Buluh pelindung

Rumpunan buluh kini tinggi mengawan.
Rimbun daunnya
Sudah banyak 'anak'nya  yang pada mulanya hanya
beberapa batang sahaja.


Deretan rimbunan buluh 
sebagai pelindung pancaran matahari petang
.
.Sudah tentu daun-daun buluh yang kering
banyak menutupi kawasan rumput.
Satu kerja pula nak bersihkan laman.
Saya biarkan sahaja.
Nanti bila rajin bolehlah kemaskan.
Pokok buuh dibiarkan tinggi
Dibiarkan rimbun.
Walaupun sudah 'besar  panjang'
Ia tetap disiram sebab buluh memerlukan banyak air.

Bila cabang-cabangnya keluar tidak menentu
baru dicantas

Bawah pokok buluh ditanam beberapa batang pokok cili.

.

Dalam pasu ada bunga

Walaupun tak banyak, 
kembang-kembang ini tetap menggembirakan
.si kerak nasi harum baunya, berbunga sekian lama menunggu
.bunga raya putih, tahan sehari saje
apa nama bunga ni? lupa saya. Ada yang putih ,bila nak dapat yang merah?
bunga raya lagi, yang merah jambu, berlapis, tahan sehari aje. rajin berbunga
Ros merah kampung
.Cempaka yang kehijau-hijauan, wangi juga
spider lily
melur vietnam, kata mereka, tak wangi macam melur malaysia, rajin juga berbunga putih comel
Bunga raya lagi. Suka warnanya,, kejinggaan
sabar menunggu orkid berbunga, tak tau namanya
ros merah  kalau betul layanan, rajin berbunga

Semua pokok bunga saya ditanam dalam pasu,
Mudah di alih, disusun, ubah-ubah tempat.
Yang ringan-ringan aje boleh diangkat,

Sejuk hati bila lihat kembang menjadi
Pantang saya ke nurseri,
Takut-takut nak tambah si kembang lagi.

Mr K tinggi

Last saya buat ujian saringan kesihatan 4 tahun dahulu, semua ok kecuali Mr K (tahu kan bila kita buat ujian saringan kesihatan)
Kebetulan pagi tadi. di Aeon Peringgit,
Saya pun buat lah ujian sambil menderma.

Mula-mula ujian glucose dan kolestrol (Mr K)
Buat pula ujian tekanan darah dan BMI.

Pusingan ketiga , buat  ECG, pemeriksaan jantung. Ada bilik khas.
Jantung tiada masalah

Rumusannya
Semua okey, kecuali Mr K.
Tapi (ada tapi lagi) bacaannya sudah kurang sikit daripada bacaan  4 tahun dahulu

Tindakan seterusnya,
Untuk kesihatanm tidak menyusahkan kemudian hari,
Kena tambah senaman,
Kena jaga pemakanan
unruk
 kurangkan Mr K
 kurangkan lemak
kurangkan berat badan

 Selamat tinggal makanan berlemak, berminyak
Hi, hi makanan berserat, oat......



Kisah dia

Apa dia buat cuti Sem yang baru lalu?

Khamis pagi, hantar Kak Nana berkursus di Hotel Pantai Puteri
Dia buat tinjauan
oh ada swimming pool. bestnya!!
Dalam hati ada simpan...
Jom kita seberang ke Pantai Puteri
Ah, ada kumpulan berbasikal dari Bukit Rambai

Abang,boleh pinjam basikal?
Lalu, dia pun  berbasikal keliling Dataran Pantai Puteri
Basikal besar, tinggi tapi
dia dapat 'balance' walaupun kaki tak berapa nak capai 'pedal'

Puas bermain,
 Nek Lang bawa dia singgah di Dataran Pantai Klebang
Nak tengok kapal selam?
Tak nak, nak layang-layang.
Main layang-layang bawah bimbingan Tok Lang
Angin tak ada, layang-layang tak berapa nak melayang
Nak main air kejap.

Esoknya pula
ke Taman Merdeka dekat A Famosa
Orang Melaka nak naik beca pusing-pusing
sekitar kawasan bersejarah
Beca berbunga lebat!
 Tunggu jam 10 pagi.
Nak naik ini pula,
RM10 untuk 10 minit.....sesekali boleh lah!
Apa nama nya?
Jaga-jaga jangan langgar
Smooth ride round the track

Esoknya
ke Hotel Pantai Puteri sekali lagi  Kak Nana tamat kursus.
Mula-mula sarapan, cornflakes n nasi lemak sama jus
 lepas tu apa lagi,
pantang lihat kolam renang.
SPLASH
Itulah kisah dia cuti sem yang lalu
Suka bila Tok Lang dan Nek Lang layan...
 

