Seperti biasa, setiap kali berhenti, Cik Kiah-Cik Kiah "Turkish" mesti nak keluarkan
lira.
"I will tell you where to buy and where not to, " pesan Mr.Cihan, tourist guide kami, yang ada kala sabar ada kala 'berleter' sikit kat Cik Kiah-Cik Kiah ni.
Tapi ada Cik Kiah kisah? Suka hati akulah!! Pening, pening Mr,Cihan, tak boleh nak cakap apa. Kalau dah perempuan tu, shopping mesti di hati (bukan dekat lagi), walaupun seutas 'key chain'.
Walaupun kita ganda dua wang kita di Turki, 1 Lira = kurang lebih RM2 Malaysia, Cik Kiah-Cik Kiah yang ingat mereka di 'kampung' tetap membeli untuk anak-anaklah, untuk suami lah, untuk murid-muridlah, staflah, cucu, .....semua ahli keluarga dan sahabat dalam lis membelibelah Cik Kiah. Budaya ini memang wajib setiap kali melancong.
Di Turki, kebanyakan kedai tidak meletakkan tanda harga. Dan juga kita mesti pandai tawar menawar, tawar separuh harga daripada yang diletakkan. Kebanyakan kedai terima mata wang lira, USD . RM tak nak. Tapi ada sebuah kedai di Grand Bazar terima RM!
Layan gambar-gambar Cik Kiah-Cik Kiah bershopping sakan.
Di
Spice Bazaar dan
Grand Bazaar..Istanbul
Di
gerai-gerai tepi jalan, countryside
Di kedai-kedai terpilih, a must dalam touring. Ada yang benarkan kita bergambar, ada yang 'no picture'seperti di cotton product, Turkish cotton.
Antara tempat 'mewah'.
 |
| Carpet, harga ?? Cantik tetapi tak mampu kami. Cuci mata je lah |
 |
| Pilih Turkish Delight , pilih bawa balik Malaysia |
 |
| Pilih batu turquoise |
 |
| Nampak 'tin' teringat seorang collector 'tin'. Dalamnya, beberapa Turkish Delight |
 |
| Pilih handbag leather. |
Antara cenderahati,
 |
| Di Turkey sahaja dapat 'mata-mata biru' ini |
Mestilah gembirakan, dah beli hadiah untuk mereka di rumah.Ada lira lagi Cik Kiah?
 |
| Of course, happy, terserlah pada wajah anak murid ku.(masa mengajar di Melaka dahulu) |
 |
| 'kastam' nak check sebelum naik bus. 'Kajol' dan Saadiah penuh tangan |
 |
| Multipurpose, kata Faizah |
 |
| Nak habiskan lira, beli poskad di hotel. 1 lira, 2 poskad |
Hai, beg tambah sendat, beranak pun ado..
Puas, rasa puas
Sedap shopping, tak payah nak fikir convert- tukar
lira, balik nanti buatlah kira-kira sendiri!!
Ada penjual di Bazaar, nampak aje orang Malaysia, akan menyapa "
Malaysia? Aku cinta kamu!"
Mana dia orang belajar entah??