Cik Kiah dan bunga berpisah tiada

'The tulips season  ends in April' kata Mr Cihan, pemandu kami.
Kecewa juga rasa di hati. Tetapi tidak mengapa, bunga-bunga yang ada menghiburkan hati. Ros, petunia, pansies dan banyak lagi yang kami tak tau namanya. tetapi kebanykannya ros. Cantik. Tak dimakan ulat pun.Warna warni, cantik sungguh. Dan Cik Kiah pun gila bunga di Turki..... 'Flower crazy'

geramnya roses

N...ambik gambar, kata Dzu
 local (Turkish) tapi dari Malaysi with colour purple!. Sorry, Mama
real crazy
.sweety 'anak turkish'
 Faizah at Pamukkale
with red n white roses aplenty again

Bunga apa ni?, at Ataturk 's memorial, Ankara
Imej diambil di merata tempat sepanjang jalan, di mana kami berhenti, di situ ada bunga...klik, klik. Thanks Fiza n Faizah, akak pinjam foto

Bukan di Putra Jaya, tetapi di Coppadocia

Sudah ketepikan USD khas untuk naik hot air balloon di Coppadocia,Turki.
Sedang siap sedia
Masuk bakul angkat sendiri.
Best tau
Up up and away
Antara belon-belon
pemandangan
Teringat Geografi: peta Topo
Tak nampak manusia pun keluar rumah kredit tp Fiza group lrader
Gua yang pernah menjadi tempat tinggal kredit to Fiza group leader
Setelah berada 90 min di udara, terpaksa turun  kredit to Fiza group leader
Dapat medal you!!.Bersama pakcik 'kepten' belon kami
We did it! Gembira tak terkata!!!
 kredit to Foza group leader

Itulah pengalaman kami. Aktiviti  yang ditunggu-tunggu.
bukan di Putra Jaya tetapi nuuuuun jauh di Coppadocia
52 balloons 7 companies, 350 m high 90 min
aktiviti pagi sahaja waktu angin sepoi-sepoi bahasa.....
teringat lagu
"Up up and away,my beautiful, beautiful balloon"
Kata teman,
"U bet my dear,it's really, really awesome"
ALLAHUAKBAR

Pamukkale

Setelah makan tengahari
kebab ayam, atau
lamb?
kami terus dibawa ke Pamukkale atau 'cotton castle'. Dari jauh dah kelihatan kawasan gunung dipenuhi macam salji atau putih macam kapas, Cuaca tak menentu, Awan gelap. nak hujan. Betul juga bila kami sampai di 'cotton castle' hujan lebat turun serta angin. Sempat saya beli payung 10 lira. Hampir nak tunda lawatan tetapi kami berdoa terus berdoa. Cuaca kembali terang. Syukur....
Pamukkale, kami datang....



pathway basah
.dari jauh kelihatan  tembok peninggalan zaman Rome

Nampak putih-putih bukan salji atau kapas tetapi pasir halus yang mengandungi kalsimu.Nak tau tentang Pamukkale? Layan U tube atau cari aje kat google.  Sepatutnya makcik-makcik, kak cik-kakcik lihatlah dulu sekitar kawasan, banyak  peninggalan struktur tembuk dan tiang zaman Kerajaan Rome. Tak. kami terus menuju ke kolam-kolam air panas yang kaya dengan kalsium. Lihatlah.....


menonong ke kolam air panas

3 mamas
sukanya dia
Antara pemandangan indah



 
Sudah tentu ada bunga


dengan pili air unik

 Banyak lagi sudut-sudut indah di Pamukkale. Saya rasa tak berapa puaslah. Tak dapat berendam lama dalam kolam-kolam air panas yang special tu kerana kesuntukan masa.  Saya juga sedih. Banyak gambar kakak ambil telah terpadam!
Subhanallah! Allah Maha Kaya!

Selamat tinggal Pamukkale

Gambar-gambar saya ambil dengan henfon cik Noki saya.



Kembara Bumi Turki Hari Kedua

Hari ini cerita lagi,
7.30 pagi, kami check out hotel. Agenda seterusnya melawat tempat-tempat tumpuan di Bursa. Masa kita naik ferry ke Bursa semalam, sebenarnya kita menyeberangi sebahagian Lautan Marmar. Bursa pernah menjadi ibu negeri Ottoman Empire (1326-1453). Apa yang menjadi tarikan di Bursa? Guide bawa kami ke Sultan Mehmat1 Mouseleum, perkuburan kaum keluarga diraja. Dikenali juga sebagai Green Mouseleum.  Kami tidak dibenarkan ambil gambar.  Ramailah juga pelawat-pelawat tempatan bertafakur dan berdoa.Orang kita ambil gambar di luar ajelah, seperti biasa bunga-bunga munjadi tarikan. Pokok bunga ini ditanam sepanjang 'pathway'. Baru nampak bunga kecik-kecik dah excited!!

petunia
 Nak pergilah pula ke Silk Market,  tutup, jam 9.00 baru buka. Simpan lira dulu , nanti banyak lagi tempat shopping untuk habiskan lira, mama!
antara yang kami temui, riang ria mereka, mesra!!
Lepas tu, guide membawa kami ke Green Mosque. Kita ingat bolehlah buat solat sunat bila melawat masjid. Rupanya di Turki, wanita tidak dibenarkan solat di masjid. Mereka sembahyang di rumah. Tempat wuduk wanita pun tak ada. Sembahyang terawih wanita boleh solat tetapi mesti ambil wuduk di rumah. Solat berjemaah hanya pada solat Jumaat. Masa kami meninjau-ninjau kawasan masjid, ada beberapa jemaah lelaki sedang mengaji. Ini ialah antara gambar-gambar dalam Green Mosque.
mendengar, mencatat, 'shooting'
fountain dan kolam ambil wuduk dalam masjid


Tak banyak tempat kami pergi di Bursa. Dari Bursa kami teruskan perjalanan ke Pamukkale yang terkenal sebagai  Cotton Castle . Ah? Ada 'istana kapas'? Nantilah catatan seterusnya.