Api dan Air batu

Banyak cerita sudah saya baca mengenai I- City dan 'Ice Walk'. Google aje.
Jadi hujung minggu yang lalu, kami pergilah bersantai di bandar 'Fire and Ice' di Shah Alam.

Bila nak sampai aje ke kawasan I City, ada member dalam rombongan 'Pak Abu' dengan excited berkata "Ah, tu ke I city? ' bila ternampak sebuah bangunan tersergam dengan lampu terang benderang.
'Eh, tu kan J*kel!!'
Wa kah kah, kami ketawa. Sesiapa pun boleh sangka ia 'I city' kerana lampu-lampunya. Boleh jadi dia ambil kesempatan sebab dekat sangat dah dengan  I City.
Sepanjang jalan le kawasan I City terdapat deretan pokok-pokok lampu letrik

Mula-mula kita ke 'Ice Walk'. Excited juga. Adakah ais atau snow nya macam yang pernah dirasai? How much is the 'sejuk'?
Depan kaunter tiket (punya nya mahal!) dah ready kamera.
Shoot apa yang patut, Kak Iman...

Nak masuk ke dalam kena pakai 'winter coat' yang warnanya dah agak lusuh. Elok bawa winter coat sendiri kalau ada, lebih 'natural', tak nampak pinjam!
Maka bermulalah adventure kami dalam 'Ice walk' Rupanya bahagian basement bangunan di ubahsuai jadi tempat 'snow'. Sejuuuk  rasa-rasa, di bawah 0 darjah, macam dalam freezer fridge. 'Snow'nya merupakan 'ais. Kasar rupanya. Betul-betul mengimbau kenangan lama.....Rombongan 'Pak Abu' nampaknya enjoy jalan-jalan di daerah ais ini. Ada yang dah mimpi nak ke Korea musim sejuk. Alahai!!Kalau ada snow flurries (hujan air batu) lagi best!
 Kamera boleh bawa masuk (beg-beg tak boleh). Apa lagi pose sakan lah kami, Hasil gambar ada yang okey, ada yang keyo.
.Depan igloo
Tiga beradik di 'Iceland'
Check imej yang diambil, eh, kenapa gelap ah?
 Tengok lah winter coat pinjam ku ini!

Tapi, yang inilah yang terbagus. Mana tidaknya. Dalam ice Walk ramailah jurugambar residen berkeliaran ambil gambar dengan bayaran. Tak pelah ambil satu sebagai kenangan.
Keluarga 'Pak Abu' gembira dengan snowman.

Puas sudah bermain dan merasa  'winter' kita rasa pula 'spring' (summer?).
Ini rupanya I City. Amusement Park.

Kami naik 'Buaian Pusing' kata orang dulu. Berbaloi ke?
Di basement salah sebuah bangunan itulah letaknya ice walk Gambar diambil dari stesyen buaian pusing/

Saya rasa macam Tipah tertipu lagi. Dia bukan buat satu pusingan yang lancar tapi terhenti setiap kali ambil penumpang. Itu pun satu pusingan aje. Memang tak puas hati. Rasa-rasa macam nak beritau mereka yang sedang beratur menunggu giliran, 'anda akan ditipu'!
Terang
 Layanlah gambar-gambar di daerah ' summer' ini.
Dia yang enjoy sekali
Setiap kali lepas shoot. jadi ke tak jadi? Atau hantar FB?

Okey, tercapai sudah impian melawat  'I City'..Puas hati???

Kalau pokok ini ada di laman BC...macam mana?
Semoga ada Rumah Ais di Melaka, boleh pergi selalu!

Terima kasih kepada rombongan 'Pak Abu' atas lawatan ini!

@ Bistro di Shah Alam

Berulangkali dapat pesanan 'jangan lupa Nasi Bokhari' di Bistro depan Hotel Q*****y bila di Shah Alam nanti. Sedap, memang sedap.'
Malam , sekembali dari main-main dan jalan-jalan di I-City dan sudah tentu di 'Ice Walk', kami singgah di bistro tersebut. Saya sorang aje order Nasi Bokhari, yang lain pesan yang ringan-ringan saja. Sebab dah malam...takkan nak makan berat.
Jadi ini dia yang diidam-idamkan....


Nah kau! Banyaknya. Mana boleh habis. Memang betul sedap,  ayamnya 'juicy',terasa rempah bokharinya, Ayam sembunyi bawah timbunan nasi. begitu juga telur rebus. Ini rasa Nasi Bokhari yang asli rupanya.
Boleh ke nanti saya masak macam ini?

Walaupun berkongsi makan, nasi habis, tinggal ayam!!!
Ssssyyyyyyh......nak tau siap duduk di meja sebelah? Mereka pun 'supper' juga. Cuba teka!   Ada selebriti..seorang konduktor orkestra tak asing lagi, seorang  penyanyi dan penggubah lagu terkenal bersama rakan-rakan ...Mereka sedang bincang semula atau borak-borak tentang persembahan mentor dan mentee yang telah buat persembahan. mentor kejap tadi. Kami buat tak tau aje, walaupun sesekali ada kedengaran apa yang diborakkan..
 Rasa-rasa nak ambil gambar tapi  kata Amal kat google banyak gambar dia orang. Tak payah lah!
Tunggu kejap lagi, mana tau nanti muncul pula Kak RR .......
I-City sudah, Ice Walk sudah, Nasi Bokhari sudah.......terserempak si A**i sudah, jumpa R**** M* pun sudah
apa lagi,
Okey, dah kenyang, mengantuk, penat, jom seberang ke hotel....

Anakku

Ini bukan cerita  'anak aku' tetapi 'anakku'
 Rumah BC merupakan pilihan homestay serta juga spital bersalin  'kuc-kuc' pendatang.
Maka terdapat lah lagi anakku dilahirkan di sini, entah bila bila...
Seperti dua ekor ini
 Putih comel
Oren pun gitu

Nak aku asingkan daripada ibunya, yelah, beri kepada mana-mana pencinta   kucing, tak pula sampai hati. Tengoklah ni...
Masih memerlukan ibunya. Ibunya masih memerlukan anak-anak. Anak hilang dari mata  maka ributlah bunyi 'ngiau-ngiau' nya..Yang tak tahan,  anak-anak tu lompat atas kerusilah, panjat meja (di luar rumah), be..di rumput, ken...sana sini.
 Tapi saya percaya, satu masa nanti, pandailah anakku itu mencari makan sendiri dan buat famili mereka sendiri. Alahai.....tinggallah ibu beranak lagi...
purr....purr...
mew....mew...


Senjuang? St John?

Pagi Ahad lalu , senaman hujung minggu kami di sini pula.

Satu lagi tempat bersejarah di Melaka. St John Hill. Orang kita panggil Bkt Senjuang. Mendaki bukit ini tak lah susah sangat sebab sudah sedia laluan jalan.
 Apa ada atas bukit ini?
Tu dia....Kota St John, dibina oleh Belanda satu masa dulu. Kota menghadap  arah ke Selat melaka.
Ini yang susah sikit.. Nak naik tangga batu granite, batu asli sejak dulu,.kekal.

Melaka Raya dari puncak bukit. Selat Melaka nun jauh di sana!


Balai Polis di Banda Hilir, bangunan unik Belakangnya apartment. Dulu di panggil Garden City.

 'Forest'...
 Sejauh mata memandang


Mereka yang pentingkan kesihatan, senaman, senaman, senaman.....


Lain kali saya sambung lagi lah ye, CPU asyik shut down aje.

Apa hal  pula?




Frust nye!!!!!!