BILA CIK KIAH OUTING

Hahaha....bila Cik Kiah outing? Ke mana Cik Kiah pergi kali ini?
Bila kata nak makan angin naik bas, Cik Kiah WI Bukit Baru Melaka sangatlah suka hati.


Kali ini kami pergi ronda-ronda satu hari di Putrajaya. Cik Kiah Cik Kiah ini ada yang belum pernah jejak Putrajaya dan ada pula yang pernah ke sana tetapi tak tahu nama tempat-tempat atau bangunan serta sejarah dan pembangunan bandaraya tersohor dan terindah ini. Jadi ini merupakan educational tour lah bagi Cik Kiah dan seangkatan dengan mereka. Lawatan berpandu ini  mendapat penerangan daripada  Tn Hj Shaukani Abbas, yang dibawa khas dari Melaka.

 Highlight lawatan ialah kunjungan ke Sri Perdana, kediaman Perdana Menteri. Hihihi...bukan mendapat jemputan khas tetapi mendapat kebenaran melawat bahagian residen yang dibuka kepada orang ramai. Maka banyaklah ooooo, aaaaaaaahhh, bila melangkah masuk, tahu-tahulah masuk rumah PM. Tak boleh ambil gambar hanya di luar sahaja. Time makan..di mana? Kami berkelah secara potluck di Taman Seri  Empangan. Yummy yummy ....ada ketupat dan rendang, sambal tumis, mee hun , roti jala dan pelbagai kuih. Rajin Cik Kiah bangun pagi dan sediakan makanan ini. Hihi ....makan macam ribut...maklumlah kelaparan. dengan makanan yang lazat-lazat pula tu. Kami solat di Masjid Sultan Mizan. Oleh kerana ini pertama kali kami ke 'masjid besi' ini,  berlaku adegan-adegan  lucu seperti the 'amazing race' Hihihi....Masa suntuk ..tak sempat pula nak singgah  Masjid Putrajaya. Terlupa pula nak singgah bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana. Nak lake cruise pun tak jadi sebab ia ada masa tertentu untuk crusing. Lain kali ajelah Cik Kiah menyusur tasik buatan di Putrajaya ini.  Datang dengan keluarga pula. Singgah sekejap di Alamanda, jangan tidak..just 'eye wash'. Tetapi bestnya.....bila sampai ke tempat atau bangunan yang unik seperti PICC, jambatan-jambatan yang indah ...kami diberi kesempatan untuk bergambar. Apalagi Cik Kiah 'posing mosing' lah. Cantik dan 'very photogenic' Putrajaya. Layan gambar-gambar Cik Kiah sehari di Putrajaya...












Lawatan kami tidak berakhir di Putrajaya,
Rombongan Cik Kiah WI Bukit Baru, Melaka meneruskan perjalanan lawatan outing........
(bersambung)

TUKTUK SANA SINI

'Abang Tuktuk, abang Tuktuk keliling kota,
Cari muatan untuk mencari makan'

Tapi kakinya tak putar, tak mengayuh
Cuma tekan minyak motosikal.
dan berlalulah abang Tuktuk dengan  kereta (carriage)
yang disangkut pada motosikalnya.
(terfikir....kalau terlepas, apa macam ah??)

Semasa di Phonm Penh dan Siem Reap,
saya dan kakak 'excited' bila nampak Tuktuk.
Klik, Klik, Klik....di tempat kita ada beca,
Tak de TukTuk

Kredit gambar dari blog Ceritalah Nek Ngah
Mesti nak pose!
Sangat ingin nak naik Tuktuk keliling kota Phonm Penh,  tapi, tak berani
 ambil gambar still picture ajelah

Gambar diambil oleh Abang TukTuk di parkir sebuah restoren

Akhirnya, dapat juga kami rasa naik Tuktuk.
di Seam Reap setelah meninjau Angkor Wat
balik ke hotel
Jauh juga perjalanan, puas hati


.Ada juga Tuktuk diubahsuai jadi macam bas
boleh bawa ramai penumpang
Ketawa saya melihatnya

Ini di luar bandar
Ada juga Tuktuk bawa barang muatan
Tak kena saman pun

Hanya di Kemboja





PHONM PENH KE SIEM REAP: SATU PERJALANAN

Selasa, 27 Mei 2014
Ini cerita hari ketiga kami di Kemboja, perjalanan dari Phnom Penh (PP) ke Siem Reap (SR).
Setelah sarapan di Restoren 'Wau' di hotel, kami check out untuk ke SR.

