Bakat

Satu malam ,saya baru nak lelap mata,dikejut dengan gerakan tangan serta soalan 'Nek Lang, drawkan Iddin orang main bola. Dia hulur saya 'buku' yang mengandungi beberapa helai kertas kosong, di staple,  kononnya nak dijadikan, diary. Dia minat bolasepak, jadi cover page 'diary' dia, lukisan ' Iddin sedang tendang bola'. Ini dah tentu kes Kak Amal tak mau bantu. 'Manalh Nek Lang pandai draw? Semalam Nek Lang draw boleh. Nak tak nak, Nek Lang yang kaku melukis, suruh dia ambil contoh dari surat khabar, tak ada pula. Suruh dia 'pose' orang tendang bola. Dia pun 'pos'. Saya cuba sketch, memang kaku 'figure' yang dilukis. Boleh? Saya tunjuk hasil. Dia angguk. Esok hari saya tanya mana lukisan Nek Lang draw semalam? Iddin dah padam...tak cantik! Wa kah, kah..Dia pun pandai menilai hasil seni. Saya memang tak pandai melukis. Waktu sekolah rendah, bila tak dapat idea  dan tak tau melukis, boleh buat saya menangis.  Arwah bapak yang banyak bantu. Waktu sekolah menengah pula guru 'art', Sister St Henry, selalu membebel dan membandingkan lukisan kakak dengan lukisan saya. Kakak terror melukis!!Kenapalah sister tu tak mau terima' no two people are alike'! Cuba lihat hasil lukisan di bawah


Ini lukisan Iddin, 8 tahun, sawah padi, skema aje kan?
Mesti ada gunung, ada matahari, ada burung bentuk V, ada awan terapung.

Lukisan Amal, 10 tahun, Very sharp and detailed.
Ada 2 piring astro, bawah pokok bapak sambut anak balik sekolah agama,
tangga rumah melaka.
nenek sedang menyapu (nek lang lah tu)

Dua beradik. Seorang cuba melukis (dia tak minat melukis). Boleh tahan juga.Seorang lagi bercita-cita nak ke sekolah 'art'satu hari nanti. Katanya ke LKW University. Masing-masing ada bakat anugerah Allah SWT. .

9 comments:

  1. salam kak nor..samalah kita..kaaku betul tang lukisan ni.
    lucu jugak iddin..boleh padamkan lukisan nek lang..he he..

    ReplyDelete
  2. salam
    haha nasib baik dia org tak melukis kat dinding

    ReplyDelete
  3. Salam Kamsiah,
    Dulu masa masih kecil lagi ada juga garisan-garisan dan contengan di dinding. Sekarang habis kertas A4.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nora,

    Saya pun tak pandai melukis, menconteng boleh le :-)
    Melihatkan lukisan Idin tu, saling tak tumpah style zaman kita dulu, kalau cikgu suruh lukisan pemandangan kampung, itulah rupanya. Sawah, gunung, awan, pokok kelapa dan burung berbentuk 'V' berterbangan!! ha!...ha!

    ReplyDelete
  5. Yan,
    Pemandangan sawah padi dari dulu sampai sekarang sama,lukisan pun skima.

    ReplyDelete
  6. cantik lukisan amal. rumah melaka lagi tuuuu...

    ReplyDelete
  7. Hajah,
    Terima kasih. Amal is a born artist.Suka sangat melukis tapi 'amal tak tau lukis lelaki'

    ReplyDelete
  8. Cantiknya lukisan ..akak nak mohon share gambar ni ya..TQ

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.