Kunming; Rabu berkata-kata

Di pusat shopping-shopping. Sakit kaki? letih?Tukang urut dengan uniform kemas, sedia menunggu, Nampak gambar kecil, seorag nyonya sedang diurut.
Penjual permainan kanak-kanak tengah jalan. Mainan robotik...kelakar betul.
Penjual sate di tepi jalan. Dia Muslim. Sate, saiz L. Tak berani cuba atau tak selera!
Perigi comel ini terdapat di laman sebuah mesjid di mesjid Naiching, Kunming. Airnya digunakan untuk mengambil wuduk.
Papan tanda ini terdapat di Jiuxuang Caves
'Mulut Lif' iaitu papan tanda menunjukkan pintu masuk lif
'Dreber'  kami semasa lawatan ke Stone Forest
Dalam Gua Jiuxiang, hati-hati kepala anda
Di Stone Forest. Nenek ini sedang menyulam. Tak buang masa, tau.
Antara penjual buah-buahan jalanan.Macam-macam buah ada dalam bakul kandar dia.
Dalam teksi. Dreber teksi terpisah daripada penumpang dengan sekatan.
Gaya tukang sapu glamor. Tengok kasut dia..tumit tinggi, topi besar...bergaya. Penyapu pula daripada buluh

Aktiviti hari Ahad

Kata nak cerita makan angin di Kunming?
Tak apalah ye, kalau nak tau pengalaman kami , kalau nak taulah...
singgahlah ke 'rumah' ceritalah nek ngah. Sama juga ceritanya.

Buat apa hari ini? Penat jalan-jalan belum habis lagi.
Ahad 24 Julai 2011.
Pagi, ada aktiviti gerak cergas bersama anak-anak di rumah ini.

Ia merupakan satu aktiviti LKPI bersama anak-anak di rumah kebajikan.
Kakak yang memimpin aktiviti, Saya bersama ajk yang hadir membantu
Suka tengok anak-anak di rumah ini gembira bersenam, menari, menyanyi.
Oh...nenek-nenek 'teachers ' juga turut menghiburkan 'cucu-cucu'


Siapa lebih terror ah?

Habis aktiviti, cepat-cepat bersiap.
Tapi kereta mesti dimandi bersih dulu. Bukan cuci sendiri tapi hantar ke car wash dekat rumah.
Siap! Ke mana kita?
Ke KLIA.
Eh...nak makan angin  lagi ke?

Tak..kami ke sana untuk menghantar Mohd Azizi bin Shaukani, anak saudara kami.
Azizi baru tamat belajar medic di USM Kubang Krian. Sekarang....ah...
ke Sandakan...nun jauh di seberang laut...buat praktikal dua tahun.
Cool aje dia...dia dah biasa 'on his own'.

Tingkatan 4. KISAS..Kolej Islam, Kelang
Matrikulasi. Kuantan
Medic, USM Kubang Krian
Houseman, Sandakan
Dia pun dah set minda nak ke sana.
.Emaknya (my s-i-l) sedih, risau
Mana tidaknya..anak jauh dari pandangan mata..
(seorang ada di depan mata)
Mengapa pilih tempat jauh???

Dengar pesanan mak baik-baik
Pelukan bapak dan anak, diirigi doa

Tapi 'think positive' kata Mshart
Nanti senang-senang boleh kita terbang ke sana
Makan angin! Saya pun belum lagi jejak Sandakan.Kata seafood murah-murah sana esp udang besar-besar!
dengan tenang dia melangkah
Eh, ada orang nak ikut ke? Sabau nek ngah
Zi,
Selamat berangkat. Pandai-pandai bawa diri di sana. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Take care.
All the best to you.
Bye, bye Zizi, see  you in September (balik konvo)
Senoga Allah melindungi Zizi . InsyaAllah

KMG

KMG????
KMG..... ringkas untuk bandar KUNMING,  di wilayah YUNNAN,
Baratdaya China.
Saya bersama rombongan 'golden girls' seramai 8 orang baru balik malam tadi dari KMG


8 'Golden girls' on 'Golden holidays' in Kunming. Background:The famous 'Stone Forest'.
.

I came, I saw, I posed!
Pada 'Wordless Wednesday' minggu lalu ada saya post gambar Stone Forest World Heritage salah satu tarikan di  Kunming. Nah,  sampai juga saya di sana. Nantilah saya cerita serba sikit pengalaman 6 hari 5 malam di Kunming.

Jom masak

Petang semalam, Khamis, riuh rendah di dapur rumah BC.
Mana tidaknya.

Ce tengok berita bergambar ini

Tengok apa tu kak cik, makcik, adik kakak?? Ada yang cekak pinggang, ada yang pegang nota
Hai, tengok puan kita masak ke? Masak  apa  tu Cik Timah dan Cik Leha?
Kemudian, keluar pula duduk diam-diam sambil memerhati. Apa pula yang diperhatikan?
Kata Cik Timah, kacau dan gaul kastad, jangan berketul. 
.Lepas tu letak kastad tadi antara hirisan puff, sambungnya
Goreng puff? Tak ini cara menggoreng 'Vadeh', minyak mesti banyak!

Itulah dia riuh kejap di rumah BC petang semalam. Perkumpulan Wanita atau WI Bukit Baru Melaka telah mengadakan demo masak 'Cream puff' dan 'Vadeh'. Seronok juga bila mereka berkumpul.Kan bulan Ramadhan berada di 'simpang jalan', ada idealah  untuk menu berbuka nanti. Ilmu kalau tak diamalkan akan hilang, tau. Atau ada yang teringin nak jual di pasar ramadhan nanti?
Lepas tamat sesi, penatlah kita mengemas pula..........tidur awal semalam.
Dengar puan pengerusi kata lepas ni nak belajar buat laksa johor.
Mmmmm...di rumah siapa pula ye?