Serang

Cuba teka, apa sedang berlaku?
Salam semua! Today nak tulis dalam BM lah pulak.


Kawasan kami di BS sedang dalam pemerhatian Jabatan Kesihatan. Mengapa? Salah seorang penghuni perumahan kami (bukan di lorong rumah 'yang benar' ye, minta jauhkan) dah kena serangan nyamuk aedes. Dah kena denggi. Rumah dia pula hampir benar dengan satu projek pembinaan. Dah sah kawasan itu pembiakan nyamuk aedes. Memang betul pun. Dah kena kompaun kontraktor berkenaan. Selang beberapa petang dah ' pak-pak sembur'(bukan pasembur ye) datang buat serangbalas dengan menyembur kawasan rumah termasuk dalamnya sekali. Adalah dua kali 'yang benar' tak keluar rumah. Sekali tu buka pintu je, tak buka gate. Masuk juga asap ke dalam rumah, baunya, tak boleh tahan. Petang tadi melalui siaraya 'mobile calling' (macam jual surat khabar lama tulah) ada kerja-kerja penyemburan, suruh buka pintu pagar, pintu rumah dan tutup segala makanan. Minta semua keluar rumah waktu kerja tu berlaku. Seorang 'mat kesihatan' round buat catatan nombor pintu rumah penghuni yang tidak berikan kerjasama. Katanya kalaulah terjadi orang-orang rumah tu terkena denggi, kena kompaunlah tuan punya rumah - sebab - tidak bekerjasama sewaktu penyemburan. Berasaplah dalam dan luar rumah. Kami semua terpaksa tunggu di luar hingga asap reda. Terlepas Diari AF you!. Lepas tu, kenalah bersih rumah - Mop lantai, meja, tangga dari bekas minyak sembur tadi. Alahai tolooooong!!
Sambil tunggu, layan kakiDatin Habibah dan Pn Maznah, my neighbours. Yang berbual dengan Datin tu lah
Mat Ronder
Pretty sisters , wondering
Kena pakai mask you, bila masuk rumah semula

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.