MT SEORAK: Teddy Bear Farm

Annyeonghaseyo.....masih folo saya ke? Tak pe, kan blog saya ini , kenangan semalam, hari ini untuk esok. Kita teruskan perjalanan dari Nami Island menuju utara ke Mt Seorakan National Park ringkasnya Mt Seorak. Lunch sudah di Nami. Nasi Goreng Kimchi dan sup fish cake.

pemandangan gunung dan sungai
 Sebelum sampai ke resort, kami dibawa singgah di TEDDY BEAR FARM. Ini bukan ladang pelihara beruang. Nama pun 'teddy'. Beruang memainkan peranan penting dalam sejarah Korea. Ada legendanya.
Anyway, kanak-kanak tentu suka 'farm' ini. Tapi, bukan kanak-kanak aje tau, mereka (dewasa) yang juga suka teddy bears akan gembira dan teruja melihat dari sekecil-kecil teddy bear hingga giant teddy bear dalam berbagai reaksi. Berbagai kostum. Geram betul saya lihat teddy bear dalam berbagai aksi di setiap sudut dan ruang ;museum'.  Kebetulan betul pula waktu kami di sana ada pula group dari negara  lain..alahai....bisingnya...nak potret dengan teddy itu lah , dengan yang inilah...cakap pula kuat-kuat, terjerit-jerit. Lemas rasanya dalam ruang yang sempit. Apa-apa pun kami , sayalah. suka di sini...Saya suka teddy bear! Ada juga bahagian menjual teddy bear sebagai ole-ole. Tapi harganya, orang Melaka kata 'mahal nak mampus' Apa tidaknya, hasil kerja tangan, tentulah. Ambil gambar kenangan sahajalah nampaknya.




 Ada sebuah taman permainan teddy bear di laman luar bangunan. Tak pula saya rakam  gambarnya sebab cuaca sejuk amat, berangin.Lagi pun ia tak berapa dijaga (kerana cuaca). 
Sebelum, naik bas, sempat kami beli buah tangerine dan strawberry dari kereta ajeossi ini. 


manis memang manis
Ghamsahamnidah.....dan selamat tinggal teddy bears..Saranghaeyo

Then makan time


Malam ini ke hotel, kata Jennifer 'tidur stail kampung'







Moments in Naminara Republic Slideshow Slideshow

Moments in Naminara Republic Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Moments in Naminara Republic Slideshow Slideshow ★ to Seoul. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

PULAU JEJU: yang perlu dicerita

Annyeong...
Peta Pulau Jeju
Tamat sudah lawatan kami ke Pulau Jeju.
Uniknya Pulau Jeju bukan sahaja kerana anugerah panorama yang indah, udara segar dan nyaman tetapi juga beberapa perkara.....

Pada penduduk Korsel, Pulau Jeju merupakan sebuah kampung. Pada hal saya tengok Jeju seperti sebuah bandar besar. Cuma trafik tidaklah sesak seperti Seoul.
so peaceful

Jennifer menjelaskan kebanyakan penghuni adalah ahjumma (aunty/makcik). Anak-anak muda tak suka tinggal di kampung. Mereka lebih suka tinggal di Seoul atau bandar-bandar besar yang lain. Ini berlaku di mana-mana, bukan? Tambah Jennifer lagi 'No handsome men here, no hensem oppa, lots of ahjumma. So single young girls in the group, sorry, no kpop here.'
ahjumma sedang bakar sotong

Kebanyakan rumah gunakan batu lava sebagai pagar rumah, kebun, pintu pagar. Sebab? Jeju terhasil daripada gunung berapi. Tak ada pagar besi. Oleh itu Jeju merupakan sebuah bandar yang selamat. Hidup aman dan damai walapun pagar daripada batu lava.

sebuah rumah  di sebelah hotel kami bermalam

Di Folk Village kami lihat pada pintu pagar utama ada tiga kayu panjang susun bertingkat
seperti dalam gambar di bawah.
Ini dinamakan 'duduk atas pagar'

