Hurray....


dppwp.wordpress.com







Kalaulah benar UPSR dan PMR akan dimansuhkan,
maka..

murid-murid akan



"HURRAY"....
No more tuition
Tiada lagi kelas tambahan
School will be fun


tetapi

apalah nasib pusat-pusat tuisyen yang ada
(tumbuh macam cendawan)
dan
mereka yang 'sewaktu' dengannya?

TS3


Salam,
Lama sungguh saya tak ke cineplex. Jom, malam tu, satu famili pergi tengok Toy Story 3. Ini cerita Toy Story ke 3. Toy Story 1 dan 2 saya tak pergi nonton. Kata budak-budak di rumah, Toy Story best. Toy Story...Cerita Mainan Kanak-Kanak. Jadi sudah tentu pelakon utama mainan kanak-kanak...toys. Penonton diberi 2 pilihan samada nak nonton secara gitu-gitu (maksud saya, macam biasa) atau gunakan spec 3D ( bukan 3G, okey). Lebih berkesan dengan 3D. Tentulah harga tiket pun berbeza. Saya belum pernah tengok wayang guna special spec ini...special effect. Jalan cerita mudah . Saya suka dengan watak 'toys' dalam cerita ini. Saya dengar Amal terkekek-kekek ketawa lihat Barbie 'berboyfriend ' dengan Ken. Amal ni peminat No 1 Barbie. Bagaimana Barbie 'tricked' Ken untuk menyelamatkan kawan-kawan dia. "Ken' is a girl's toy".Amal juga ketawa lihat 'diri' dia main dengan mainan sambil bercakap-cakap dengan patung-patung. Saya bayangkan Iddin bila Andy semasa kecil (tuan punya toys ) bermain-main sendirian dengan 'toy's nya. Saya bayangkan diri saya emak Andy bila beliau sibuk menyuruh Andy mengemaskan barang-barang permainan, mana nak buang dan mana nak disimpan. mana nak diderma, semasa saya mengemas rumah tempoh hari. Ada juga penonton yang memiilih untuk tidur di belakang spec 3D sebab Toy Story 3 bukan untuk dia!!!Tak jiwang-jiwang..
Untuk sinopsis Toy Story 3 pergilah ke google. Memang menghibur dan berkesan ceritanya.
Banyak pengajaran Toy Story 3....antaranya, pentingnya "brotherhood (sisterhood) and friendship" dalam keluarga dan persahabatan. Pentingnya kasih dan sayang. Pentingnya membuat pilihan yang bijak dalam mengambil keputusan.
"No toys are left behind" sangat dalam maksudnya.

Shoot


.



Saya enjoy part inilah waktu menonton perlawanan hoki.
Bila half time, shoooot, tembakan air menuju ke padang turf.
Sebab? Padang jenis ini tak boleh kering, mesti lembab supaya bola mudah bergolek, tak tersangkut-sangkut macam main kat padang rumput biasa.
Lihat ada pelangi lagi.
Agaknya kalau nak leraikan demo haram, pihak berkuasa gunakan tembakan air seperti ini ye?
Saya tak tau sebab tak pernah tengok sendiri.

Ketupat lagi

Salam.


Pagi ini, Melaka basah dan sejuuuuk lagi. Sedap tarik selimut.....

Ini ialah pemandangan di luar rumah,
hadapan....masih cool
Ini juga di luar rumah,
bahagian belakang,

nampak basah, kan?

Pagi ni breakfast ketupat lagi tapi bukan ketupat lebihan pagi semalam ye.
'Chef di Raja' PT aka En Tapah, kirim...dia masak untuk kenduri di masjid Ujung Pasir.

Ada ketupat mini serta rendang ayam
Oh ada juga apam gula merah


Dan... ada juga pulut dengan serawa durian. Tapi yang ini tunggu dulu....pagi lah pagi, perut tak boleh terima hidangan ini.

Okeylah , nak ke You Tube...tapi maaf, ye, gambar-gambar di ambil di rumah my anak anak saudara. Bukan, bukan rumah di BC.