Showing posts with label meimei. Show all posts
Showing posts with label meimei. Show all posts

WAJAH KERISAUAN

Puas kami memujuk......buat apa saje......dia masih ragu-ragu, takut...bimbang....siapa mereka ini......lalu menangis. Bilalah boleh kita bersahabat?

TIDUR: AISYAH'S STYLE!!

Salam hujung minggu semua.
Pernah anda lihat cara tidur begini?


gambar dari FB Nek Ngah

Ah, inilah cara Nur Aishah binti Mohd Azlan tidur. Dia tak suka terang. Susah dia nak tidur. Lalu bila diberi tuala kecil (hand towel) dia akan tarik towel tutup seluruh muka. Kalau kita tarik tuala, dia akan tarik semula tutup semula muka. Tidak diajar tetapi tahu dan rasa sendiri. Mungkinkah ini  akan menjadi tabiat dia tidur hingga dewasa? Aisyah, Aisyah...ikut siapa, ah?


13.1.2013: Hari bersejarah Nur Aisyah

Baju comel hadiah Nek Yan (emak abah)
Baju cute hadiah Oppa (emak ibu)
Tak taulah mana satu Aisyah nak pakai  masa majlis berendoi nanti.

Ibu, Aisyah nak pakai empat-empat baju tu lah. Tukar-tukar, macam pengantin.

 Kan hari tu nanti majlis meraikan Aisyah. 
Famili semua nak perkenalkan Aisyah kepada saudara mara dan sahabat handai. 
Berendoi...first time naik buaian...
Aisyah suka di buai dalam 'cradle in the garden'
 berendoi, diringi nazam...nazam berendoi.
'nazam dimulakan dengan Bismillah.......'

Lepas tu ada majlis cukur jambul diiringi pula dengan selawat nabi dan marhaban
Yang sebelah tepi tu, atuk saya, Sibuk ambik gambar
Tok Lang sedang gunting sikit rambut Aisyah sambil berdoa.

Ada hadrah. 
Sedaplah iringan muzik dimainkan oleh nenek-nenek LKPI Melaka Tengah

Ada bacaan doa selamat dan kenduri akikah. Eeeeeee......sukanya Aisyah.
Nenek-nenek kawan-kawan nek Ngah menjamu selera dengan masakan Tok Tapa.

Ini abah dan ibu. Aisyah sayang abah dan ibu
Sedapnya, dalam dakapan ibu/
Ini pula bersama Mami T, Nek Ngah, Nek Lang dan Uni Iman. Love you all!!
Aisyah dah tukar baju!

Terima kasih semua kerana meraikan Aisyah dengan acara gilang gemilang ni. Aisyah tak akan lupa hari bersejarah ini. Doakan Aisyah panjang umur, sihat selalu. jadi anak yang solehah, berjasa kepada orang tua dan dalam lindungan Allah SWT sentiasa. Ameen. Terima kasih kepada Datuk, Nenek, Tok Wan, Oppa(bukan Gangnam style tau!)...semualah, tak dapat nak senaraikan stu persatu.  Terima kasih, thank you...semoga Allah SWT membalas segala budi baik kalian.

Hebat!

Selamat Datang NUR AISYAH

Eeeee,,,,,Comelnya anak ini....
Syukur ke hadrat Allah SWT
lahirlah
NUR AISYAH binti MOHD AZLAN
ke alam dunia awal pagi tadi
Rabu 1/11/12
(mudah ingat birthday!)
Anak pertama  
Azlan dan Aslamiah.
Tahniah diucapkan kepada anda berdua
Alang dan Pak Lang tumpang gembira
 
Azlan dan As semasa persandingan mereka akhir tahun lalu.

Gambar baby saya ambil dari blog Ceritalah Nek Ngah. Sebabnya, saya dah balik semula ke Kuantan. Tak dapat bersama famili di Melaka menyambut kedatangan Nur Aisyah. Nek Ngah telah menjalankan satu tugas yang penting untuk baby baru. Jadi mak bidan ke? Hee, hee....nak tau silalah ke blog Nek Ngah, 
Tahniah Nek Ngah . You have done a good job!!!