Bunga melur

Salam semua,








Ini bunga melor di hujung halaman rumah akak. Baru tanam. Yang atas tu melur taiwan, tak berbau. Yang bawah tu, melur kampung kita, tak banyak lapis tapi berbau wangi. Bunga melur antara bunga-bunga lokal yang akak suka. Warna putih, bersih dan harum. Akak nanti nak cari melur lapis macam bunga ros. Bunga Cina ke namanya? Nanti nak tanam juga bunga-bunga kampung yang lain seprti kenanga.Pokok kesidang ada juga akak tanam, tapi meninggi dan belum berbunga (gila daun juga ke?) Bunga melati yang kecil-kecil comel pun ada sepasu. Wangi juga Selalunya pokok bunga melur ini akak siram dengan air beras. Bila nak masak nasi, air beras yang dicuci,akak siram kat pokok-pokok melur. Harap-harap ia rajin berbunga. Bunga melur akak kalau gugur, akak tak buang, tapi ambil letak dalam almari baju, tetap mewangi.



Akak: 'Ibarat gadis desa, bunga melur sederhana
Walaupun tak berseri,bunga melur,
Harum mu memikat jiwa......'

(betul ke lirik ni?)




tulus, ikhlas, bersih

3 comments:

  1. kat kampung dulu bila terbau yang wangi-wangi ni (bila jenjalan malam lah)kepala cepat je imajin macam-macam.

    ReplyDelete
  2. Salam pah,
    Lebih-lebih kalau lalu di tempat yang ada pokok fragipani putih.

    ReplyDelete
  3. Kak macam mana nak jaga melor ni supaya daun dan berlobang_lobang dan supaya dia cepat tinggi dan besar. Melor ni kena air yang banyak ke tak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.