Nasib, oh, nasib

"Beginilah nasib, diriku yang malang, oh Tuhan!!!"
agaknya rintihan kuda yang terdapat di Pantai Klebang.
"Kami dah penat, sendi-sendi sakit, badan kami sakit, tak bermaya lagi,
hari dah senja,
jom balik."

Hadiah misteri

Balik dari pasaraya 'Din Saya ' terus punggah barang yang dibeli dari beg plastik.
'Alang, ada beli lipstik ke?' tanya kakak.
'Tak de' jawab si adik.
'Ni lipstik', sambil letak atas meja.
Misteri lagi.
Ada 3 kotak lipstik, jenamanya pun tak lah popular.
Siapa lah punya barang ni? Macam mana boleh ada dalam beg belian saya?. Bingung kejap.
'Macam ni, kena return lah kat 'Din Saya' '. Barang tak bibayar, macam mana boleh kita simpan.

Jadi petang tadi pergilah makcik berdua ni ke 'Din Saya' yang jauh punya, nak dekat tol Air Kroh, hanya untuk pulangkan barang yang bukan hak kita.
Masa saya tercapai-capai barang yang telah dibayar, saya terambil bungkusan ini. Agaknya.
Munkin kah ada customer sebelum saya terlupa nak ambil setelah buat pembayaran?
Adakah nanti pihak 'Din Saya ' tak percaya keterangan saya bila dia orang soal siasat?
Berbagai soalan.

Sampai tuju  ke Kaunter Perkhidmatan.
'Dik, saya nak pulangkan barangan ini. Saya tak beli tapi ada dalam beg plastik saya .
(Saya siap bawa resit sebagai bukti)
Adik-adik di kaunter kata, 'lipstik ni free, makcik. Gift'
'Ah?Mengapa di kaunter pembayaran tak beritau? Buat makcik bingung dan tertanya-tanya. Datang ni khas untuk pulangkan benda ini.'
Mereka tersengeh-sengeh.
Hilang kekusutan.
'Jom beli nasi beriani alang-alang dah sampai sini.'

Lipstik yang 3 batang tu, cantik dalam casing, tapi saya tak pakai lipstik. Warnanya pun saya tak suka.
Lalu  saya beri free gift itu kepada jiran sebelah.
Sukalah anak-anak dia dapat  lipstik free.


Buah cempedak di luar pagar

Betul ni!
Bila balik dari Tesco pagi tadi, saya ternampak satu beg plastik tersangkut di luar pagar. Apa benda lah ni, Siapalah yang sangkut beg ni di sini.

Bila dibuka beg plastik, ada 3 biji buah cempedak. Siapalah yang beri ni. Tentu salah seorang sahabat kakak.
Baunya .....menawan. Tak boleh bawa masuk rumah, nanti habis satu rumah berbau cempedak.

 Nak buat cempedak gorenglah petang nanti.

Baru sebentar tadi, rajinkan diri, ambil buah cempedak yang paling kecil.
Pakai sarung tangan (yang pakai buang), untuk elakkan tangan kena getah cempedak.
Sapu minyak masak pada pisau
Apalagi, kena 'bedah' lah cempedak mini . Buahnya pun mini-mini.

Bancur adunan tepung beras, sedikit serbuk kunyit serta secubit garam.  Rendam tenggelamkan kesemua butir-butir buah cempedak mini.

Dua pusingan goreng, dapatlah gorengan cempedak.

Tapi saya tak boleh makan banyak, nanti perut jadi sebu!
Selain daripada digoreng, apa lagi kita boleh buat dengan buah cempedak?

Apa-apa pun, terima kasih kepada penyumbang rahsia....... semoga diberkati!
.

Terkini.
Sebentar tadi Mr Sor (babak Iddin) talipon
Mr Sor : Lang, dapat tak  buah cempedak  sangkut di luar pagar ?
Me : Ada.
Mr Sor : Kawan Sor beri. Ada berapa biji?
Me : Ingatkan kawan nek Ngah beri.  Ada 3. Sebiji dah alang goreng.
Mr Sor : Cantik tak isinya?
Me: Cantik.......Barulah tahu siapa yang beri.
Misteri penyumbang rahsia selesai sudah.
(Halalkan ya Mr Sor)



Kecil-kecil cili padi

Sebulan yang lalu...di tanah lapang laman BC, Tok Lang dan cucu mulakan projek berkebun. Projek nak tanam beberapa anak pokok cili (yang besar) dan cili padi sudah bermula

Tok Lang buat demo mencangkul pada si cili padi, Iddin

Iddin cuba, kuat dia tau

Tok lang sedang menanam anak pokok cili padi. Iddin dah menghilang

Kini...setelah dibaja, disiram


Pokok cili nampaknya menjadi

Ini sebaris pokok cili meninggi. Selang seli dengan 'marigold' kuning di raja
dikenali dengan bunga tahi ayam. Dikatakan bau bunga ini boleh menghalau ulat dan serangga
perosak tanaman.Nampak tiang-tiang sebelah pokok cili? Itu tanda nama pemilik pokok-pokok tersebut. Sudah tentu Iddin punya ada, begitu juga Tok lang dan Nek Lang.
Sebenarnya ada lagi beberapa pokok cili ditanam di kawasan lapang ini . 

Ini pula bukan bunga pokok cili tapi bunga pokok periuk kera