Cantas!
Cantas apa?
Pokok-pokok buluh yang merimbun!
Dan lagi
Timbunan
Ranting-ranting perlu diikat kemas. Letak tepi jalan, tak mau diangkat oleh lori sampah biasa.. Kena angkat sendiri ke pusat buang sampah setempat. Di sana ada tong besar punya, khas untuk barang-barang yang susah nak 'hapus kira' oleh lori sampah biasa.
Aduh! 3 trip dari BC ke Bukit Baru.
Lepas tu, kawasan padang perlu disapu sebab melambak daun puluh kering. Berpeluh juga dibuatnya. Tetapi puas. Padang segar hijau semula. Yang menarik, merah menyerlah antara hijau.
Hijau, jingga
Saya ke M*x*s centre untuk tamatkan broadband.
Sambil menunggu, Stephen
(bagaimana saya tau nama dia? Name tag ma...)
memproses permohonan, saya tertarik dengan satu 'benda' di tepi meja.
ya
Kombinasi warna hijau. Kita namakan 'The Green Family"
Soft, lembut
Soft, lembut
Bolehlah buat rujukan.
![]() |
| Hijau boleh dipadankan dengan famili hijau |
Yang ini pula,
![]() |
| Bunga raya jingga tiga beradik dengan daun hijau |
Jingga tak termasuk dalam The Green Family.
tetapi sebagai tanaman, nature,
memang jingga padan dengan hijau.
Tren warna kini,
warna 'bold' garang menjadi pilihan
Tak kira kombinasi warna
Corak pun garang.
Corak pun garang.
Anda berani?
Kita berhati-hati, bimbang juga........
Semoga dengan mengamalkan doa ini nescaya Allah akan menjauhkan kita daripada segala perkara yang berbahaya dan kita tidak akan ditimpa oleh musibah yang mengejut atau tiba-tiba. InsyaAllah. Doa dalam Bahasa Melayu ye....
"Dengan nama Allah yang dengan (berkat) nama-Nya tidak ada satupun yang boleh mendatangkan bahaya, samada di bumi ataupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengethaui" Amiiin
Dalam mStar Online hari ini, ......sila klik untuk tahu mengapa...Semoga Allah SWT melindungi kita...
Seorang Wanita Lagi Diserang Di Tempat Letak Kereta
"Dengan nama Allah yang dengan (berkat) nama-Nya tidak ada satupun yang boleh mendatangkan bahaya, samada di bumi ataupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengethaui" Amiiin
Dalam mStar Online hari ini, ......sila klik untuk tahu mengapa...Semoga Allah SWT melindungi kita...
Seorang Wanita Lagi Diserang Di Tempat Letak Kereta
Oh Tudungku
Tudung., ada yang panggil Hijab.
Macam-macam fesyen sekarang.
Asalnya, kaum wanita Islam (orang kita ) tak bertudung,
pakai selendang panjang letak di bahu
atau scarf, ikat , nampaklah rambut.
Lama kelamaan timbul keinsafan dan pengaruh dari negara jiran,
mulalah tutup aurat, khasnya kepala.
Asalnya, kaum wanita Islam (orang kita ) tak bertudung,
pakai selendang panjang letak di bahu
atau scarf, ikat , nampaklah rambut.
Lama kelamaan timbul keinsafan dan pengaruh dari negara jiran,
mulalah tutup aurat, khasnya kepala.
Satu masa...
tudung bawal (asal 'voile' ) menjadi kegemaran
Ada yang bermanik, bersulam, berenda
Berbagai warna, sesuaikan dengan baju.
Berbagai warna, sesuaikan dengan baju.
Bila nak menggayakan mesti ada pin atau brooch
Beli 'bawal' beli 'brooch'
Penuh almari dengan 'bawal' dan 'brooch'
Datang pula
Tudung 'instant', ada 'awning'
('bawal' ada juga tapi dah di 'overshadow')
Tudung instant atau segera datang dengan berbagai jenama, berbagai 'duta'
Cantik comel pula tu 'penyangkut' nya
Sebut aje nama 'duta' tu, taulah tudung apa.
Tudung ini mudah, nak cepat, sarung aje di kepala.
Kedai-kedai tudung instant timbul bak cendawan selepas hujan.
Tertanya juga,,,siap yang beli?
Ada juga yang buka business jahit tudung segera ini.
Pada mulanya saya tak gemar tudung ini,
Lama-lama memandangkan mudah (dan malas nak 'pin mengepin')
Turut ikut aliran fesyen tudung segera,
Jangan lupa tudung syria, ya,
Sesuai untuk anak-nak gadis dan mereka yang berdahi 'jendul'
(maksudnya dahi yang tak leper atau flat)
Hari tu pergi Turki,
Ada juga teman-teman beli tudung Turki!!
Hari tu pergi Turki,
Ada juga teman-teman beli tudung Turki!!
Oh ye, jangan lupa juga
hijab ala turban
(Pssssttt, ada orang di rumah, kata dia masa dia sekolah lagi dia dah gayakan ala turban, sebelum si Yun* lagi
Tak caya? Ada gambar, tak boleh tunjuk!)
Ambil masa juga nak melilitnya
Tapi ada terbaca, terdapat turban yang dah siap
Pakai aje turban segera.
Kini,
fesyen tudung bawal timbul semula
Ada bawal lace, ada bawal tiga tone
Ada bawal sulam halus di bahagian kepala
Berjenama juga, tudung bawal 'Adi****'
Tudung ni ada rupa ada harga, mek!!
Dan yang terkini
bawal corak Obama
(Apa kaitan dengan Obama ek? )
Alah, tudung 4 segi, nipis, bercorak dan berambu. berjambul kelilingnya!
Yang ini murah,
di Pasar Sentral Melaka
(bukan jual ikan bawal aje tau!)
RM15/ untuk 2 helai!
Nak bergaya? Jangan membazir
ada yang memakai tudung instant bersama tudung bawal
Nak pakai tudung-tudung ini
Mesti ada 'inner' atau anak tudung
Juga ada nama, seperti
anak tudung ninja
Tentu boleh bayangkan bagaimana rupanya.
Kalau anda nak tau bagaiman rupa tudung atau hijab yang saya ceritakan di atas
Tanya Mizz Google
Nak tau cara memakai tudung bawal, pashmina, turban
Tengoklah You Tube
Macam-macam boleh belajar.
Melihat perkembangan fesyen tudung dan hijab
Moga-moga bertambah keimanan kita
bertudung kerana Allah
.
Subscribe to:
Posts (Atom)




