Agak lama juga saya tak update perkongsian cerita. Adik-adik blogger dah call, hantar SMS tanya kenapa 'Sekilau 1' sunyi sepi.... Dia sunyi tapi tak sepi. Ada juga merayau ke 'rumah' blogger lain. Itu pun kalau bitamin R aktif. Kalau tidak. dia 'hibernate' aje. Ye lah, senyap-senyap Ramadhan... kalau ada aktiviti pun, bacalah blog kakak, Ceritalah Nek Ngah. Sama ceritanya.
Seperti biasa pada bulan yang mulia dan penuh berkat ini, minggu pertama dan kedua dihabiskan dengan tadarus Al Quran. Syukur Alhamdulillah kami sekumpulan 10 orang, khatam hari Jumaat yang lalu. Sekarang, nak baca dan fahamkan tafsirnya pula. Malam, ke Masjid Selat. Berterawih. Seronok solat di masjid ini. 'terapung 'di tepi Selat Melaka. Berangin dengan tiupan bayu laut.
Itulah rutin seharian.
Masa-masa terluang yang lain, apa lagi, kalau tak masuk ke dapur, menyediakan menu untuk berbuka dan sahur. Layan juga kolam ikan dan pokok-pokok bunga. Tadi sempat juga tinjau-tinjau 'As**na Mo*a, alah, kedai kain terkenal tu. 'Touch n Go' baju kurung...amboi cantik-cantik tapi labuh-labuh,,,tak sesuai untuk saya. Bohonglah kalau saya kata tak ada baju baru untuk raya tahun ini. Ada, dah tempah sebelum bulan puasa lagi Tunggu nak laram pada pagi Raya nanti. InsyaAllah.
|
Candid... yang paling senior di tengah-tengah |
|
Nenek-nenek gembira khatam AlQuran |
|
Antara 'googy-goody' yang disediakan, berkat tadarus. |
|
Ros kampung di laman |
Kuih raya?? Tunggu.....Kuih tunjuk-tunjuk dah bertingkat susunannya di pasaraya.