Senyap-senyap Ramadhan

Agak lama juga saya tak update perkongsian cerita. Adik-adik blogger dah call, hantar SMS tanya kenapa 'Sekilau 1' sunyi sepi.... Dia sunyi tapi tak sepi. Ada juga merayau ke 'rumah' blogger lain. Itu pun kalau bitamin R aktif. Kalau tidak. dia 'hibernate' aje. Ye lah, senyap-senyap Ramadhan... kalau ada aktiviti pun, bacalah blog kakak, Ceritalah Nek Ngah. Sama ceritanya.

Seperti biasa pada bulan yang mulia dan penuh berkat ini, minggu pertama dan kedua dihabiskan dengan tadarus Al Quran. Syukur Alhamdulillah kami sekumpulan 10 orang, khatam hari Jumaat yang lalu. Sekarang, nak baca dan fahamkan tafsirnya pula. Malam, ke Masjid Selat.  Berterawih. Seronok solat di masjid ini. 'terapung 'di tepi Selat Melaka. Berangin dengan tiupan bayu laut.

Itulah rutin seharian.

Masa-masa terluang yang lain, apa lagi, kalau tak masuk ke dapur, menyediakan menu untuk berbuka dan sahur. Layan juga kolam ikan dan pokok-pokok bunga. Tadi sempat juga tinjau-tinjau 'As**na Mo*a, alah, kedai kain terkenal tu. 'Touch n Go' baju kurung...amboi cantik-cantik tapi labuh-labuh,,,tak sesuai untuk saya. Bohonglah kalau saya kata tak ada baju baru untuk raya tahun ini. Ada, dah tempah sebelum bulan puasa lagi Tunggu nak laram pada pagi Raya nanti. InsyaAllah.
Candid... yang paling senior di tengah-tengah
Nenek-nenek gembira khatam AlQuran
Antara 'googy-goody' yang disediakan, berkat tadarus.
Ros kampung di laman

Kuih raya?? Tunggu.....Kuih tunjuk-tunjuk dah bertingkat susunannya di pasaraya.


2 comments:

  1. alhamdullilah aunty dah khatam ya.. seronoknya!
    i'm still catching up, baca sorg2 ni lambat nak habis. hopefully sempat khatam b4 raya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak hajah nora,
    Alhamdulillah group kak hajah nora dah selamat khatam Quran..
    - Raya nanti beraya dimana?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.