SEPETANG DI BUKIT BENDERA

Beristirihat di Bukit Bendera atau Penang Hill menjadi aktiviti sampingan dalam program Jejak Warisan kami tempoh hari. Tak ingat saya bila akhir saya naik bukit ini.  Semoga selamat perjalanan kami ke puncak bukit dengan keretapi yang telah diupgrade perkhidmatannya.  5 minit sudah sampai ke puncak. Biar  gambar-gambar kenangan di Bukit Bendera bercerita.


Penang Hill, kini aku datang

Sejuk pemandangan

Menjadi idaman: Laksa Penang + ABC Special.
Ada juga jual kacang putih!

Naik buggy. Jumpa 'pillar postbox' tertua. Satu lagi ada di depan Muzium Melaka. Ada belalang anyaman daun kelapa??
Monkey Cup? Macam kenal aje!

Selamat tinggal Bukit Bendera.
Puas hati sepetang di sana!

JEJAK SENI TAMAN




Ada juga tarikan semasa menjejak warisan. Sebelah kiri ialah rimbunan pokok menjalar berbunga kuning. Terdapat di kaki lima sebuah kedai lama di Ipoh, Berapa lama agaknya ia menjalar untuk sampai ke puncak, sampai nak ke tingkap tingkat atas?









Gambar sebelah kanan ialah di mana pokok berbunga kuning  bermula. Pokok menjalar membelit dawai tersusun umpama pagar. Ada juga saya tanam pokok ini tetapi tak mau menjadi. Separuh jalan, kering!.






 


Besarnya 'kerusi besi'! Dulu ia dipenuihi dengan bijeh timah.
"Kerusi besi' ini sebenarnya 'bucket' atau 'baldi' yang terdapat pada 'tin dredge' atau 'kapal korek bijeh timah' Kini ia terletak di laman Pusat Pelancongan Ipoh sebagai tempat mengumpul rumput kering. 







Kalau ada cerek lama, jangan dibuang. Jadikan bekas tanaman . Nampak tak 'katak jadian' tertenggek atas kolam.







Saya suka bentuk pokok palma di laman Pusat Pelancongan Ipoh

Seni taman ini dirakamkan di bahagian pekan lama IPOH.





JEJAK WARISAN : GEORGE TOWN

Ya, GEORGE TOWN, bukan GEORGETOWN, okey.
 Hari ke dua di  George Town. Sesudah sarapan, rombongan Persatuan Sahabat Muzium Negeri Melaka teruskan menjejak peninggalan sejarah di George Town, Pulau Pinang. Pemandu kami Pn Suraya  sedia menunggu dengan penuh semangat untuk pengkisahan warisan sejarah  di sini. Jejak bermula dari bangunan George Town World Heritage.
Memang klasik bangunan ini.

Pn Suraya anak tempatan Pulau Pinang, penuh bersemangat

Kami dibawa meninjau kawasan di Lebuh Armenia, banyak bangunan lama. Ada yang sedang dibaikpulih. Rumah-rumah di sini pernah menjadi asrama bakal haji satu masa dahulu. Waktu itu pergi haji dengan kapal laut. Sementara menunggu masa nak berangkat, bakal-bakal haji menginap sementara di rumah-rumah di sini  khasnya di Lebuh Acheh.

Melawat  LEONG SAN TONG KHOO KONGSI, The Heritage Jewel of Penang, di Cannon Street.


Jalan lagi, ke Little India. Suasana warna -warni Deepavali di LITTLE INDIA, (kredit gambar pada Kakak)


Menapak lagi ....untuk mengetahui Pulau Pinang lebih jauh lagi...Ke MUZIUM PULAU PINANG. Antara yang menarik perhatian, Baba dan Nyoya....(kredit gambar pada Kakak juga)

Sempat juga ber'posing' di sini.

...dan rasa Penang Char Koay Teow.... terlupa nak ambil gambar!!


Kalau tidak Jejak Warisan ini, saya tak akan tahu cerita di sebalik bangunan bersejarah di George Town.

JEJAK WARISAN: IPOH, PEKAN LAMA


Ipoh, pekan lama, menjadi bandar persinggahan pertama  kami dalam lawatan Jejak Warisan.Kami bergerak menurut peta yang dibekalkan. Sebenarnya saya tidak pernah singgah ke tempat-tempat ini. Jejak Warisan di Ipoh membolehkan saya mengenali Ipoh lebih dekat lagi. Rombongan Sahabat Muzium Negeri Melaka ini disambut oleh Mr Rajah, pemandu tempatan. Beliau  membawa kami ke tempat-tempat bersejarah  melalui jalan sejarah (trail) seperti dalam peta.
Mr Rajah menerangkan sesuatu kepada Pengerusi Shabat Muzium Melaka

Kami bermula dari Stesen Keretapi Ipoh yang mula dibina pada 1914 dan siap pada 1917. Seringkali bangunan ini dirujuk sebagai Taj Mahal Ipoh.


Di dataran  stesen keretapi ialah Tugu Peringatan Perang dibina  sebagai peringatan para pahlawan yang telah mengorbankan  diri mereka demi mencapai  kedamaian  di Negeri Perak.


Kalau di Melaka ada Pokok Melaka, di Ipoh ada Pokok Ipoh!


Next stop was at Dewan Bandaran dan pejabat Pos Lama. Sambil berjalan kita passed by Mahkamah Tinggi, Kelab Ipoh Diraja dan dari jauh nampak Sekolah St Michael (SMI)
Pemegang tangga masih kuat dab kukuh, dalam Dewan Bandaran

Disebelah SMI  ada Masjid Padang Ipoh. Jalan-jalan , lagi kita lalui Bar dan Restoren FMS. Banyak bangunan lama di trail ini rupanya. Bangunan yang masih megah dan 'peramah' dengan design lama dan unik, yang kini kalau tidak di warisi, akan diganti dengan yang moden. Antaranya Bank Hongkong dan Shanghai, Bangunan Straits Trading (OCBC),  The Chartered bank,  Mercantile Bank. Sambil menikmati keindahan bangunan-bangunana ini, Mr Rajah akan 'mengkisahkan' sejarah nya. Sayang kalau tidak dipelihara!. 


Kami juga ke Tugu Peringatan Birch. Di tugu ini ada menara jam yang didirkan sebagai tugu peringatan kepada J.W.W. Birch Residen British yang pertama di Negeri Perak.

Mr Rajah juga membawa kami menjejaki Lorong Panglima (Second Concubine Lane), lorong yang dibina pada penghujung abad ke 20. Pada masa itu, kebanyakan rumah kedai dilorong ini telah digunakan sebagai tempat penjualabn serta penghisapan candu, tempat perjudian dan rumah pelacuran. Mengikut cerita, banyak rumah kedai di lorong in i bertukar nejadi rumah kediaman kepada gundik towkay-towkay Cina pada awal 1900.  Lorong ini dalam proses bertukar wajah, tetapi bangunan dan lorong tetap sama..


 Laluan jejak warisan kami berakhir di Masjid Negeri untuk solat.


Dalam 'jejak menjejak;, teringin Cendol Ipoh.lalu kami berihat di sini, sebuah kedai di Lawyer's Street.

dan order...yummy lemak dan berkrim......



Jejak juga sahabat lama, Ipoh Mali....
Kakak jumpa BFF dia, rakan sejawat di MPIK
Jejak Warisan di Ipoh memberi kesedaran tentang pentingnya mengenal, memelihara dan mengekalkan warisan. 

Petang itu juga kami meneruskan perjalanan Jejak Warisan ke Pulau Pinang/ Apa pula yang menunggu kami di George Town?