Kami meninggalkan PP jam 6.30 pagi waktu di Kemboja.Waktu itu jalanraya sibuk, waktu orang ke tempat kerja, ke pasar, ke sekolah. Macam-macam jenis kenderaan saya lihat. Kenderaan dipandu 'berani mati' tapi tak ade accident pun!

 

Razali, pemandu pelancong, memberi kami peluang merasa roti tempatan. Bas berhenti seketika di sebuah kedai roti Islam di sebuah   perkampung Islam.


Perjalanan seterusnya ke SR melalui jalan tanah merah berlopak-lopak sepanjang jalan.

Ada masjid

 Memang sangat mencabar dan memenatkan . Sepanjang perjalanan boleh dilihat muka bumi Kemboja tidak ada bukit. Hanya tanah rata. Kebanyakan penduduknya nmerupakan petani. Perkampungannya kecil. Di kiri kanan jalan kelihatan rumah penduduk di sini yang rata-rata tinggi dan berdinding kayu.

Musim panas, sawah padi gersang

Jalan tanah merah

Rumah baru tiang seribu


Rumah kayu tinggi. tiang kurus slim


Ada masa kami melalui jalan agak baik keadaannya  tetapi tidak jauh mana sudah tanah merah, .
Saya tercari-cari bangunan sekolah.

Sebuah sekolah menengah .
 Sekolah bersurai. 

 Masa lalu depan sebuah sekolah kelihatan bangunan lama, bertanah merah. Budak-budak sekolah macam selesa sangat-sangat..... berselipar, pakaian seragam tidak kemas. Tetapi semangat ke sekolah ada!

Antara aktiviti penduduk di sini



 Dalam perjalanan, bas berhenti 2 kali supaya kami dapat  rihat untuk qada hajat dan 'meluruskan pinggang'


Pertama. Di sini, ke tandas dengan bataran Riel.
Sempat minum air tebu di hentian ke dua

Hentian ke dua.....tepi tasik Tonle Sap

Kami juga berhenti di sebuah gerai yang menjual 'lemang'



Setelah 7 jam dalam perjalanan. kami sampai ke hotel penginapan kami di Siem Reap.
Penat tetapi puas dan gembira.

MyHibiscus 

Cukuplah sampai di sini. Sebenarnya ada 3 pilihan jalan ke Siem Reap dari Phonm Penh. Satu, jalan darat. Kedua, jalan sungai, Sg Mekong Tonle Sap. Ketiga, udara, ada kapal terbang. Bagi mereka yang belum merasa perjalanan darat di Kemboja, eloklah ikut jalan darat. Banyak baiknyanya. Kita dapat lihat bukan sahaja keadaan hidup masyarakat Kemboja sepanjang perjalanan, tetapi juga perkampungan mereka,  muka bumi yang rata tiada bukit dan aktiviti seharian mereka. Memang sangat susah dan daif kehidupan mereka. Mereka baru hendak bangkit dan memulakan penghidupan baru setelah tinggal dalan pemerintahan kekejaman sediit masa dahulu. Keadaan hidup mereka dan persekitaran agaknya sama macam tahun 50'an di negara kita atau lebih awal lagi. Memanglah penat rasanya dengan perjalanan bas di jalan yang tidak rata tetapi hati saya  puas. Buat kita muhasabah diri.
Kredit gambar kepada blogger PuteriHangLiPoh dan FB KSD Travels Melaka
Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman 7 jam perjalanan Phnom Penh ke Siem Reap.
Ada cerita lagi mengenai perjalanan ini di blog ' Ceritalah Nek Ngah'.