Tetapi 'Sabtuday' semalam teringin sangat nak cuba resepi konon-kononnya Bingka Tepung Gandum. Dah lama saya perapkan resepi ini. Pernah cuba sekali, zaman berzaman dah.Oleh kerana rasa sangat nak cuba, saya belilah bahan-bahanya untuk buat bingka tepung gandum seperti telur, tepung, gula. Kemudian, saya sediakan peralatan 'baking membaking' kepunyaan 'my sista'. Dah tentu kejap-kejap saya ganggu dia, tanya dia itu ini.Maka berlakulah proses membuat dan membakar. Bau harum. Rasa macam peserta masterchef pula. Hi hi....Punyalah tinggi harapan, menjadilah bingka ku ini.
Ta..dah....Ok....masak dah...(kata my sista, 'kalau tepi kek nampak dah 'lekang' dari loyang, tu tanda kek dah masak'). Sukanya. Macam cantik aje....
Tapi bila dipotong, nampak padat . Tidak lembut. . Rasa macam kuih bahulu. Hmmm, tak berapa nak jadi bingka ku Tetapi . rasanya ok, komen juri.
Bila buat 'self evaluation' tahulah saya mana silapnya. lain kali, mesti berhati-hati.
Yelah kita belajar melalui kesilapan, betul tak?
Untuk makluman resepi kuih bingka tepung gandum ini pemberian seorang aunty, Aunty Zainon, tahun 80'an dahulu. Di mana Aunty Non sekarang ye....Kalau you all nak cuba, ini resepinya.
Bingka Tepung Gandum Aunty Non
Bahan-bahannya
2 gelas santan
1 1/4 gelas tepung gandum
5 biji telur
1 1/2 gelas gula pasir
sedikit esen vanila
Caranya
1. Gaul gula bersama telur (blend) hingga gula hancur
2. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
3. Masukkan santan. Gaul sebati
4. Jangan lupa sedikit garam dan esen vanila
5. Sapu loyang pembakar dengan minyak sayur.
6. Tuang adunan ke dalam loyang, Tabur bijan atas adunan.
7. Bakar selama 40 minit.
Tambahan: Kalau nak hijau, titiskan sedit pewarna hijau atau tambah jus daun pandan
Kalau nak kuning, titiskan sedikit pewarna kuning.
Bila saya Google, banyak rupanya resepi bingka mudah ini.
Kak hajah nora
ReplyDeleteJika sayalaaa kan..
Nak makan pun taklah banyak kalau kuih manis2 ni.. Saya sanggup
Keluar pi beli.... Umat kat rumah pun tak pemakan kuih manis.
Cuma nak tau 'kepandaian' baking. Setakat lulus je.
DeleteSalam. Oklah tu, percubaan pertama. Ye ke, ada yang kata kalau mahu bingka yang lembut mesti dimasukkan sedikit air kapur sirih dalam adunan?
ReplyDeletePercubaan kedua? Entah bila. Yang saya tau air kapur sirih untuk merangupkan adunan. Yang tak menjadi bingka saya sebab salah teknik dalam proses mengadun bahan. Minat juga Temuk ye.
ReplyDeleteSalam kak,
ReplyDeleteterasa lama saya tak bersapa di sini, sibuk sungguh sebab proses berpindah rumah, selagi belum seatle...
Nampak sedap, kalau ada 'kerajinan' dlm diri nak juga cuba nanti kat rumah baru
Selamat pindah dan duduk rumah baru, cik t. Kuih air tangan tu nampak sedap tetapi tak seperti diharapkan. Cik t boleh cuba.
Deleteproses memesak ni...try & error...kdg2 kali pertama buat,tak menjadi..adakalanya terus menjadi tp kali seterusnya tak jadi pulak..
ReplyDeleteKamsiah,
ReplyDeleteYang penting jangan putus asa. Cuba lagi!