SINGGANG TENGKUJUH





Musim banjir, Musim tengkujuh. Apa lauk yang sesuai kalau tidak singgang ikan. Saya masak singgang  tenggiri. Mudah masak lauk ini. Ringkas. Main campak-canpak aje bahan. Singgang perlukan

2 atau 3 keping ikan tenggiri
2 btg serai dititik
5 keping asam gelugor
1 biji cili hijau (belah 2)
1 biji cili  merah (belah 2) saya tak guna sebab stok tak de
1 biji bawang besar hiris tebal
beberap cili api diketuk
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 " halia, dititik
1/2" kunyit hidup, hiris dan titik
1/2" lengkuas, diketuk
air secukupnya
garam secukup rasa

Dalam periuk, masukkan bawang besar, serai, lengkuas,halia, bawang putih, kunyit, air. Kacau rata masak hingga didih. Masukkan ikan dan asam gelugur.Masak dengan api sederhana hingga ikan masak. .Tambah cili merah,cili hijau, dan  cili api dan garam,. Boleh juga masuk sedikit gula. Masak sekejap.
Ringkas, bukan?

Singgang popular di Pantai Timur. Ikan yang selalu digunakan ialah ikan tongkol/akan aye. Bukan semua  gemar singgang, Alasannya,  macam masakan orang sakit, Memang betul,singgang pembuka selera untuk orang demam. JY sangat suka singgang. Boleh dihirup kuahnya macam sup.
Jom, masak singgang!



8 comments:

  1. Singgang...ehm...suka sesangat ni...simple tapi sedap sungguh. Kalau tak de tenggiri, tongkol pun layan habis..
    Sedapnya kak..

    ReplyDelete
  2. Singgang mmg pembuka selera
    Nak2 pula ada sambal
    Kuini atau belacan...
    Nyum2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anyeonghaseyo....oh dri koliya pun blh rasa singgang ek...free wifi katakan :-)

      Delete
  3. Cili merah tak ada stok ? Kenapa x call? Di sini byk...Boleh hantarkan utk pedaskan sikit singgang tu.....hehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali taulah saya mana nak dapat sebiji dua.. Pos laju ke, Cili padi pun dah cukup pedas! Terima kasih atas pelawaan.,

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.