Dulu-dulu

Salam.
Baru install scanner (JY beli harga offer!)
JY tutor kejap macam mana nak scan.
Dulu dah belajar, tapi dah lupa :(
Punggah gerobok, cari kotak isi foto-foto lama.
Nak cuba scan, semua dalam black n white.

Ini foto pertama,


Kakak (maaf ye, ni zaman dulu, early 60's)masih ber 'pleated skirt',
di kedai arwah bapak.
Kami tinggal di rumah kedai..bawah toko, tingkat 1, rumah.
Arwah bapak ada toko pelbagai jualan .
Lihat, kain batik jawa tergantung, buku-buku tersusun di rak, ada kain ela (kasa rubiah, voile)
ada jualan songkok, kain baldu, benang cap sauh buku-buku agama, ubat tradisional dan macam-macam lagi.
Sayang , toko sudah tiada sebab tiada yang sanggup 'menyambut'nya.
Yang kelihatan di belakang kakak ialah arwah pakcik yang bantu dalam pengurusan toko.

Foto kedua,


Inilah saya, agak-agak semasa berumur 11 tahun
Posing ikut arahan tukang tangkap gambar di studio, tengok kaki, kejang kaku!
Baju, arwah mak yang jahit. Baju gaun hijau, skirt kembang, kain lace (yang kasar dan keras), puff sleeve (sekarang in fesyen)

Foto ketiga,


Tiga beradik dari kiri, saya, adik (Shaukani) dan kakak
Baju dua beradik sama pattern dan sama kaler (kuning dengan hitam)
Lupa siapa jahit.
Kami berjalan-jalan di taman bunga di Banda Hilir.
Sekarang, tempat ini dah di'upgrade' dan dimajukan jadi tapak Menara Taming Sari.
Taman pun banyak pelbagai bunga warna warni.
Hujung sana, Selat Melaka.
Dulu tiada deretan kedai. Sekarang sesak dengan kedai.
Tengok bayang-bayang, mungkin foto diambil waktu tengahari.
Gambar diambil hujung-hujung tahun 50'an.

Foto seterusnya,


Bergambar dengan kawan-kawan semasa kecil (childhood friends, gitu)
anak-anak kastam marin.
Berek dia orang sebelah rumah kedai kami di Riverside (sekarang Jalan Laksamana)
Tempat kami bergambar ini ialah taman permainan kanak-kanak,
sekarang jadi tempat parking kereta.
Kedai kat korner yang anda nampak tu, kedai kopi (nama glamnya kopitiam)
Sedap tau, adik-adik, roti bakar kahwin dia, kaya dengan mentega.
Ada lagi sekarang? Tak ada dah!
Dalam gambar,
belakang sekali kakak, tengah Kak long (arwah) yang di pangku, Lijah.
sebelah beliau, Sapiah.
Depan yang kusut tu, saya. Sebelah saya, Azmi.
Seorang lagi, saya tak ingat nama.
Di mana mereka sekarang ye?

Ah, yang ini paling mahal!


Saya sewaktu berusia 6 bulan. Macam mana tau? Ada tercatat tarikh di belakang gambar!
Saya dengan arwah mak. Bergambar di photo studio.
Arwah mak berkebaya jahitan sendiri, sulaman sendiri (pakai goyang punya) dan berkain batik jawa.
Muka baby tu empat segi, rambut jarang-jarang, comel tak?
Pandai posing kan? Senyum bila tukang ambil gambar tunjukkan permainan itik,
bila dipicit bunyi kuek, kuek, kuek....
Rupa saya ada tak rupa mak?
Sekarang saling tak tumpah!!

Itulah antara foto-foto saya nak share dengan adik-adik.
Ada lagi...lain kali aje lah ye.

Terkenang semasa dulu,
Hatiku terasa pilu,
Bilakah dapat bertemu,
Pada mu duhai kasih ku......


Aktiviti pagi Sabtu

Salam teman-teman siber sekelian.
Hari ni, moh saya nak cerita aktiviti pagi semalam, pagi Sabtu.
Dah lama tak exercise. Jadi Mshart ajak lah morning walk untuk merenggangkan otot-otot serta memanaskan badan.
Laluan walk nya ialah kawasan Bukit St Paul, mendaki bukit dan turun menuju ke Kota Famosa, jalan-jalan di taman, satu pusingan.




Sempat ambil gambar dengan phone cam (atau cam phone?). Cam phone baru beli katakan, Brand tak boleh cakap lah...murah punya. Handphone saya yang dulu namanya Cik Noki, tak ada camera (ahli di rumah BC masing-masing Hp ada cam). Nak try lah dengan Cik Si Es El. Klik.klik...Ini ialah pemandangan dari atas Bukit St Paul. Nampak tak Selat Melaka? Bangunan yang tinggi ialah H***day I*n.


Satu lagi pemandangan. Nampak tak Menara Taming Sari?
Kawasan rumah kedai yang jauh di mata masih banyak yang kosong.
Kalau jadi lokasi filem, bangus sangat.
Waktu semasa ialah 8.15 pagi


Sempat pula joggers (atau walkers?) bergambar kenangan.
Sementara itu 2 orang wakil sukan Sukma sedang buat stretching(atau ballet?)


Bila turun bukit, peserta cilik ini nak ambil gambar kenangan pula kat siti meriam Portugis. Tunggu Nek Lang, Amal nak bersin dulu.....achoooo!!!


Sekarang dah ready, tunggu Amal pose :=)
Nampak tak latar belakang kaki Bukit St Paul? Nostalgia bagi saya tau...satu masa dulu, saya pernah buat persembahan hujung minggu, menari Tarian Inang Cina dengan kakak.
Tempatnya di dataran di kaki Bukit St Paul
Itulah , the first and the last menari depan public.


