PAGI AHAD DI TAMAN KERANG

Terletak di satu sudut berhampiran padang MPK 1 Kuantan, Taman Kerang memang menjadi fokus aktiviti peniaga-peniaga jalanan atau 'mobile'. Memang 'happening' lah di sudut tersebut lebih-lebih pada hujung minggu. Macam-macam jualan ada, kecuali makanan. Setelah sarapan lempeng nyiur di sebuah restoren seberang jalan, kami ke  sana pada satu pagi Ahad hanya untuk meninjau apa yang diniagakan.


Waktu itu sedang berlangsung juga kursus haji di Masjid SAS atau Masjid Negeri. Wah... hebat...berkumandang sekitar kawasan suara penceramah memberi kuliah kepada para jemaah.  Jadi sesiapa yang ada di sekitar padang MPK 1 termasuk Taman Kerang, bolehlah turut serta mengikuti ceramah sambil bersantai di bawah pokok-pokok yang ada. Antara yang sempat saya rakam.....

Bermacam-,macam, barang 'berjenama' ada dijual seperti jam tangan, bag galas, backpack.....

Ada yang berkenan tali pinggang kulit. Nampaknya kena tebuk lubang tambahan...kata abang penjual.

Ada juga yang  menujual sate ikan. 2 dalam 1.....
Macam ni 'pembakar sate ikan' bergerak..hi hi..


Ini jualan ubat tradisional. Katanya 'belut putih;. Banyak khasiat ke?


Oh, kalau tak sempat ke IKEA ada 'sub' nya di sini.  Ori tau. Kebetulan hari tu ada pula abang 'IKEA' di tapak Taman Kerang.  Hari lain tak de.  Katanya ini kerja sambilan dia. Dia ada pekerjaan tetap.


Cari apa lagi tu?...........cari beg nak simpan handfon. Ada yang berkenan?

Sempat bergambar bersama adik manis...baru tamat belajar di sebuah IPT tempatan. Adik manis ini membantu ayahnya berniaga. 'Minat saya dalam hartanah' kata adik manis.
Sebenarnya banyak lagi jualan di sini  seperti batu-batu perhiasan untuk buat cincin, minyak wangi, ada khemah urut kaki. Tapi saya tak rakamlah gambar sebab khuatir menganggu 'ketenteraman'.Kalau nak cari buku-buku lama yang sukar dapat di kedai buku, carilah di Taman Kerang. Nak barang-barang antik pun ada.

Sejak dua hari ini bila saya lalu kawasanTaman Kerang, saya lihat kosong...tiada khemah seperti biasa. Apa sebabnya ye? MPK tak benarkan berniaga di situ lagi ke?Oh mungkin, ada karnival di kawasan masjid.....itu sebab sudut berniaga Taman Kerang ditangguhkankan.
Apa-apa pun Taman Keranglah yang 'happening'nya di bandar Kuantan...tempat orang bersantai , relaks, lebih-lebih lagi hujung minggu ....hihihi....

KIRIMAN

Terima acar buah air tangan classmate form 6 dulu, Sapurah, yang tinggal di Batu Pahat. Sejak tamat Tkn6 di SAB KL, tak pernah kami bersua muka atau bertukar khabar. Baru-baru ini baru dapat berhubung semula dalam groupchat watsapp member classmate. Terima kasih Sapurah, semoga diberkati. Tetapi saya belum rasa lagi sebab saya di Kuantan. Imej acar buah sapurah kiriman kakak di Melaka. Satu bekas berkabus sebab baru keluar dari fridge.
Cantik tulisan Sapurah, masih sama.... Kakak juga kirim imej sayur bendir yang runcing jarinya. Lama saya tunggu pokok bendir ini mengeluarkan hasil. Ini adalah hasil pokok bendir yang menjadi. Sebab ada yang bantut,dan tak mau membesar. Kata yang pakar, 'tanam dalam pasu mana pokok nak besau' hihihi....Pokok yang menjadi ini pun hanya 2 batang. Jadilah merasa hasil pertama, buat sayur masak asam pedas ikan tenggiri. Tak pelah biarlah orang di Melaka rasa dahulu.
Suka ye, duduk jauh-jauh ini dapat kiriman, tak kiralah sms ke, watsapp ke, telegram ke......masih diingati!! Terima kasih Angah atas berita terkini ^oo^

RESEPI MUDAH

Cendawan tiram pemberian seorang sahabat banyak sungguh. Berlebihan. Dah masak sebahagian, ada lagi. Terima kasih atas cadangan resepi yang sesuai untuk cendawan tiram. Baru tadi untuk makan malam, saya masak sup cendawan, ayam goreng kunyit, buat sambal belacan cili api.Mudahkan. Untuk sup cendawan saya tumbuk 3 ulas bawang merah bersama 2 ulas bawang putih, Halia tak de stok. Sediakan sedikit kulit kayu manis dan sup bunjut. Cendawan direndam, Kemudian dicuci bersih untuk menghilangkan pasir-pasir yang tersangkut di celah-celah cendawan.Maklumlah cendawan 'fresh from the farm' belum bersih seperti kita beli dikedai. Hiris daging ayam sikit. Potong wedge sebiji buah tomato, nak beri warna pada sup nanti. Itu saje bahan-bahannya. Tak pula saya masuk sayur-sayur lain, nanti jadi sup sayur pula. Daun bawang dan sup, tiada stok. Bila dah siap semua, panas sedikit minyak. Tumis bawang yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis. Bila dah naik bau, masukkan air ikut banyak yang kita hendak. Masukkan sup bunjut dan hirisan daging ayam.Biar mereneh (betul, term ini?) Kecilkan api, masukkan cendawan dan tomato wedges. Rasa garam ye. Ini dia sup cendawan tiram saya...
Bila dihidang, komen 'juri', lain kali tak payah tumis, terus guna air....