Selepas hujan

Inilah yang dikatakan misalan orang kita "Ibarat cendawan tumbuh"

Banyak cendawan tumbuh di padang rumput laman rumah BC. Sudah beberapa malam hujan turun waktu malam. Kawasan ini agak lembab maka mudah cendawan membiak. Tapi cendawan ini bukan untuk dimakan, tak boleh dimakan pun!!! Hanya untuk tatapan dan akan dihapus kira nanti. Yang nampak macam kayu tu ialah batu pemijak 'stepping stones' supaya rumput tidak dipijak sesukahati oleh 'lalulintas penjalan kaki'

pemijak kaki macam landasan keretapi, pokok buluh sederet tepi pagar ala barisan tentera

The Royal Wedding

Sepanjang minggu ini saya menunggu depan Ch TLC 707 nak tahu  cerita persiapan  wedding di Raja, nun jauh di seberang sana. The Royal Wedding Week' siarannya,  setiap malam jam 9.  Saya nampak hebat persiapannya   'Wedding fever' all over the country...Tengahari tadi dapat juga ikut ulangtayang wedding di Raja 1981 dulu, dari mula sampailah honeymoon.  Mendiang ibu pengantin lelaki nampak so sweet. Petang ini tunggu masa aje nak tengok siaran perkahwinan di raja yang ditunggu-tunggu. Tak dapatlah budak dua orang di rumah ni tengok cerita Korea. Time ini,  time dia orang follow  ch KBS. Tidurlah mereka dengan nyenyaknya. Nanti bila start, bangunkan. Kalau tak tengok, macam peribahasa seperti ,,,,,,,,,,,,,,,,tempurung.

Kate n William (macam kawan-kawan aje panggil nama) Foto Google


Ini kad jemputan nya. Macam biasalah kad ini tak tulis nama...macam ada orang kita hantar kad jemputan kahwin tak bernama penerima atau yang dijemput. Letak aje dalam kotak pos atau hulur saje gitu. Anda dapat tak jemputan?

di hantar melalui Google


Tapi macam mana nak beritau saya tak dapat hadir. Tak dapat SMS, tak dapat contact.....HP rosak!!.
Maaflah ye Kate n William....tengok kat TV aje..now showing, you know...lebih jelas, tak panas, selesa lagi. Eh, Baju jemputan wanita tak ada 'bling' sana 'bling' sini. Topi wajib pelbagai rupa. Suka tengok.
Apa-apa pun semoga perkahwinan anda seperti akhirnya cerita  '....and they live happily everafter...'
Sempat juga  'capture' gambar-gambar ini..

Semoga berbahagia

.

Perigi "Jack n Jill"

Di laman rumah kami ada sebuah perigi. Perigi ini digali ketika berlakunya musim kemarau di Melaka satu masa dulu.Setelah keadaan pulih semula, kami tidak bercadang untuk menutup perigi tersebut.  Ia boleh menjadi kenangan kepada generasi akan datang. Airnya kurang jernih, tidak begitu bersih sebab tidak digunakan lagi. Tetapi perigi tersebut tetap kekal berdiri dengan megah.


'badan'nya berlumut, tutup dah berkarat, kurang perhatian

Hinggalah.......
bila kami bercadang untuk meningkatkan landskap laman.
apa nak buat dengan perigi comel ini?
Apa kata kita jadikan dia macam perigi "Jack n Jill"
Maka kami gambarkan kepada Mr Chong (siapa lagi kalau bukan kontraktor landskap)
perigi "Jack n Jill"
"Kita mau ada bumbung, ada timba kayu, ada tali. temboknya begini.... blah..blah...blah..... "

Inilah hasilnya...

Perigi sudah berbumbung. Ada timba tergantung di tengah-tengah siap dengan tali serta pemutarnya. Air perigi kini kami gunakan untuk siraman pokok-pokok dan mencuci lantai serta longkang. Airnya sudah mulai jernih sebab diguna selalu.

.Ini timba kayunya, serta tali, ditempah khas, sebagai hiasan

.Kedudukan perigi "Jack n Jill' di laman


 Perigi "Jack n Jill' atas bukit, perigi versi kami dilaman rumah, di kaki Bukit China.
Bagi mereka yang tak biasa dengan 'pantun kanak-kanak'/nursery rhyme  "Jack n Jill",
 begini liriknya

"Jack and Jill went up the hill
To fetch a pail of water.
Jack fell down and broke his crown
And Jill came tumbling after"

Saya belajar lagu ini semasa di tadika berpuluh-puluh tahun yang lalu, dah berzaman...........
Bagaimana kami tau periginya begini bentuknya?
Dari bayangan kami...tak tau pula ada simpanan dalam Mr Google 


Peminat  'embroidery ' boleh juga cuba jahitan  Jack and Jill Well
.www.embroidery.com

Yang terkini

 
 Satu pagi, di kedai cermin mata "Mata ke Mata" di DP Mall.

.Nama saya 'Seng Hup' tapi kedai jual lampu bukan saya punya
 Saya: Mr Lee SH, boleh tunjukkan saya frame cermin mata terkini.
LSH: Ada, nanti ye, boleh cuba yang ini, terbaru!!!

Ah? Boleh ke??