Pada zaman dahulu, setiap rumah mempunyai pagar seperti ini. Pada kiri dan kanan ada lubang untuk memuatkan kayu panjang. Jika kayu itu diletakkan di lubang bawah sekali bermakna penghuni rumah keluar sekejap dan akan balik sebentar lagi. Nak tunggu, tunggulah...Kalau pada lubang kedua, di tengah-tengah, bermakna penghuni rumah tiada di waktu pagi, boleh lah datang sebelah malam.Jika kayu diletak di lubang atas. penghuni rumah tidak mahu menerima tetamu. Pengunjung boleh lah datang esok harinya. Nah kau, tak payah kau jerit-jerit "datang esok le...." Tengok kayu, pengujung dah faham. Kalau letak tiga-tiga sekali???? Lu fikirlah sendiri..ha ha ha ^=^

Jeju juga terkenal dengan limau manis saiz kecil-kecil tu, namanya 'tangerine', tapi kami tak pula dibawa ke ladang limau tangerine. Manis tau! Tapi ada contoh ladangnya
ladang tangerine di Folk Village
Penjual tangerine
Beli Vit C hasil limau tanaman Jeju
Kebanyakan penduduk Jeju juga peramah, lemah lembut, kulit cantik (walaupun ahjumma)
Sahabat FB Nek Ngah
Eee, susunan interlock nya
macam di rumah BC lah!
Pasal makan di Jeju
Lunch  makan seaweed soup...tengoklah ni.

Diberi kerepek seaweed..tekak melayu ni nak juga sambal.
Nampak tak kimchi, sambal belacan orang Korea!

Kami makan tengahari di restoren ini. Seaweed soup, special sdi Jeju. Bilik solat ada disediakan.

Sebelum ke hotel setelah menimato cherry blossom, kami dinner juga dengan seafood. Kali ini sup seafood. Seaiapa yang tak boleh telah...bau ajelah....


You all readers, kalau berkesempatan ke Korsel, Pulau Jeju adalah salah satu tempat wajib dilawati. Indah sungguh indah, berbagai keunikan keindahannya. Pulau Jeju sepi dan tenang.....sesuai untuk 'berdarmawisata'

Kalau ada rezeki, akan ke sini lagi.......InsyaAllah.

JEJU HIGHLIGHTS: Cik Cherry Blossom

Apa tak jadi tengok Cherry Blossom?
'We purposely come here to see cherry blossom' rungut seorang member.
'Tak de masa. Sebab kita lambat berkumpul, tak ikut jadual seperti ditetapkan'
'Mana boleh.mesti tengok juga!'
Itulah antara rungutan member dalam rombongan Cik Kiah Pak Abu ke Korsel bila dapat tahu 'no cherry blossom visit'

"You don't trust me?" suara Jennifer.

Lalu Ajussi (Pakcik) dreber yang baik, hati  bawalah juga kami ke kawasan pokok cherry blossom.  Sebenarnya Pulau Jeju adalah tempat pertama di KorSel kembangnya si Cherry Blossom. Tempat-tempat lain kemudian mungkin pertengahan April. Sudah dua minggu kawasan  ini  dipenuhi dengan keindahan cherry blossom. Ketika kami sampai, sudah hampir penghujung, bunganya tal selebat lagi  tetapi ada rezeki kami untuk meniknati keindahan bunga ini. Bila kami diberi kesempatan bergambar dengan cherry blossom, apa lagi, posing lah kami. Ada yang kumpul semula bunga-bunga yang gugur dan campak ke atas...bunga turun seperti hujan, ada yang petik bunga. nak bawa balik Malaysia, ada yang buat 'pressed flowers', maam-macam gaya dan cara. Punyalah suka dapat juga melihat cherry blossom. Syukur.....

bertaburan cherry blossom, jom relaks
Ibu dan anak, cherished the sweet flower


sweet
di bawah pokok cherry blossom kita bergambar
tinggal kenangan
jom  cepat lintas 

pokoknya ada yang tinggi
Walaupun tidak lebat, kami bersyukur
ahjussi  kadi pakcik trafik, mudah kami lintas
Untuk pengetahuan, di Korea dipanggil .'cherry blossom'. di Jepun 'sakura'
Setelah dinner, kami ke hotel.
'Wah. 7 places in one day in Jeju!
Ye banyak tempat kami pergi, lupa dah kemana......

'Tonight is packing time.. Tomorrow we will leave early. Our plane is at 9.00 oclock,' pesan Jennifer