Patung ku sangka dia

Kisah malam tadi.
Keluar saje dari Klinik Bandar, nampak

Biar betul!
Nampak atas 'pick up' dua orang tersandar
Apa hal mereka ni ni, pakaian smart, siap topi golf lagi.
orang jahat ke? Mabuk?
 nampak tangan berikat.
Apa salah mereka? 
Jom zoom in.
Ha. ha, ha, patung ku sangka dia!
Nak letak di mana dua  patung ini?
Bila lihat bangunan di sebelah.....
   Galeri Golf.
Patutlah berpakain smart pemain golf

Rupanya Balai Bomba lama di Jalan Banda Kaba, Melaka
sebelah Klinik Bandar
dah diubahsuai, dijadikan
Galeri Golf.
Malam tadi nampak pekerja-pekerja sedang sibuk
menyusun keperluan galeri.
Bangunan ini masih kekal ciri-ciri lama
walapupun berwajah baru.
Sayang ye, apa salahnya Balai Bomba lama ini
dijadikan Galeri Bomba.
Tempat ini bersejarah,nostalgia
Balai Bomba inilah yang pertama di Bandar Melaka sebelum yang lebeh besar
di bina di Kubu dan kemudian sebuah lagi di Air Keroh.
.Tambah lagi satu galeri di Bandar Melaka
'Melaka Golf Gallery'
khas untuk peminat sukan Golf.

Menu mudah

Sudah beberapa hari menu mudah ini disediakan untuk makan tengahari dan malam.
Atas permintaan bos

Sayur masak tumis air
Sayur mesti yang  berdaun seperti bayam, lobak cina
Taugeh. kacang panjang, kobis  tak suka.
Ikan goreng kunyit seperti ikan parang atau ikan kecik-kecik goreng garing (macam keropok)
Sesekali ada juga goreng ayam kunyit
Sambal belacan mesti ada!
Cilinya , cili padi.
Air? Air barli dimasak dengan gula batu dan daun pandan
Kurang manis ye!

Sekarang, 
Dia kurangkan  makan  masak asam pedas,
Elakkan masakan berlemak,
sup tulang dan daging.
Mahupun teh tarik kurang manis!

Al maklum...alahai!
Senanglah saya.


Tepi pagar, ada bunga

Pada mulanya pasu besau ini hanya ada
pokok yang daunnya bentuk kipas
(taktau den namonya).
Kemudian, datang pula sipenumpang
'Birds' Nest a.k.a Pokok Langsuir.
Biarlah dia tumpang, lagi cantik .
Lama-lama datang pula
si anggerek hutan, liar, yang suka menumpang.
Biarkan, biarkan 
satu hari nanti mesti berbunga!
Hai, nampaknya jadi 3 dalam 1.
Pasu besau semakin sempit.
Pagi tadi, saya nampak
Si anggerek hutan sudah berbunga
Kuntum-kuntum comel, putih, harum pula tu
Berderet dia tepi pagar.
Tak dijaga, dia berbunga.

Kemunting cina berwarna putih
di sudut tepi pagar
 pokok herba
pasak bumi pun tepi pagar

Kesimpulannya,
tepi pagar, ada bunga
pandai-pandailah jaga diri.

K Drama



Dalam banyak-banyak drama Korea siaran TV, saya amat suka cerita ini,
TV Novel:Dear My Sister.
Hari siaran : Isnin -Jumaat
8.50 pagi
Ulangan (ini yang best) 1.30 ptg hari yang sama
Saluran 391. 
Kisah sekitar tahun 70an-80an di salah sebuah bandar di Korea Selatan.
Tema kekeluargaan, kasih sayang, persahabatan, semangat juang,
ibu /isteri mithali, sahabat sejati, role model, hormat menghormati, kasih tak sampai, baik hati, 
banyak nilai murni! (ada juga yang tak murni, sebagia pengajaran)
memang best cerita ini.
 pada saya.
Kita dapat juga faham  adat, cara hidup masyarakat Korea
Walaupun ada yang mengatakan hero tak hensem (hensem apa)
heroin 'big' (tak macam heroin k drama yang lain 
cerita ini untuk 'orang lama'..
ceritanya lambat perkembangan,
 tapi kalau boleh, 
kami (kakak dan yours truly)
mesti setia di depan TV pada waktu siaran.
Ini trailernya.

