HERBA SEKITAR LAMAN

Adalah beberapa pokok herba cik kiah  (eh, dah  cik kiah ke?)
tanam di laman. Tetapi ada juga yang tak ditanam.
Benih nya disebarkan oleh angin.

Pokok okra hijau yang masih menjadi

tetapi buahnya jadi hiasan, tunggu kering, jadikan benih

ulam raja tumbuh merata, ini  yang ini tumbuh subur di retakan batu
juga daunnya tidak dipetik


tumbuh di pangkal rimbunan buluh atau
di batu-batu kerikil
daun kunyit melebar. bila nak masak lemak atau
rendang atau nak buat ikan bakar barulah berguna..
kalau tidak, membesar begitu saje


Daun pandan pun banyak juga.
Ada gunanya biasanya bila buat agar-agar tapi bukan selalu
Daun diguna untuk mencegah lipas dalam kabinet dapur

pokok limau kasturi berbuah lebat tak berhenti,
Buahnya dikisar bersama asam boi, dapat jus asam boi limau
Dulu saya sangka dia nak 'mati'
tapi panjang umurnya pokok limau purut
sekian lama berbuah, daunnya sangat berguna.
 Teringin juga nak tanam herba yang lain
seperti cili, serai
tetapi nanti jadi perhiasan laman sahaja
seperti yang ada.
Aduhai.........


2 comments:

  1. Salam,

    Cantik menghijau, besar dan berbuah tanaman, mohon bertanya, guna baja apa?

    ReplyDelete
  2. Mmg suburlaaa tanaman2 kak hajah nora ni
    Daun kunyitnya...
    Geram saya tengok

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.