Peace No War, kata Master IS. Di sini ialah kawasan board walk yang terletak di luar sebuah shopping kompleks.


Oh yeah?.........Dua beranak ni nak buat renggangan otot kaki atau buat langkah tarian?
Penat ke mendaki tadi?
MsHart, jangan lupa tarik dan lepaskan nafas. pesan doktor.
Sudah jalan-jalan kat kawasan taman, kami breakfast pula di Limbongan.
Breakfast: Lontong, roti canai, lempeng, cokodok (cicah kuah masak asam), pelbagai kuih muih.
Balik semula lemak yang baru hilang.
Hmmmmmm.......

Sudah breakfast, MrKind Heart drive semula ke kawasan Dataran Pahlawan. Kenapa buat satu pusingan? Rupa-rupanya ada budak tu nak breakfast dengan menu kesukaannya di Mat Donald. Patutlah' awan gelap' tadi di Limbongan
Sayang seorang Daddy pada anaknya........terharu ;)

Eye VS Eye

Salam semua.
Eye VS Eye (macam Kramer vs Kramer)
Eye on Malaysia. Masih berdiri megah di muara Sg Melaka, belum di dismantled kan lagi atau dibongkar. Dulu semasa kecil, kami panggil buaian seperti ini 'buaian keling', tak tau mengapa. Bila ada 'fun fair' bergerak di bandar atau ada pertunjukan 'circus' atau sarkis, permainan inilah yang menjadi tarikan utama kami. Tak lah tinggi macam Eye ini .Mesti naik, tidak boleh tidak. Pusing, pusing beberapa kali....kejap ke atas, kejap ke bawah...punyalah suka. Ketawa kami makin menjadi bila buaian ini berhenti untuk menurun penumpang, tergoyang-goyang dalam buaian di udara. Saya sempat naik Eye on Malaysia, bukan di Melaka tetapi di KL, di Taman Tasik Titiwangsa, masa mula diperkenalkan. Bolehlah, dapat tengok bangunan-bangunan dan 'atap-atap rumah' sekitar KL. Tapi cukuplah sekali itu. Kemudian, ia pindah pula ke Melaka. Happy juga, ia menjadi satu tarikan pelancong di Melaka. Tapi sayang, tak lama khidmatnya di bandar bersejarah ini.
Sekarang Eye 'gergasi' ini telah diarahkan 'tutup mata', tidur :=(..... entah sampai bila ia lelap, tidur nyenyak? Entah?

Tapi jangan tak tau, sebelum si Eye gergasi ini pindah ke Melaka, dah ada satu Eye yang comel di Melaka, terletak di tebing Sg Melaka. 'Eye on Melaka' nama dia. 'Mata nya masih celik. Saya belum naik lagi Eye kecil ini.

Jadi, tak usah risaulah, adik-adik, anak-anak, tak dapat naik Eye besar, naik yang Eye kecil pun okey apa. Ada gondola, berpusing, dapat tengok bandar Melaka juga.

Jadi, Eye vs Eye, tiada masalah.

NakOSim

Salam semua.
Satu pagi kami (JY dan saya) round-round di JJ yang baru dibuka. Saje nak cuci mata,tengok apa ' extra' nya shopping centre terbaru di bandaraya Melaka. Lalu kami pun sampai lah di NakOSim Corner(alah yang jual alat-alat pelbagai mesin dan kerusi urut tu!). Konon, nak tanya-tanya benda humidifier seperti imej di bawah. Mister Kelvin, wakil penjual, mulalah blah-blah tentang kegunaan alat ini. Namanya uMist, tertarik juga (memang dah ada niat nak beli satu).

Lepas tu, Kelvin 'menggoda' lagi :Kak (muda rasanya!), cuba alat urut kaki ini, uSqueez Warm. Lihat imej di bawah. Yang warna maroon tu. Ia adalah peralatan urut kaki, sambil 'vibrate' dan menghangatkan kaki. Kami pun cuba. Nak pula kaki dah penat berjalan. Memang sedap, kaki di 'knead' (uli) dan di 'squeeze' (dipicit). Ada 3 program: Recharge, Revitalise, Relax. Harganya pun boleh tahan dan ada bonus CNY...dapat voucer bernilai RM*** boleh purchase uMist tadi. Okey lah, buat keputusan, beli.
Kak nak cuba tak alat urut belakang? Dah ada urut kaki mesti ada kerusi untuk urut belakang, kata si Kelvin. Baru sedap. Sebelum tu, dia suruh saya relaks kat kerusi urut yang tak mampu saya beli! Sedap pula...free katakan. Mujur tak ada 'shoppers' yang kenal lalu depan NakOSim.
'Kak, cuba yang ni (keluaran baru, Februari 2010) uRelax. Kelvin tak suruh 'abang' pula cuba.Dalam imej bawah, yang warna kelabu, tulah kerusi urut belakang.Wow, sedapnya bila roller urut-urut, picit-picit belakang kita. Harga berpatutan! Okeylah, tiada masalah. Kalau beli peralatan ini , semua di rumah boleh gunakan. Bila sesiapa yang rasa-rasa sakit belakang, penat kaki, nak udara bersih....singgah sahaja di NakOSim corner,sambil menonyon TV :=)


Nah, tengok si Amal sedang relaks. Itu dia action...pura-pura tidur. Tapi memang betul.Bila kaki kita di uSqueez dan belakang kita di uRelax,(15 minit) dan di gegar(vibrate), boleh buat mata mengantuk. uMist letak dalam bilik tidur, bersihkan udara dengan mist yang dikeluarkan. Hai, nampaknya tak perlu tukang urut lagi!

Berbaloi-baloi NakOSim, u !!!