Rezeki Ramadhan

Pada bulan yang penuh berkat ini, ramailah muncul peniaga-peniaga bermusim, mencari rezeki di Pasar Ramadhan (PR). Sana sini, ada saje PR. Hebat sungguh. Tapi saya belum lagi menjejakkan kaki,  menjenguk-jenguk  apa ada di PR. Kalau perut kosong, pergi pula ke tempat jualan makan...apa lagi....mulalah nafsu 'kata' itu sedap, ini pun sedap....nanti tak sedar dah terlebih beli  Bila  tak habis makan, ke rumah En Tong lah  nampaknya

Di kampung saya juga ada jualan untuk berbuka. Di sebelah rumah , tak payah-payah naik kereta...menapak aje. Tak ade nak rampang mata, pilih aje apa yang ada untuk alas perut bila berbuka.
Normah menjual kuih muih melayu serta mee goreng, nasi ayam dan nasi lemak.
Normah sedang melayan pelanggan. Pembeli berhenti tepi jalan dan pilih yang menyelerakan untuk berbuka nanti.
Ini pula Illa. Jual air tebu. Tebu tanam sendiri.
Naik motor...ala 'drive in' gitu.
Ada juga kami beli jualan Normah dan Illa. Nak bantu mereka. Semoga dimurahkan rezeki Normah dan Illa  untuk mencari belanja tambahan pada bulan Ramadhan dan persiapan Syawal nanti.

3 comments:

  1. Semoga sihat dan bahagia menjalani puasa dan ibadah lainnya sepanjang Ramadhan. Perihal juadah berbuka..... takkan dilupa, kan?

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Hjh. Nora,

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    Raya dimana? Pahang atau Melaka?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.