anda tahu kan nada lagu bila dilaungkan kehadiranya?)

hai encik,
apa lagi yang lama boleh dijual?

Yang  uniknya dalam jual beli.....
Penjual  "berapa satu kilo?" (surat khabar lama)
Pembeli  "30 sen "

Beres.......

Me n Bubblegame

Cg Aida, seorang GB Blogger telah perkenalkan game ini di laman rumahnya.
.
.Sejak itu......
.
.
.
Setelah puas....... singgah sana sini, baca itu dan ini,
.
.
singgah sebentar


main-main di sini



SEBENTAR????
.
.
.
.
.
 Tak percaya kah? Cuba lah!!!