PROJEK SEMAIAN

Jumaat. 31 Jan 2014.
Esok. 'Sabtuday' semula.... 1 Feb.....Ya Allah....cepatnya masa berlalu!!!!
Apa-apa pun selamat cuti hujung minggu semua....
Pagi ini projek saya ialah menanam anak-anak pokok.

Selepas sarapan, kami ke rumah my niece di PT.  Saya buat tinjaun di laman hijaunya.Yelah orang bekerja..tak sempat nak belai-belai pokok tanaman. Lalu ternampak (tak sengaja!) ada beberapa pokok 'flowerless' (yang berdaun sahaja) yang belum saya ada.  Saya ambil beberapa kerat (dengan izin, okey) untuk tambahan koleksi laman rumah BC. Saya nampak juga ada beberapa pasu gantung terbiar begitu saje. Rupanya memang rezeki saya. Saya juga tanya  kalau-kalau ada bekas botol minyak masak. Bekas -bekas ini boleh dikitar semula menjadi pasu. Boleh saya jadikan  bekas semaian.
Hihi....bersemangat nak ber 'gardening'.
Angin pula kuat. Tak terasa panas. Pokok buluh melambai-lambai dengan daunnya bergeseran. Rumput memang dah kering dan mati sebab sudah lama tak hujan,

Semalam dah saya kemas daun keringnya serta trim cabang buluh  yang mana tercapai.

Inilah dia hasil projek ku pagi ini.


Saya tak tahu nama pokok dalam 2 pasu gantung. Saya suka daunnya comel. Warnanya juga menarik, ada pink, hijau, putih Dalam pasu di tengah ialah pokok bunga butang, warna unggu. Yang dua pasu depan tu ialah anak pokok bendei (lady's finger). Pokok bendei ini sudah saya semai seminggu yang lalu daripada biji benih. Saya semai dalam pasu lain. Hari ini saya pindahkan ke dalam dua pasu ini untuk my niece. Dalam pasu bertutup merah ialah baja organik. Baja ini saya gaul sedikit dengan tanah. Ada 2 botol bekas minyak masak yang sudah saya kerat untuk dijadikan bekas semaian kelak. Dalam plastik biru ada lagi bekas pasu gantung.

Gembiranya saya projek semai-menyemai pokok siap.....
Semoga anak pokok akan tumbuh segar....

TOK KADI PALING LAWAK... kehkehkeh


Saya suka jalan-jalan di alam maya, Blog, Fb.You Tube. Mana-mana yang menarik, saya ambil dan suka nak kongsi dengan anda yang sudi singgah di blog saya. Salah  satu daripada video di You Tube yang membuat saya tergalak keh, keh, keh ialah video di bawah ini. Lawak sungguh Tok Kadi ini. Pandai beliau membuat pengantin lelaki hilang stress, Majlis pun meriah. Saya pernah saksi sendiri Tok Kadi ini (sebenarnya beliau ialah Pak Imam) menikahkan anak saudara JY, Nizam dan Azu, di Batu Pahat. Memang beliau pandai mewujudkan suasana ceria majlis akad nikah tersebut. Saksikanlah. Saya tengok berulangkali. tak bosan pun! Kehkehkeh....
Terima kasih kepada penyumbang video ini.

BINGKA TAK BERAPA MENJADI

'Baking is not my passion'....Saya tak minat buat kek, biskut.
Tetapi 'Sabtuday' semalam teringin sangat nak cuba resepi konon-kononnya Bingka Tepung Gandum. Dah lama saya perapkan resepi ini. Pernah cuba sekali, zaman berzaman dah.Oleh kerana rasa sangat nak cuba,  saya belilah bahan-bahanya untuk buat bingka tepung gandum seperti telur, tepung, gula. Kemudian, saya sediakan peralatan 'baking membaking' kepunyaan 'my sista'. Dah tentu kejap-kejap saya ganggu dia, tanya dia itu ini.Maka  berlakulah proses membuat dan membakar. Bau harum. Rasa macam peserta masterchef pula. Hi hi....Punyalah tinggi harapan, menjadilah bingka ku ini.
Ta..dah....Ok....masak dah...(kata my sista, 'kalau tepi  kek nampak dah 'lekang' dari loyang, tu tanda kek dah masak').  Sukanya. Macam cantik aje....

Tapi bila dipotong, nampak padat . Tidak lembut. . Rasa macam kuih bahulu. Hmmm, tak berapa nak jadi bingka ku Tetapi . rasanya ok, komen juri.

Bila buat 'self evaluation' tahulah saya mana silapnya. lain kali, mesti berhati-hati.
Yelah kita belajar melalui kesilapan, betul tak?
Untuk makluman resepi kuih bingka tepung gandum ini pemberian seorang aunty, Aunty Zainon, tahun 80'an dahulu. Di mana Aunty Non  sekarang ye....Kalau you all nak cuba, ini resepinya.

Bingka Tepung Gandum Aunty Non

Bahan-bahannya
2 gelas santan
1 1/4 gelas tepung gandum
5 biji telur
1 1/2 gelas gula pasir
sedikit esen vanila

Caranya
1. Gaul gula bersama telur (blend) hingga gula hancur
2. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
3. Masukkan santan. Gaul sebati
4. Jangan lupa sedikit garam dan esen vanila
5. Sapu loyang pembakar dengan minyak sayur.
6. Tuang adunan ke dalam loyang, Tabur bijan atas adunan.
7. Bakar selama 40 minit.