Hijau tunggu merah

Kecil-kecil berbaju hijau,
Bila besar berbaju merah,
Cuba teka...apa itu?

Pokok sudah berbuah, baru tiga biji. Sudah 'excited'
kalau ada kebun cili, bagaimana rasanya bila pokok menjadii
Masih hijau, tak mau petik dulu,
tunggu dia ganti baju merah!

Ada saya baca kita boleh buat sendiri racun serangga, kawal  penyakit reput pokok cili
 dari bahan-bahan di dapur.
Kita boleh buat bahan larutan stok

Peyediaan
1 liter air
1 susu besar minyak masak/minyak sayur
1 sudu besar sabun basuh (yang cecair)
4-6 ulas bawang putih

Langkah-langkah:
Masukkan minyak masak dan sabun ke dalam air 1 liter
Tumbuk bawang putih danmasukkan ke dalam larutan
Kacau, tapis
Untuk penyemburan. campurkan 1 bahagian larutan dengan 4 bahagian air.

Saya dah cuba,
Tunggu dan lihat!!
Anda tahu cara-cara lain untuk buat racun serangga
bagi serangan yang jenis mengunyah dan jenis menghisap?
Boleh kongsi tak?
Nak senang beli aje yang dah sedia  ada di nurseri, kan mudah!

Wah! pokok-pokok cili yang lain dah mula berbunga
Tak lama lagi cili berbaju hijau akan muncul.

Catatan Khamis

Hari ini, Khamis.
Saya terfikir untuk jadikan hari ini, hari cuci-cuci...house cleaning.
Kita tak ada pembantu rumah. Kita tak ada bibik.
Sendiri lah kena buat kerja bersih rumah,
Nak buat hari-hari tak larat....
Apa kata,setiap Khamis, seminggu sekali,. kita kerja habis-habisan.
Kalau ada pembantu rumah, bibik, hari-hari kerja dia lah, kan?

Pagi ini rutin  ke laman ditangguh. Tak  siram pokok-pokok, tak sapu dataran
Mula-mula tugas pagi, beri makan ikan koi, letak tong sampah besar di luar rumah (hari ini majlis angkut sampah)
Time orang ke tempat kerja, ke sekolah, ke pejabat, saya dah pegang penyapu....
menyapu porch rumah, menyapu ruang rihat di luar rumah (hari lain sapu juga kalau kotor)
Kakak ada kelas pagi ini. Ruang belajar mesti bersih, mesti kemas, mesti harum.
Lepas menyapu, mop pula.Kalau kotor teramat, cuci dan berus.
(Okey, hari ini porch tak kotor, sapu aje dan mop.)
Lepas tu, sapu pula dalam rumah, bahagian belakang dan dapur. (vakum kan mudah?)
Buang habuk kipas kaki (banyaknya!)
Lantai dah bersih , mop lagi, harum bau pencuci lantai!!
Kemudian,
Basuh kain lap kaki (towel-towel lama kitar semula)
Tapi guna mesin pembasuh dah
Sambil tu, cuci bilik air (ada dua buah).
Layan pula baju-baju kotor......cuci,
Jemur (beberapa hari yang lalu, cuaca tidak mengizinkan).
Masak?
Tak masak, hari Khamis, InsyaAllah, cuti makan.

Jam dah 11.00 pagi...layan 'rumah' kawan-kawan blogger,
Sempat singgah beberapa 'rumah'
12.00 th..layan drama Korea 107 , baru episode ke 2
1.30 lagi layan drama Korea bertema keluarga, 391
(ye, saya ni suka ikut drama Korea, pengaruh budak-budak rumah inilah, tetapi pilih tema tertentu aje)
Kain jemuran dah kering...angkat dan terus lipat atau seterika. Tak bertangguh.

Lepas tunaikan yang wajib,
Update posting, yang ini lah, catatan separuh hari Khamis,
Hari cuci-cuci, house keeping, housework, house cleaning
Petang nanti, ke laman, kita nak layan pokok-pokok tanaman pula, sapu daun-daun kering, beri ikan koi makan.
Apa lagi agenda hari ini?
Sambung baca buku,
...............,
...............,

"Nek Lang, ada laksa melaka" Iman balik dari sekolah bawa bekal
Syukur, Alhamdulillah'
Ada rezeki Laksa Nyonya,
untuk makan dinner nanti.

Tunggu malam......




.