Malam semasa 'blackout' |
Selasa...hujan belum berhenti, bertambah lebat
Jalan di hadapan rumah sudah dipenuhi air,
Bandar Kuantan teruk lagi!!!!
Malam Rabu, 11.30 mlm.....tiba-tiba
GELAP.....
Mana tochlight, Cari lilin!
Mujur ada bekalan lilin dalam almari.
Hidup stove nak pasang lilin (mancis tak de!).
Tup,,tup...air boleh putus!
Wah macam mana ni?
Tak de letrik, tak de air!!
Pagi Rabu.....masih hujan renyai
Ke kedai BB beli nasi dagang, beli bateri, beli air mineral.
Ramai pembeli pagi tu di kedai BB
Beli air, beli roti dsbnya....
Hai, B, musim-musim begini murah rezeki B, ye?
Duduklah kami dalam rumah mengenangkan mereka yang lebih hebat ujian waktu banjir begini.
'Guna fon untuk yang penting-penting aje'
Nanti abis bateri bagaimana nak caj!
Nak masak pun tak boleh, stok dah abis.
Lalu ke kedai Cawan....ah? Licin lauk jualannya.
Tinggal bekas, ramai pula pelanggan...
Terdengar ada pelanggan berkata makan 'nasi cowboy'
Yelah, hidangan banjir , nasi putih+telur dadar+sayur kobis goreng.
Makan tengahari kami...nasi dagang dan nasi cowboy!
Di rumah sunyi sepi, hari gelap (macam musim sejuk)
Muhasabah diri....ujian Allah ada hikmahNya!!
Ha, kenapa tak teringat dari tadi,
Radio kan ada....beli bateri saiz D di kedai BB.
'Kak, bateri saiz D abis'
Pergi cari di kedai runcit yang lain, ke 7-11
Tak ade stok.....
Lewat petang ke kedai BB lagi
Baiknya BB, dia simpan untuk saya.
Wah...ada juga jualan nasi goreng kampung, mee goreng, kwayteow goreng.
Beli nasi goreng untuk dinner.
Air tak de, pandai pula jimat cermat
Yelah ambil wuduk, cuci mencuci
(mandi lap-lap je...)
Pasang radio, barulah dapat mengikuti berita keadaan banjir di Pahang.
Teman-teman di kawasan yang dahulunya tak pernah dinaiki air
Kali ini menjadi mangsa banjir.
Kesiannya.....
Habis punah barang-barang yang tak dapat diselamatkan,
Rosaklah 'wall-to-wall carpet'
Rosaklah kabinet dapor, perabot mahal-mahal
Air datang dan naik dengan derasnya!
Ada juga air naik sampai ke bumbung!
Syukur kita cuma ujian kecil, bang...
Itu pun sudah kecoh-kecoh
Banyangkan mereka yang lebih teruk lagi ketika ini
Semoga Allah permudahkan urusan kita dan
mereka yang menjadi mangsa banjir!
Bilalah bekalan letrik disambung semula...bersabar aje lah
Lilin telah dipasang...
6.45 ptg, tiba-tiba lampu berkelip-kelip
Terang semula, terus tiup lilin!
Gembira bukan main!
Terima kasih ya Rabb.
Pagi Khamis (hari ini) bekalan air disambung semula!
Cuaca terang, panas,
Cepat cuci baju, jom ke TM beli bekalan
Suami pun call kawan-kawan tanya khabar
"Rumah kau naik air tak?"
Petang ini di Kuantan, banjir mulai surut
Sila layari www. pahangdaily.blogspot.com.
Banyak berita terkini serta gambar banjir di Pahang
."Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Tiba-tiba saja Kuantan banjir! Moga segalanya kembali pulih.
ReplyDeleteNak cuci rumah tu yg susah...
Tahun ini dua kali Kuantan banjir, awal tahun sekali.Ini kali kedua. Banjir kali ini lebih teruk daripada banjir besar pada tahun 1971. Saya bersimpati dengan mereka yang dilanda banjir.
DeleteAda hikmahnya Alang tak ikut pergi! Banjir teruk rupanya.. Never mind next time can go. Anyway U don't miss much.
ReplyDeleteThanks Angah. Everything's fine here.
Deletesalam kenal kak..
ReplyDeletesaya pernah rasai suasana banjir di johor dulu. bila banjir melanda pantai timur, terkesan. faham apa yang mereka rasai. sungguh kak. kita muhasabah diri. harta benda milik kita bila2 masa boleh Allah tarik balik. bahkan semua yang ada bukan milik kita sepenuhnya. syukurlah tak banyak kemalangan jiwa . sekurang2nya Allah bagi kita terus bernafas dan memperbaiki diri
Sa;lam ANIM,
DeleteAkak dah add blog adik ke dlm list. Apa-apa yang berlaku ad hikmahnya. Allah akan beri yang lebih baik kepada mereka.. Bersyukurlah....
Alhamdulillah tpt kita tak dilanda banjir & 1 hari 1 mlm je tak de letrik & air di sini pun. Bayangkan mereka yg terpaksa pindah ke pusat pemindahan & rumah bergelap & dinaiki air pula tu. Simpati betul.....
ReplyDeleteItu sebab kita perlu banyak-banyak bersyukur akan nikmat Allah SWT. Banyak-banyak bersabar akan ujianNya.
Delete