Tambahan: Kalau nak hijau, titiskan sedit pewarna hijau atau tambah jus daun pandan
Kalau nak  kuning, titiskan sedikit pewarna kuning.

Bila saya Google, banyak rupanya resepi bingka  mudah ini.




RENUNGAN HARI JUMAAT

Cuba buat penilaian, anda di mana?



Sebenarnya, mesej di atas saya terima daripada seorang sahabat melalui watsapp.
Klasifikasi di atas cuma dari segi perlakuan supaya kita tidak melengah-lengahkan solat di mana boleh. Yang penting  ialah niat qolbu kita sentiasa ingat Allah SWT.

WW: SABAR MENUNGGU

Pagi Selasa 14 Januari 2014. Di tepi jalan dekat dengan Masjid Ar Rahman, Pengkalan Rama.



Sukanya.....KM dan isteri  lamba-kambai  kita!

JOM BERBOWLING KITA

semuanya bermula di sini
Ahad. Kami ke sini selepas makan tengahari. Nek Ngah memenuhi ajakan en Iddin. Terdahulu mereka pernah bermain. Saya yang belum. Ramai juga "bowlers" waktu ini. Setelah siap sedia dengan kasut, kami ke arah lane No 6. Saya tak main. Jadi pemerhati. Wah Nek Ngah terror lah. Ada peningkatan pencapaian mata meninggalkan en Iddin yang bola asyik ke longkang. Habis game pertama, en Iddin pujuk Nek Langnya tambah masa bermain. Ah....kali ni saya nak cuba. Nek Ngah jadi coach. Sudah tentu saya buat banyak kesilapan. Pertama kali di lane bowling katakan. Sabau nya coach saya. Bola asyik ke longkang saje. Kalau saya main bowling di fon, selalu strike aje. Ha ha. Suka lah en Iddin dapat kalahkan Nek Lang nya. Bowling perlukan tumpuan pada target. Perlu tenaga untuk menghayun tangan. Perlu imbangan. Jangan buang bola. Kata coach saya " Don' throw the ball but roll it." Aye. Aye coach. Nantilah, coach, kita berbowling lagi. Kita ke pusat bowling lagi satu tu. Ada special fee untuk warga emas. Oh game dengan en iddin, nek lang kalah. :(

warna warni

mencari bola yang ringan, no 7, 8

Aksi nenek n cucu, gaya mesti ada!


Nek ngah leading

Oh ye esok SELASA 14 JAN 2014
bersamaan 12 RABIUL AWAL 1435

JALAN-JALAN CARI LEMPENG

Lempeng nyiur. Lempeng kelapa. Sudah biasa saya makan.
Jom kita cuba pula lempeng perasa lain dari yang biasa. Cuma perlukan kreativiti, kelapa ganti jagung atau pisang, sayur, geragau, bawang.  Lempeng pelbagai rasa ini menjadi menu sarapan pagi tadi. Kami ke Sg Putat, di pinggir bandar Melaka. Ada warung lempeng corner :)


Oooooooppps...'lempemng???"

Ini caranya buat lempeng

Pelbagai Perasa lempeng

Senarai harga pilih mana-mana tiga
Lempeng dimakan dengan sambal tumis.

Masak asam pedas Melaka pun ada.

SAYA, PENGHIBUR!

Bila dia orang suruh saya macam ni, dia orang semua gelak keh keh keh!
Ngapa eh? Ngapa dia orang suka tengok saya buat 'muncung'. Oh, saya apa lagi, macam mak nenek melatah....bila dia orang kata "muncung macam mana?" "Aisyah buat muncung". Saya terus buat. Dia orang gelak. HERAN LAH!!!! Tengok lah mulut saya. Ini rupanya 'muncung'. Agaknya kalau orang merajuk, dia buat 'muncung', macam saya buat. Entah berapa panjang. 
Saya sukalah buat orang ketawa...ki ki ki....

Muncung ini padan dengan head band saya

Aisyah buat muncung...atok kklik klik

Mmmmmmm sedaaapnya

Frust lah tak paham cerita dia

Saya pun ketawa sama....ha ha ha

Ma'af lah ye. Aisyah budak baru nak belajar.
Mana saya belajar buat 'muncung'? Dan pulak tu. saya faham 'muncung' tu macam mana!
Saya tirulah orang dewasa macam atok, nenek....ibu, abah...



VMY = VMY

 2014...VMY
VMY. dalam BM nya TMM
Maksudnya 'Visit Malaysia Year' 'Tahun Melawat Malaysia"
Akronim ini sesuai juga untuk negeri Melaka....
'Visit Melaka Year' 'Tahun Melawat Melaka'

Jadi kalau anda melawat Melaka, jangan hiraukan sangat atau terkejut kalau terdengar orang tempatan bercakap dengan nada suara yang kuat, terdengar antaranya 'Ape khabar lahabau, mana kau  dah pegi' 'hawau kau'Cilaka kau' 'Aku ingat kau dah mampus'....punyanya kasar bahasa. Maaf, ye. Semua ini gurauan  senda hanya di kalangan teman-teman rapat sahaja, orang Melaka juga. Janganlah  simpan dalam hati. 

Jadi, silalah ke Melaka ye. Melawat Melaka bermakna melawat Malaysia! Keh, keh.....
Alahai.....Dondang sayang......

Kredit: Fb Saya Anak Melaka