BUNGA, BUNGA MELATI

Pernah saya cerita mengenai beliau. Melati. Memang sangat tepat sekali nama dengan jenis perniagaannya, menjual anak pokok bunga dan tumbuhan hijau. Teringat lagu klasik 'Bunga, bunga Melati, Harum semerbak di waktu pagi....." hi hi....Melati menjual di 'nurseri' lokasinya, di pasar besar Melaka pada waktu pagi. Peramah orangnya, tak lokek ilmu tanam pokok. Harga jualan pula lebih rendah dari yang dijual di nurseri biasa.
Lihatlah Melati antara ros, bunga kertas, orkid kampung dan lain-lain yang saya tak tau namanya. Sudah pasti geram saya lihat anak ros kampung. Suka nak buat tambahan tanaman ros di rumah tapi , tunggu dulu. . Tak boleh  buat masa ni. Jaga dulu yang ada di rumah. Takut-takut laman rumah jadi nurseri pula :O


Melati melayan pelanggan
Rona-rona
bunga-bunga
ceria-ceria
suasana!!!



WAJAH BARU DI SIMPANG JALAN

Banyak bangunan baru di sana sini di bandar Melaka. Begitu juga di pinggir bandar. Kalau satu masa dahulu terdapat deretan rumah kedai papan, kini diganti dengan deretan kedai batu berbagai 'design', Italy lah, Beijing lah.....hmmmmm.  Antaranya...

Di persimpangan jalan dekat Kompleks Masjid al Azim dan setentang dengan Pejabat Pos Besar Melaka.



Di Bukit Baru pun sudah siap deretan rumah kedai baru. Moden dah di persimpangan Bukit Baru. Hilang sudah wajah kampung dengan kedai papan.



Beca baru, kereta pun baru

Baru sekali masuk Melaka.
Kalau ke sini jangan keliru,
Persimpangan jalan baruuuu belaka!




SI MINI DALAM PASU

Di Nurseri Bunga Semabuk.
Saya tertarik dengan tanaman mini.
Bukan sahaja dalam bekas bunga kecil tetapi
boleh guna mangkuk,  cawan
dan bekas-bekas bunga yang lain.

Teringat saya di rumah ada 'vase' yang lama terbiar. 
Ada juga set mangkuk bubur yang dah berhabuk .
Elok saya jadikan pasu tanaman mini 
seperti terdapat di nurseri.
Baik hati 'amoy' pembantu yang berminat sungguh menghasilkan seni tanaman ini.
Katanya:
Bubuh tanah dalam bekas,
Tanam sepohon (atau lebih) pokok kecil
tabur batu-batu kristal atas permukaan.
Spray untuk kesegaran pokok

Nah!
Inilah hasil kerja saya
si mini dalam pasu







BERGAMBAR SAKAN RAYA


Bergambar,
 acara tahunan hari Raya..


Us @ home.....
Ada aje yang missing.....

Dulu saya lah yang tertinggi! Hu Hu....
Look at them, Iman, Iddin, Azizi and Amal.
fast growing :)

Apa yang dibuat si Amal ?
Ketawa besar daddy, mummy, Kk Iman dan Iddin
My adik n famili

Pn Direktor bersama krew


Ibu dan anak.  Maheran (SIL) berama anak, Mohd Azizi
Ibu di Melaka, anak bertugas di KK

Happy family with Nur Aisyah (Meymey|)
My anak buah, Mohd Azlan with Aslamiah, wife.
 Pertama kali Nur Aisyah sambut hari raya.
Nur Aisyah iras muka siapa ye?

Anak saudara dari Shah Alam datang mengunjung.
Tak lama lagi salah sorang jejaka tu nak belanja besar!

'Nanny'  NekLang with 'cucus'  Oh no....yang dipangku itulah cucu NekLang


Famili sepupu dari KL datang berhari raya , tetapi...
kami tiada di rumah. Hantar gambar whatsapp aje lah!
Selamat Hari Raya!!!
Hidangan Hari Raya 2013