OPAK N9

Ini lah  OPAK, saiz besar, keropok ubi kayu yang saya cerita di sini. OPAK piring gergasi. Kata Hjh Rahmah, blogger Akak Too, 'keropok rekod', sebabnya, bulat besar macam piring hitam LP (Long Play) dulu-dulu.
Saya jumpa Opak ini  di beberapa gerai jajan bergerak (truck) di RnR Senawang. Oh, saya balik ke Melaka dari Kuantan melalui Keyel dan Seremban.  Singgah di RnR Senawang untuk rawat dan rihat. Sambil suami merawat diri, saya 'rihat' mencari apa yang ada di  'truck' jualan jajan.. Nampaklah opak yang tergantung-gantung ni?  Opak ini Opak N9. RM4.00 sebungkus. Ada 3 keping. Mahal ke??

Sebelum sambung perjalanan, makan dulu Opak N9 bersama kopi (dalam tin).
Apa rasa Opak N9?
Rasa Opak lah...tapi kurang rasa ubinya!!!

8 comments:

  1. Kak hjh nora...
    Menggamit memori pasar minggu kg baru
    Rindunya....

    ReplyDelete
  2. Rasanya nak buat tak perlu tepung..
    Semata2 ubi.. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian tepung lebih daripada ubi. Rasa tepunglah opaknya. Hu hu hu....

      Delete
  3. Masa sekolah di kampung dulu (tahun 50-an), sekeping opak berdiameter +-12" berharga RM0.05. Di atasnya, di tengah-tengah, disiram dengan kuah kacang (pecal). Sebelum kawasan tengah itu bocor, kena cepat-cepat patahkan keliling opak dan celup ke dalam kuah sebelum dikriuk-kriuk.

    Kata orang, opak itu = keropok ubi, tapi saiznya dibesarkan, dan 100% guna ubi tanpa tambahan apa-apa tepung lain. Kata orang juga, remeh membuatnya. Sebab melibatkan kerja memarut ubi, membungkus parutan seperti rupa lemang, mengukus "lemang" itu, mericihnya nipis-nipis, dan menjemurnya hingga kering sebelum boleh digoreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Temuk, 'opak' memang dekat di hati anda, ye. Terima kasih atas maklumat tambahan si 'opak'. Saya tau yang kering. Proses membuatnya sama lah juga dengan proses menghasil keropok ikan. Buat keropok ikan saya pernahlah juga tengok, banyak pembuatnya di pantai timur.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.