Salam followers.
Lama saya tidak update sekilau 1. Tak de cerita menarik.
Kini saya sudah beralih rasa, ke Instagram pula.
Lebih popular dipanggil 'insta' atau 'ig'
Tapi saya masih singgah di rumah-rumah bloggers.
Selamat Hari Malaysia!
THROWBACK GAMBAR WAJIB PAGI RAYA
Lama sungguh saya bercuti. Asyik bertangguh nak update blog. So hari ini, saya rajin kan diri memeriahkan 'SEKILAU one'. In sya Allah. Masih lagi suasana raya. Apa kata saya kongsi gambar kenangan family group picture, satu yang wajib, di pagi raya. Throwback dari tahun 2011 hingga 2014.Nampak perubahan dari tahun ke tahun.
DAYANG KENIT DAN BECA GERGASI
Kalau anda pernah ke Muar dari bandar Melaka (ikut jalan lama) atau dari bandar Merlimau, anda pasti tidak akan lepas pandang beca gergasi ini yang menjadi tanda sempadan 'selamat datang ke negeri Johor'. Saya selalu juga lalu di sini tetapi cuma lintas pandang sahaja mercu tanda 'Muar'. Ini ialah 'typical' beca Muar (Muo). Besau, kata orang Melaka. Satu petang semasa kami meronda kawasan Sungai Rambai Merlimau, kami singgah untuk bergambar kenangan..HiHi...2 Dayang Kenit dengan beca gergasi Muo.
Kemudian kami melencong pula ke perkampungan Sg Rambai. Ini ialah pertama kali saya ke sini. Cantik rumah-rumahnya dengan halaman yang bersih. Rupanya ada bendang sawah padi yang sangat luas di perkampungan ini. Tidaklah saya tahu. Hish!!!!!
Siapa yang perkenalkan kami ke sini? Oh adik saya Shaukani Abbas, dia seorang pemandu pelancong yang berpengalaman, selalu bawa pelancong luar negara ke kawasan Sg Rambai. Kali ini beliau menbawa kakak-kakak dia pula. Hi Hi..
Kemudian kami melencong pula ke perkampungan Sg Rambai. Ini ialah pertama kali saya ke sini. Cantik rumah-rumahnya dengan halaman yang bersih. Rupanya ada bendang sawah padi yang sangat luas di perkampungan ini. Tidaklah saya tahu. Hish!!!!!
Siapa yang perkenalkan kami ke sini? Oh adik saya Shaukani Abbas, dia seorang pemandu pelancong yang berpengalaman, selalu bawa pelancong luar negara ke kawasan Sg Rambai. Kali ini beliau menbawa kakak-kakak dia pula. Hi Hi..
MENYAMBUT 'BESTDAY'
16 Jun dan 17 Jun
tarikh hari lahir dua orang ahli keluarga
Bukit Cina dan Ujung Pasir
(boleh juga Kpg Lapan? Padang Temu?)
ber'dinner' besau di sebuah hotel di Melaka malam tadi
'bestday, bestday'
'bestday, bestday'
Selamat hari lahir
Zul (dah 5 series, huhuhu)
dan
Maheran ( forever 40. hahaha).
Semoga dipanjangkanNya umur, diberkatiNya usia,
dimurahkanNya rezeki dalam kesihatan yang elok.
Aaaminnn.....
Terima kasih Allah, kami dapat berkumpul bersama,
makan bersama, gembira bersama.
Terima kasih kepada dia yang
'buka table', semoga dimurahkanNya rezeki.
Keluarga Bukit Cina |
Keluarga besau....Bukit Cina dan Ujung Pasir...besau ke? |
HERBA SEKITAR LAMAN
Adalah beberapa pokok herba cik kiah (eh, dah cik kiah ke?)
tanam di laman. Tetapi ada juga yang tak ditanam.
Benih nya disebarkan oleh angin.
Pokok okra hijau yang masih menjadi |
tetapi buahnya jadi hiasan, tunggu kering, jadikan benih |
ulam raja tumbuh merata, ini yang ini tumbuh subur di retakan batu juga daunnya tidak dipetik |
tumbuh di pangkal rimbunan buluh atau di batu-batu kerikil |
daun kunyit melebar. bila nak masak lemak atau rendang atau nak buat ikan bakar barulah berguna.. kalau tidak, membesar begitu saje |
Daun pandan pun banyak juga. Ada gunanya biasanya bila buat agar-agar tapi bukan selalu Daun diguna untuk mencegah lipas dalam kabinet dapur |
pokok limau kasturi berbuah lebat tak berhenti, Buahnya dikisar bersama asam boi, dapat jus asam boi limau |
Dulu saya sangka dia nak 'mati' tapi panjang umurnya pokok limau purut sekian lama berbuah, daunnya sangat berguna. |
Teringin juga nak tanam herba yang lain
seperti cili, serai
tetapi nanti jadi perhiasan laman sahaja
seperti yang ada.
Aduhai.........
OUTING CIK KIAH DITERUSKAN LAGI
Rombongan Cik Kiah meninggalkan Putrajaya jam 5.00 ptg.
Ke mana kita?
Kredit gambar: FB Pn Hjh Faezah |
Pre visit ke KLIA2.
En Shaukani memberi penerangan
tempat-tempat penting perlu diketahui
Jika terkeluar dari group, tunggu di sini |
Tengok apa Cik Kiah, Cik Mah? |
Oh...imigresen....panjangnya line!!! |
Sambil jalan sediakan kamera nak klik-klik |
tepi pantai yang aman |
dengan ikan di dasar laut |
berlatarbelakangkan masjid jamek |
Tak nampaklah latarbelakangnya |
Letih tapi sempat senyum |
Pandai posing manja ikut gaya Korordinator (tudung pink) |
Ketua rombongan Cik Kiah, Pengerusi WI Bukit Baru Pn Hjh Hapipah bte Hj Mahat puas hati, lawatan berjaya Cik Kiah gembira |
6.30 ptg....Mari pulang kita pulang....tamat sudah outing Cik Kiah kali ini.
Dalam perjalanan terdengar Pn Pengerusi bersama Koordinator, Hjh Nazli Abbas berbincang dengan En Shaukani cadangan outing Cik Kiah akan datang....next change, katanya ...selepas Hari Raya...
In Sya Allah....
Jangan tak tau...Hjh Nazli, kakak saya, En Shaukani, adik.....kami suka jalan-jalan..hihihi
Jangan tak tau...Hjh Nazli, kakak saya, En Shaukani, adik.....kami suka jalan-jalan..hihihi