Determination

Pembaca budiman,
Kali ni cerita dalam bahasa ibunda pulok.Minggu lalu rombongan Cik Kiah buat lawatan ke Tasik Kenyir. Punyanya lah jauh perjalanan, dari Melaka(malam) melalui Johor, Pahang dan hampir tengahari Sabtu sampailah kami di Tasik Kenyir, Ganu kite. Penat dan sakit hilang. Punyalah cantiknya tasik buatan manusia ni, sayuuuup mata memandangnya, sejuk dan nyaman. Syukur....Naik bot laju pula ke Rumah Rihat. Sukanya rombongan Cik Kiah. Tapi sesampai di jeti di pulau persinggahan kami tu..aduh, aduh, aduh, 'surprise'....kena panjat anak tangga yang agak tinggi dan curam. Mana dengan beg baju nak di bimbit, mana bekalan makanan nak di jinjing. Porter pula tak ada nak bantu. Termengah dan tercungap-cungap juga lah.Tapi apa yang menarik hati ialah 'determination' dan kesungguhan serta keyakinan 3 orang ahli rombongan ni...dalam lingkungan awal 70'an lah. Sebab ingin benar tengok Tasik Kenyir yang indah itu, mereka cekalkan hati , kuatkan semangat,turut sama. Dah lah kaki lemah, lutut pula....hai, faham-faham je lah. Tapi, yang baiknya, mereka bawa 'tongkat' masing-masing sebagai penguat berjalan. Seorang bawa cucu, seorang bawa anak, seorang lagi bawa bibik. Tapi bila dah naik tu, tak turun, tak nak stress. Bangalo pula selesa, cantik, macam rumah di kampung. Apa lagi rihat saje lah. Kecuali seorang ni. Turut ikut member-member lain gi mandi di Air Terjun Sauk petang tu. Amboi... bukan main lagi dia mandi, berendam. soram menyiram, golek-golek dalam air yang dingin itu, jiwa muda you... Risau juga tengok nenek ni, takut sakit lutut nanti tapi kerana keinginan tadi, lupakan segala kesakitan. Tak ada nak manja-manjakan diri. You can do it, granny!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.