BEIJING: STADIUM OLIMPIK

Tercapai juga hasrat untuk melihat dua stadium olimpik yang femes dan  indah ini. Singgah untuk photoshoot dari jauh sebagai "Aku dah sampai sini!!!' Ooiiiiii..menapak jauh juga dari parkir. Ramai pelancong, dari China juga tapi luar Beijing, dari wilayah lain. Di sini ada ramai jurufoto segera  yang cari makan segera. Sambil kita berjalan, mereka akan berlari-lari di samping serta merayu dan memujuk kita ambik gambar berlatarbelakangkan stadium 'sarang burung'. Wah, boleh cari makanlah. Tapi rega mahal  20 yuen sekeping...dah sesak boleh turun, 5 yuen.
Pose trio panca sitara. , Kiri, kakak,,,,kanan, murid ku di STT 1974


Jom, ambik gambar aje!
kagum stadium sarang burung
Stadium untuk acara renang
kami dah sampai sini!!!
One stop centre
Hirisan nenas dalam plastik kuning
Nak ambil gambar mereka kena bayar tau! ini ambik diam2
Stadium lama,  kini tempat training



Cerita kembara Beijing belum habis...ada lagi!!!











RUMAH VIP BEIJING

 Ke Rumah VIP Beijing. Ha??? VIP?? Siapa pula tu?
VIP untuk Very Important Pandas/ Panda House  di Zoo Beijing. Zoo Beijing telah dibuka sejak tahun 1906 semasa pemerintahan Dinasti Ching. Panda pula merupakan simbolik persahabatan negara China untuk menjalinkan  hubungan diplomatik  dengan negara luar sejak abad ke tujuh semasa pemerintahan Dinasti Tang hingga sekarang. Jadi, mesti pergi untuk ucapkan 'Hello' kepada haiwan special ini!
Di pintu masuk Rumah VIP

Rumah Panda ini terdiri daripada  2 bahagian: Asian Games Panda House (1990) dan Olympic Games Panda House (2008). Pokok buluh terdapat sekitar  kedua-dua Panda House ini.
Kami ke sana dengan harapan dapatlah tengok haiwan yang unik kepada China ini dengan lebih dekat lagi. Sepatutnya dapatlah tengok mereka main-main di 'laman' rumah mereka. Harapan tak tersampai.....8-(
Untuk tidak mengecewakan kami, haiwan yang hampir pupus ini...keluar juga,perlahan-lahan dari 'gua' mereka, bawa badan yang gemuk gebu.
Kami tengok tengok  dari jauh sambil klik, klik...  Seekor dua adalah, sedang makan....buluh!

Dari FB kakak
'Coat' tebal dia, hitam dan putih. Telinga, tompok mata, lengan, 
kaki ,bahu..hitam. Selebihnya, putih. Allah Maha Pencipta!!
Tengok tu...giant pandas sedang makan.  Comel kan? Gemuk. gemuk, bulat.

Di Zoo Beijing, kami cuma ke Panda House!

sekitar zoo, aman...

CANTIKNYA BEIJING (Update)

Sewaktu  di Beijing, saya terpesona dengan seni reka bangunan-bangunannya. Tersergam tinggi, indah, moden. Si pencinta bunga juga kagum  melihat bunga ros berbagai jenis dan saiz. Jalanraya diceriakan  dengan deretan pokok bunga ros berwarna warni. Cantik sungguh. Pokok-pokok hijau juga menyejukkam suasana. Musim panas katakan. Semuanya hijau segar. Bandaraya Beijing tersangat luas, agaknya sebesar negeri Melaka. Dari satu tempat ke satu tempat sangatlah jauh. Sudah tentu mata ini nak tutup aje, mengantuk.  Tetapi dilawan juga supaya tidak  terlepas menikmati keindahan bangunan dan landsakap Beijing, Sempatlah juga kami melalui 'traffic jam' waktu 'peak hours'. Berikut  antara pemandangan sepanjang jalan yang sempat dirakam.
Greenavenue
As I was passing

Gagah

Kembar tiga


Arch bunga ros

Geramnya!!!!



Beijing skyline

Masih lancar

Missy Pinky
Unik

Hijau segar

Berita sedih: Al Fatihah untuk Sdra Mohd. Bakhtiar bin Jais (Bad) yang telah meninggal dunia pada hari SABTU 1 Jun 2013 jam 2.30 ptg. Arwah adalah suami kepada blogger ummisoleha, biras Ms Hart.. Arwah telah melalui ujian sakit kanser beberapa lama. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Ameeeen. Kepada Ummi, Naqib, Aqlan serta keluarga, harap redha dan bersabar. Posting ummi ada di blogroll saya.

BEPANG BEPANG

Pernah makan kuih 'bepang'?
Inilah dia 'bepang' Beijing. Halal.
Untuk  'testing'.....sedap

Sekotak 20 yuen, 3 kotak, 50 yuen . 

Bepang daripada sunflower seed, makanan sihat

Bepang campuran kacang tanah, sunflower seed, bijan
dan dried peach

Ini bukan 'bepang', Cantik pusingannya,