Kecil-kecil cili padi

Sebulan yang lalu...di tanah lapang laman BC, Tok Lang dan cucu mulakan projek berkebun. Projek nak tanam beberapa anak pokok cili (yang besar) dan cili padi sudah bermula

Tok Lang buat demo mencangkul pada si cili padi, Iddin

Iddin cuba, kuat dia tau

Tok lang sedang menanam anak pokok cili padi. Iddin dah menghilang

Kini...setelah dibaja, disiram


Pokok cili nampaknya menjadi

Ini sebaris pokok cili meninggi. Selang seli dengan 'marigold' kuning di raja
dikenali dengan bunga tahi ayam. Dikatakan bau bunga ini boleh menghalau ulat dan serangga
perosak tanaman.Nampak tiang-tiang sebelah pokok cili? Itu tanda nama pemilik pokok-pokok tersebut. Sudah tentu Iddin punya ada, begitu juga Tok lang dan Nek Lang.
Sebenarnya ada lagi beberapa pokok cili ditanam di kawasan lapang ini . 

Ini pula bukan bunga pokok cili tapi bunga pokok periuk kera

11 comments:

  1. Sy pnah tanam cili.Dh berbuah pn.Pastu sy taruk baja.Mula2tu taruk skit je,tp ingt nk bagi cili btambah byk,sy taruk lebih la.Konon nk bg zat lebih.Tgok2esoknya,smua daun luruh.Hehe.Cerdik btol la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Pen Biru, satu peringatan untuk saya, awas memberi makan pada pokok!

      Delete
  2. AsSalam,

    Saya pun suka tanam menanam tapi rumah tak de kawasan utk menanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MM,
      Boleh tanam dalam pasu, jangan yang besar takut susah nak alih. Guna yang sedang atau yang comel. Sekarang ini ada tanaman guna teknik fergitation.

      Delete
  3. nampaknya nak kena tanam cili jugak ni hjh....yg lama dah padam - puaslah jugak dapat makan. cili merah / hijau sangat mahal di pasar !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAK,
      Suka-suka aje cg. Pagi petang kena tengok dia, maklumlah kecik lagi!

      Delete
  4. Wah, bersemangat nampaknya Tok Lang dengan cucunya! Yang sedihnya bila menanam cili ni, daunnya rajin mengkerekot dan dipenuhi benda putih-putih. Satu lagi masalah, buahnya jatuh semasa masih muda. Nampaknya yang di gambar tu pokok-pokoknya sihat. Bestlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temuk,
      Cili kegemaran dia lebih-lebih lagi cili padi. Kena beri tumpuan agar pokok cili yang baru nak menjadi ini, segar. Terima kasih Temuk.

      Delete
  5. Salam.
    Kami pun pernah tanam cili dulu.Makan tak habis2!
    Dulu saya dah check, sy pun tak tau kenapa, bila saya bukak ada masalah jugak.Lepas tu tak tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami baru nak tanam. Minta-minta menjadi.Tak pe lah, Nanti jumpa juga.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.