4T


Salam,
4T....maksudnya ' for tea'
untuk minum teh petang nanti,
Check dulu...
Pisang (rastali) hampir lembik : ada, 5 biji
Kelapa parut (dah lama dalam freezer) : ada, (sepatutnya) yang dah buang kulit ari
Tepung gandum : ada sedikit, cukup

Okey, boleh lah buat lempeng pisang kelapa,,,, 4T

Lenyek pisang + gula,
Pisang jangan hancur .
Tambah tepung sikit-sikit(campur secubit baking poder) agak-agak je banyaknya
Gaul rata, macam buat cekodok pisang
tapi jangan lembek sangat.
Hangatkan kuali leper
Saya guna kuali mini, comel
Minyakkan sikit, supaya adunan nanti tak lekat
Ambil sesenduk adunan
Leperkan dalam kuali
Tabur kelapa parut (jangan lupa telah dibubuh sikit garam)
Balikkan lempeng supaya rata masaknya.
Boleh juga ditutup permukaannya,
kepanasan wap tak keluar.

Kalau suka, gaul sekali kelapa dengan adunan pisang+ tepung
bila masak....
dilipat.

Inilah hasilnya
Lempeng pisang kelapa
saya buat baru tadi

Tak cantik rupanya
tapi
sedaaaaap.

???


Salam dan selamat pagi.
Mengapa title posting ini '????'.
Tak terjawab saya.
Pagi ini saya buatlah cucur kodok (cokodok) simple untuk breakfast: bahan-bahan hirisan bawang, cili merah, daun bawang, tumbukan ikan bilis ditambah pada adunan tepung + telur (of course air + garam) Cadangnya nak makan dengan sambal sardin lebihan semalam.
Siap.......breakfast ready..
Dia.....siapa lagi....keluarkan sambal belacan (juga lebihan semalam) tambah kicap lemak manis....itu yang menjadi bahan cicah dengan cokodok simple.
Ah? Dengan sambal belacan?
Nampak laju dan sedap dia makan. Saya tak nak cuba....
Selera masing-masing, kan.
Bila pula dia nak makan cincalok Melaka? Dah lama menunggu tu....

'Tengok ni' sambil dia tunjuk keychain yang ada nama dia. 'Tengok apa maksud nama saya!'

"bererti Anak Sungai..(part ni saya gelak)
Bersifat tenang dan cintakan kedamaian.
Pemikirannya unik dan tajam.
Tinggi daya imaginasinya.
Mampu mengutarakan idea-idea baru yang menarik dan bernas"

(Saya: Eh, betullah, tepat sekali!!!)

Sampai masanya

Salam.
Sampai masa kereta saya diberi coat baru. Coat lamanya dah mula pudar dan warna tak sekata. Nak beri coat baru di Melaka, tak biasa dengan tuan punya bengkel. Baliklah ke Kuantan. Biasa dengan tuanpunya-tuanpunya kat sini. JY lah yang kenalnya. Hari Isnin, semalam, kereta dah masuk 'butik' untuk diberi coat baru. Tapi warna, kaler sama tau! Ori punya! Identiti mesti jaga! Nah, sekarang, duduklah saya diam-diam di rumah...berapa lama??? 10 hari you saya tak ada kereta! By next Wednesday siaplah......Oh, chauffer drivenlah saya kalau nak ke mana-mana. Patah kaki juga...jadi layanlah TV, layanlah PC, layanlah dapur, Nak ajak kawan keluar, dia pula tak ada transport. Saya yang selalu drive kalau keluar dengan dia. Agaknya rakan sekelas saya , di Aqrab, tertanya-tanya mana pergi Kak Nora ni? Agak mereka tentu akak ni pergi Umrah! (ha, ha..dulu saya tak hadir kelas 1 bulan, mereka kata 'akak gi Umrah ye?')
Cakap pasal 'patah kaki' hanya simpulan bahasa aje tau, dijauhi Allah.
Sebab, kaki kiri dah mula sakit ni, jadi saya tak boleh gerak cergas dan jalan jauh, Nanti sakit. Tapi taklah serious......tanda-tanda ke'muda'an...
Itu satu sebab duduk di rumah....good girl
To famili di BC, hope semua okey, take care ya......

Ustazah main kompang





Kalau boleh saya tak mahu miss Usrah setiap Jumaat jam 11.30 tengahari melalui saluran Dekat di hati'. Dan kadang-kadang dia muncul memberi kita panduan doa melalui melalui 'Khazanah dari Syurga' setelah program'Indahnya Iman' (lebih kurang jam8.50) malam. Ustazah Asni Mansor al Hafizah, (gambar di atas) dahlah cantik, sangat ceria pula semasa menyampaikan pesanan melalui usrahnya. Penyampaiannya spontan, bersahaja, dengan mimik muka dan gesture yang berkesan. Bahasa pula mudah difahami, sesuai dengan level penonton di studio. Saya nampak selalunya, nekcik-nekcik, makcik-makcik, kakcik-kakcik. Ada sekali tu makcik bawa anakcik pun ada! Saya lihat para penonton terpegun mendengar usrahnya. Tersenyum, ketawa apabila ada yang lucu. Dan mengangguk-angguk bila ada poin yang mereka setuju atau bila contoh-contoh terkena kebatang hidung sendiri. Ustazah Asni pandai mengambil hati penontonnya seperti berdialek Jawa. Bukan itu sahaja, beliau mahir pula bermain kompang dalam menyampaikan mesej melalui nasyid yang menarik.Bila beliau mengaji, membaca petikan ayat-ayat suci, suaranya lunak dengan sebutan yang jelas. Ada lagi program ustazah terbaru "Sehiris peria Secawan Madu". Tentu best!! Tapi saya belum berkesempatan mengikutinya. Time siaran tak kena agaknya. Semasa bulan Ramadhan yang lalu ada saya lihat beliau membimbing kanak-kanak mengaji. Cara beliau menegur dan membetulkan bacaan, lembut sekali. Ingin tahu lebih tentang Ustazah Asni? Google lah!! Tapi mereka yang ada di rumah tu, jangan miss tau Jumaat. 11.30 pagi, saluran "dekat di hati". Saya suka dia....
(imej saya crop daripada amy-ameera.blogspot)