OH, KPG MORTEN

Akibat pembangunan, 
adakah satu-satunya perkampungan tradisional dalam bandar, akan di 'tenggelami' oleh hutan batu?

yang tak ingin ku lihat...
jangan yang tinggal cuma 
replika sebagai warisan.




Harapan 
perkampungan ini akan kekal

dan terus terpelihara
 keharmonian


dan keindahannya

MORTEN WALK

Ahad 8.00 pagi. Kakak dan saya ber 'MORTEN WALK' menyusur laluan jalan kaki dari Taman Herba ke Kpg Morten (lebih dikenal dengan Kpg Baru  oleh orang Melaka generasi lama). Ini adalah laluan 'PURPLE WALK' program Sabtu  ini. Dianggarkan 2000 peserta wanita sahaja akan turut serta. Eh....muatkah laluan sepanjang Sg Melaka Kpg Morten ini? Apa-apa pun kami berdua jayakan dululah PURPLE WALK versi kami ....MORTEN WALK. Cantik tau pemandangan di sini.....




Monorail yang banyak peristiwa..hi hi

Rumah Melayu Melaka dan bangunan moden di belakangnya,
(spoiler!!)

Inilah sebahagian laluan PURPLE WALK

Naik jambatan Kpg Morten 
Macam ini, pelan-pelan ye Cik  Hajjah!!

Restoren Melayu yang tak tau apa kisahnya

Kebanggaan Melaka

Bawah pokok,di Taman Bunga Banda Hilir. 

Sesiapa yang nak beriadah jalan kaki sambil menikmati
pemandangan yang indah,
inilah tempatnya.
MORTEN WALK


KE JAPAN KITA.....

Semalam kami ke KLIA, Nak terbang ke mana pula kali ini?
Bukan saya lah. Tetapi mereka ini.

 Murah rezeki pelajar-pelajar ini dapat bercuti selama seminggu di Negara Matahari Terbit. Mereka ke sana di bawah program pertukaran pelajar, Program Jaringan Pendidikan Antarabangsa Silang Budaya 2014. Maknyanya mereka akan tinggal bersama 'foster family' di Nagoya, Japan.


Sumbangan mereka kepada sekolah hingga mendapat pengiktirafan sekolah cemerlang telah membolehkan mereka ke sana. Beginilah suasana 'giggly giggly' di KLIA...semuanya perempuan, semuda-muda pelajar Tahun 5 dan yang seniornya Tkn 2, serama 30 orang diringi oleh beberapa orang guru pengiring dan urusetia.
Take care Amal
Kalau bolehlah Nek Lang ikut sama...
Salah satu 'oh tidak!!!' ialah membawa Ifon, Ipad etc. ke sana. 'Beat the purpose' kata organizer.  Kamera pun bawa yang digital. Hi Hi...
Cikgu comel bertudung cokelat (tengah). Ingatkan pelajar!!

Excitement
Here we come

Have a safe journey, Amal

Kesian dia...semoga Iddin juga berpeluang satu hari nanti,
In sya Allah
Semoga Amal dan rakan-rakan mendapat pengalaman baru di Nagoya.