Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Jom memanah

Salam sejahtera semua.
Untuk mengisi masa lapang cuti sekolah akhir tahun 2012,
 masih diteruskan......
 Salah satu  aktiviti pagi Sabtu 8/12/12...memanah.
(Aktiviti 'berkuda' ada juga)
Nampak tak 2 blok bangunan di belakang tu?
Jom saya perkenalkan,
Kalau anda datang melawat Melaka, bolehlah bermalam di sana.
Pulau Melaka,
Island Stay 
Apartment Projek DMDI,
Dunia Melayu Dunia Islam.
Melaka
 Lihatlah mereka ni sedang bersiap sedia untuk memanah
Kena sabar menunggu giliran.
Untuk pengetahuan, malam sebelumnya, mereka ber 'qiam' di mesjid.
Apalah ceritanya agaknya.

 Paginya, memanah.
 Gaya mesti ada. Lihat mimik muka. Siap tutup mata sebelah.
Nak kena sasaran, boleh ke?
Aktiviti memanah menarik perhatian peserta-peserta kem.
Cukuplah sebagai pengalaman dah pegang 'bow n arrow'
Baiklah,
Nak siap-siap, kami nak pergi MITC. Nak tengok apa ada di SDSI (Satu Daerah Satu Industri) tahun ini.
Jumpa lagi.


Bersama yang terhebat

Gembira sangat-sangat saya hari ini.
Apa tidaknya?
Lihatlah dengan siapa saya bergambar?

Sebelah kanan Hjh Faridah binti Mat Saman, qariah lagenda. Hebat Hajah Faridah....1st female champion reciter dalam tilawah al Quran peringkat antarabangsa pada tahun 1964. Champion sebanyak 8 kali, (1966 - 1991). Hebat kan?
Di kiri pula Hjh Rahmas binti Abdullah, juga tak kurang hebatnya. Hajah ialah johan tilawah antarabangsa sebanyak 6 kali. Dan sewaktu ia muda remaja, guru mengajinya  ialah Hjh Faridah!
Sebenarnya sekarang ni saya di Kuantan, sudah 4 hari. Dan pagi tadi sempat saya hadir program ini.
Maafllah, tulisannya nampak tapi tak jelas. Majlisnya ialah....
Program Tahsin al Quran &  Haflah Perdana Bersama Johan Qari & Qariah Kebangsaan dan Antarabangsa anjuran Persatuan Tarannum Pahang.

Yang disenarai tu ialah nama-nama Qari-Qariah Kebangsaan dan Antarabangsa yang dijemput khas.
Selain daripada kedua-dua hajah di atas, antara Qari  Kebangsaan dan Antarabangsa yang membuat persembahan haflah  termasuklah Hj Ahmad Tarmizi bin Hj Ali Al-Hafiz, juara Akademi Al Quran (AQ) musim ke 4.

Masing-masing telah melagukan bacaan al Quran dengan hebat sekali, tiap-tiap sorang lain stailnya, dan keunikan sendiri.. Dengan menghadiri majlis seperti ini, jelaslah  saya cara-cara bertarannum "ilmu atau kaedah suara yang dibunyikan menerusi rentak, nada dan irama yang tertentu untuk menambahkan kelunakan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya al Quran' Tapi saya tertanya-tanya juga, mengapa ada hadirin (the men) 'got excited' setiap kali bacaannya  Qari/ Qariah agak 'hebat' misalnya tarikan suara tinggi, berlagu ayat panjang dengan satu nafas .  Beri semangat ke?
Saya bertarannum? Hi hi....
Oh, ini tak boleh tinggal. tetamu khas

Sempat juga beliau bergurau "Tak payahlah berdiri, saya bukan Guru Besar" bila nampak mantan HM ini.
Yang ni pula never waste time

Sahabat handai yang hadir...lihat gembiranya mereka. Mereka merupakan antara peserta bengkel program tahsin yang diadakan pada hari Sabtu semalam di masjid negeri bawah bimbingan Pn Hjh Faridan Mat Saman.

Itulah dia, satu pagi dalam majlis ilmu bersama yang terhebat!